BAB 2

Romance Series 4209

DI RUMAH TUAN HILMI.
Begitu ramai orang yang berada di rumah banglo milik Tuan Hilmi. Raisha melihat ada sekumpulan pelajar tafiz yang sedang membawa Al-Quran dalam pegangan mereka.

"Akak....kawan Abi buat majlis apa?"Tanya Rabbiyah sambil mendongak memandang kakaknya. Raisha hanya hanya membalas dengan mengangkat kedua belah bahunya.

"Umi ini majlis apa?"Tanya Raisha sambil memimpin tangan Puan Wahidah."Ni majlis doa selamat"balas Puan Wahidah."Oooo...."balas Raisha.

Tapak kaki melangkah masuk kedalam rumah itu. Raisha hanya menayangkan senyuman kepada semua tetamu yang berada disitu. Dia  kekok sudah lama tidak bertemu dengan kawan Umi dan Abi Nya. Tiba-tiba ada tubuh kecil yang melanggarnya.

GEDEBUK!!!

"Aduh.."Adu sikecil sambil menggosok dahinya. Dia mendongak melihat seorang wanita yang tersenyum lebar melihatnya.

Raisha pula duduk mencapai paras sikecil.

"Adik okey" Tanya Raisha.

"Okey.... sorry akak..."balas sikecil dengan senyuman comelnya.

"Tak apalah" balas Raisha  sambil mengusap belakang sikecil .

"Kan abang dah kata jangan lari degil lah budak ini."tegur seseorang dari belakang. Raisha lekas bangun lalu memusingkan badannya berhadapan dengan orang yang menegur. Raisha memberi  laluan kepada lelaki itu. Lalu lelaki itu mendukung sikecil.

"Sorry... adik saya ini degil sikit."balasnya sambil tersenyum.

"Eh tak apalah... biasalah tu budak-budak kan."balas Raisha dengan sopan.

"kenapa hati aku berdebar ini lain macam pula ." gumam Raisha dalam hati.

"Awak ini siapa ya?" soal Rayyan dia tidak pernah melihat Raisha sebelum ini.

"Saya Raisha Adilah boleh panggil Sha."balas Raisha dengan senyuman yang tidak lepas dari bibirnya.

"Nama dahlah cantik , Dia senyum pun dah manis...kalau macam ini lah boleh buat aku cair...eh astagfirullah apa aku ini jaga pandangan Rayyan."gumam Rayyan dalam hati.

"Oooo...Nama saya Rayyan Iskandar boleh panggil Ray...budak kecik ni adik saya nama dia Wafa Hadirah-:" tak sempat  dia menghabiskan ayat sudah ada orang yang menjampuk.

"Boleh panggil Wafa" ujar Wafa dalam dukungan Rayyan. Rayyan menjeling adiknya manakala Wafa hanya tersenyum menayangkan giginya.

"Akak Sha cantiklah Akak Sha guna produk apa?"Soal Wafa yang masih dalam dukungan Rayyan.

"Wuduk je ni pun Akak guna pelembab bibir dengan sunscreen."balas Raisha, Rayyan disitu hanya menjadi pendengar bualan dua gadis itu.

"Tapi Akak tetap cantik."ujar Wafa dengan senyuman yang comel.

"Terima kasih."sambil mencuit hidung kecil Wafa.

"Rayyan sini kejap bawak adik kamu sekali"Laung Puan Iffah dari dapur.

"Ya bu kejap"balas Rayyan. "Saya pergi dulu ya."ujar Rayyan meminta diri. Raisha mengangguk kepala.

Selepas kelibat Rayyan dan Wafa menghilang Raisha melangkah mendekati Puan Wahidah yang berada di ruang tamu. Dia melabuhkan punggung di tepi Puan Wahidah.

"Umi bila majlis nak mula Sha dah start boring ni" tanya Raisha. "Entah lah tunggu aje lah ya sabar sikit."balas Puan Wahidah .

"Umi... Raisha tak selesa lah orang pandang."ujar Raisha "Ish kamu ni kan umi ada  janganlah  .... punya nervous tu macam nak akad nikah hari ni."balas Puan Wahidah , Raisha hanya membalas dengan senyuman.

Majlis pun bermula selepas ketibaan beberapa orang yang berpakaian celoreng tentera udara...mungkin kawan atau sedara mara yang kenal akan keluarga Tuan Hilmi. Raisha disitu makin lama makin meluat melihat setiap lelaki yang berceloreng tentera disitu memandangnya dengan muka yang nakal. Majlis doa selamat bermula. Raisha mendengar ayat -ayat suci Al-Quran dilantungkan sehinggalah masa untuk menjamu selera.

Raisha dan Puan Wahidah berjalan menuju ke meja selera. Di situ terdapat banyak lauk pauk yang terhidang. Raisha dan Puan Wahidah mula mengambil lauk pauk yang terhidang . Mereka berdua melabuhkan punggung di ruang tamu , mereka menjamu selera tanpa bercakap sebarang ayat. Selesai makan Raisha dan Puan Wahidah menuju ke dapur.

"Eh.... Wahidah lamanya tak jumpa"ujar Puan Iffah sambil besalam dan belaga pipi dengan Puan Wahidah.

"Ya lama juga tak jumpa."balas Puan Wahidah menayangkan senyuman.

"Ini Raisha kan ?"tanya Puan Iffah.

"Ya saya aunty" sambil menyalam dengan Puan Iffah.

"Cantiknya menantu ibu ini."ujar Puan Iffah sambil mengusap lembut pipi Raisha.

"Eh alamak terlepas pulak habislah aku."Gumamnya dalam hati. Berkerut dahi Raisha mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Puan Iffah.

"Eh Iffah kau ni jangan bocorkan rahsia kita"bisik Puan Wahidah. "Ya tahu nak buat macam mana dah terlepas cakap."bisiknya pula. Raisha disitu berkerut dahi melihat mereka berdua sedang membisikkan sesuatu.

"Manantu ?" tanya Raisha.

"Eh bukan menantu." balas Puan Iffah.

"habis tu ?" soal Raisha lagi.

"Ni Iffah kau kata nak layan tetamu kan ?" saja Puan Wahidah membuka mulut supaya masalah ini berlalu.

"Ya betul ... nanti kita borak lagi ya."balas Puan Iffah.

kelibat Puan Iffah menghilang , Raisha berkerut dahi dan memandang Puan Wahidah dengan mata yang ingin tahu.

"Apa kamu ingat sini bilik mahkamah ke nak tengok umi dengan mata macam tu." balas Puan Wahidah yang tersentak dengan pandangan anakNya. Raisha menggeleng kepala.

Puan Wahidah menuju ke arah Tuan Sharif dan rakan-rakan persejuannya. Manakala Raisha menuju ke arah Rabbiyah yang bersendirian di situ. Dia mendekat dengan Rabbiyah dengan senyuman.

"Adik kenapa...takkan nak tengok je orang main."tanya Raisha

"Diorang tak suka adik..... diorang kata adik ni kotor...adik tahu kita bukan sekaya mereka tapi adik happy dapat jumpa umi,abi dan kakak yang baik, kan kakak pernah kata sekaya mana pun kita semiskin mana pun kita harta itu tidak terkira dalam timbangan amal kita kan ?" balas Rabbiyah.

"Betul ...akak bangga dengan adik akak ni."

"okey...akak jom pergi dekat ummi"

"Tak nak"

"Kenapa ?"

"Ada lelaki diorang dari tadi lagi pandang akak dengan muka nakal rimas akak"

"Ooo adik baru tahu yang lelaki celoreng tentera tu semua nakal."

"bukan semua tetapi sesetengah orang.... orang yang muka nakal macam tu lah yang akak tak suka."

"Relex akak ku yang tercinta adik akan teman akak sampai ke syurga."

"Woow...dari mana belajar."

"Abi , Abi selalu cakap macam tu dekat umi bila umi nervous...akak kita duduk situ lah tak ada lelaki." sambil menunjuk ke arah pondok kecil yang ramai wanita disitu.
Raisha hanya menganggukkan kepala.

Mereka berdua menuju ke arah pondok itu lalu melabuhkan punggung di hadapan kolam renang.
Tiba-tiba sekumpulan wanita free hair pun datang dan duduk di pondok itu. Gelak tawa mereka memecahkan rasa tenang. Raisha berkerut dahi bila suara mereka kuat seperti lelaki dan macam mulut murai.

Raisha menghiraukan mereka dan mencari ketenangan yang mendalam tapi gagal suara mereka kuat dan makin kuat kedengaran.

"Adik jom pergi dekat umi."ujar Raisha

"tapi akak..."

"tak apa jom lah"

"okey"

Mereka berdua menuju ke arah Puan Wahidah dan Tuan Sharif. Langkah demi langkah dia berjalan semakin berdebar hatinya untuk menjalani ujian yang ditempanya.

"Eh Yang Arif Raisha kan" tanya seseorang yang duduk berhadapan Tuan Sharif.

"Ya saya.. tak sangka jumpa dekat sini." balas Raisha sopan

"tu lah" balasnya

Orang itu bernama Muhammad Ariz Malik dia berkerja di mahkamah yang sama dengan Raisha. Dia berkerja sebagai Jurubahasa di mahkamah setiap kali ada kes mesti dia akan bertemu dengan Raisha. Dia sudah menganggap Raisha seorang kawan karib dan ada tiga orang lagi kawannya yang bekerja di mahkamah yang sama iaitu Nurin Kamalia sebagai kerani , Nurul Izzati sebagai pembantu Raisha dan Ahmad Amirul sebagai jurubahasa. Mereka berlima selalu akan meluangkan masa bersama-sama melepaskan segala masalah.

"Kau kenal dia ?"tanya Rayyan

"Yes dia lah Hakim yang aku cerita tu ."balas Ariz

"Ooo awak Yang Arif yang bijak dekat mahkamah tu" ujar Rayyan

Rasa kekok yang mendalam bila semua orang pandang nya dengan kagum.

"Eh tak ada lah bijak mana pun." ujar Raisha.

"Eh bijak lah Abi kamu kata kes yang kamu uruskan semuanya boleh selesai." ujar Tuan Hilmi

Raisha hanya mampu tersenyum.

"Saya setuju berbulan saya jadi jurubahasa ini....ini lah kali pertama saya dapat jumpa Hakim perempuan..lepas tu dia dah banyak selesaikan kes dengan lagi-lagi kes menculik."ujar Ariz dengan bangga.

Raisha memandang Rayyan yang ternganga mulut mendengar Raisha ialah seorang Hakim di mahkamah tinggi.

Raisha tersenyum melihat wajah Rayyan.

"Akak Adik nak pergi tandas"ujar Rabbiyah.

"okey jom"balas Raisha

"Aunty tandas dekat mana" tanya Raisha

"Rayyan pergi tunjuk tandas dekat Raisha ni."ujar Puan Iffah

"Okey ibu."balas Rayyan

"jom saya tunjukkan."

"Baik"

Mereka bertiga berjalan menuju ke tandas

"Ni tandas...saya pergi dulu ya."ujar Rayyan

"Ye terima kasih "balas Raisha

"Pergi lah masuk"

"Sabo lah " Rabbiyah masuk ke dalam tandas lalu menutup pintu.

DI LUAR RUMAH.
Rayyan keluar rumah selepas menghantar Raisha dan Rabbiyah ke tandas. Dia menuju kearah kawannyan. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi .

"Bro cantik awek tadi sapo namo?"Tanya Naif

"Anak kawan ibu aku kenapa kau kena sedar diri yang kau tu dah kahwin."balas Rayyan

"Aku tahulah."

"Eh tu sepupu bini aku tu"balas Muiz.

"Ye ke tak tanya pun."balas Aqil

"Saja nak cakap." balas Muiz. Aqil berdiam diri dia sudah tak ada ayat untuk berlawan.

"Hahahaha dah kenapa  mengaku kalah dah   ke."ujar Muiz

"Ish kau ni."

Tak lama pandangan mereka teralih kepada Raisha yang sedang keluar dari rumah menuju ke arah Tuan Sharif dan Puan Wahidah

"Cantik nyo anok sapo lah tu."balas Naif

"Anak orang"sambung Shah

"Aku tahu lah tu anok orang."

"Tu anak Tuan Sharif dengan Puan Wahidah."ujar Muiz

"Ooo ... cantik juga anak diorang kan tak sangka aku."balas Aqil

"Umi tak nak balik lagi ke?"bisik  Raisha

"Ya lah jom"bisik Puan Wahidah

"Yes balik yahoo.."gumam Raisha dalam hati...Dia tersenyum puas dapat balik.

"Iffah aku balik dulu ya dah lama duduk dekat sini."balas Puan Wahidah

"Ya lah nanti jumpa pulak ya."ujar Puan Iffah. Puan Wahidah hanya mengangguk kepala.

"Abi jom lah balik."balas Rabbiyah sambil menarik baju Tuan Sharif.

"Ya lah."

"Hilmi aku balik dulu ya."sambil bersalam dengan Tuan Hilmi.

"Ya lah kalau ada masa kita jumpa lagi."

"baik"

"Uncle"balas Rayyan menghulur tangan untuk bersalam.

"Ya" Tuan Sharif menyahut salam nya .

"Rayyan jalankan tugas dengan baik okey."ujar Tuan Sharif.

"Baik Uncle."balasnya.

Kereta Tuan Sharif menghilang dari pandangan mereka sekeluarga.

Raisha's
Di Rumah Tuan Sharif.
Sesampai Mereka di rumah Raisha membuka langkah menuju ke biliknya. Pintu bilik dikuaknya dari luar , dia meletakkan beg tangan di atas meja lalu merebahkan tubuh di atas katil.

"Alahai penatnya."ujar nya sendiri

"Bila fikirkan balik banyak juga ujian aku."

Dia bangun dari katil menuju ke arah pintu sliding door lalu membukanya , angin yang sempoi manampar pipi mulu Raisha. Dia berasa tenang.

"Ya Allah tenang nya , kan best healing dekat Tarim."

Dia menutup mata lalu menikmati suasana yang sunyi hanya kedengaran angin sempoi dan kicauan burung.

"Emm...nak nyanyi lagu apa ehh."

"Sabil addmua’ sabil murih. Tanahahad aya sahi kai tastarih
Wa bussad du’a al khafi yas sarih. Yas’ak alfaza urraheeb ulfasih

Fabillahi kam tastatibb ul quruh. Wa yabrau jurh ulkaseer iljarih. Wa yanshatu zakas saqeem ul’aleel. Wa qad kana bissuqmi dahrun tarih

Tuqal ul’isar ul’izamu bihi. Wa yaghd ulawa kakabshin zabih. Bi zikr ilahi tatib ulhayat.
Tusarru asarira wajhin sabih

Sabil addmua’ sabil murih. Tanahahad aya sahi kai tastarih. Tanah aya huznu wajur fuaadan.
Tawakkal bijiddin bi’azmin fasih

Fainni ‘alimtu biannaka najwa. Wa lubsu khabisin muzillin qabih. Tabakhtar tarajjal bisautin wakhilin. Famalaka fil arzi darbun sahih

Ilallahi ‘udna wa billahi luzna. Liutwa zamanun baisun shahih. Sabil addmwe sabil murih. Tanahahad aya sahi kai tastarih" Dia menyanyi dengan merdu.

Lagu Nasheed-The Way of Tears.

"Emm...sedap jugak aku nyanyi."

Dia menuju ke katil merebahkan tubuhnya di atas katil. Tudung yang tersarung dibukanya
satu per satu. Dia termenung melihat siling rumah  lama kelamaan matanya tertutup perlahan. Kedengaran dengkuran halus.

RAYYAN's
DI RUMAH TUAN HILMI.
Selepas kereta Tuan Sharif hilang dari pandangannya ada seorang gadis yang bertudung tetapi menampakkan rambutnya.

"Awak"pangginya dengan membuar riaksi manja.

"Datang dah minah ni."gumam Rayyan dalam hati.

"Kau nak apa Mia?"tanya Rayyan

"Alah awak ni."dengan badan yang terhayung-hayung manja.

"Nak apa ?" tanya Rayyan lagi.

"Awak kenapa awak tak suka saya?" tanya Damia.

"Ish, rimas lah aku...aku dah kata kan aku tak suka kau... because you are not my test understand."balas Rayyan.

"Eii sombong nak majuk lah."ujar Damia bibir bawah nya kedepan dan tangan memeluk tubuhnya.

"Pergi lah majuk tak nak pujok." Rayyan berjalan menuju ke arah kawannya malas melayan si Damia tu.

"Ish dia ni." ujar Damia sendirian.

"Kenapa tu nampak macam merajuk je."tanya Muiz.

"Ikut dia lah nak merajuk ke apa malas aku nak layan."balas Rayyan.

"Nih aku nak ajak korang pergi rumah aku bulan 2 ni."ujar Muiz

"Nok wak gapo."tanya Naif

"Eh Naif cuba kau cakap KL ."balas Aqil

"Suko hati aku lah nok kecek kelate ko Indonesia ko India ko ado aku kesoh."balas Naif

"Kesoh tu apa."tanya Shah.

"Kesoh tu maksud dio tok payoh peduli pasal masalah orang lain faham dok."balas Naif.

"Emm boleh lah sikit-sikit aku nak faham."ujar Shah.

"Okey loni sambung topik tadi."balas Naif.

"Aku ada buat makan-makan kalau korang nak pergi boleh datang , kalau tak nak pergi boleh berambus."balas Muiz.

"Yang penting orang single kena datang."ejek Aqil.

"Ada orang ejek kita lah Rayyan."balas Shah.

"Kau dengar lah mulut dia tu ...mulut dia tu berpuaka."balas Rayyan

"Hahaha mulut puaka."gelak Shah.

"Abang"panggil Damia manja.

"Ish, kau ni nak apa ?"tanya Rayyan rimas dengan perangai Damia.

"Ish , abang ni cuba lah layan Mia ni baik-baik."balas Damia.

"Ish kau layan lah Shah."ujar Rayyan.

"Abang Shah nak layan ke Mia."balas Damia.

"Kau tanya lah dia aduh lah."ujar Rayyan.

"Tak nak aku tak nak layan dia."cepat Shah menolak.

"Tengok abang Shah tak nak layan Mia"balas Damia.

"Ish menyampah lah aku dengan kau ni" rengus Rayyan dia bangun lalu menuju kedalam rumah.

"Ish...benci lah."rengus Damia.

"Rayyan majok ke tu."jerit  Shah

"Kamu nanyeakk kamu bertanya - tanya."jerit Rayyan yang berada di dalam rumah.

"HAHAHAHA!!!" mereka ketawa serentak.

"Hahahaha. sakit perut aku."balas Muiz .

Rayyan melangkah kaki menuju ke arah biliknya pintu bilik dikuak dari luar. Di merebahkan tubuhnya di atas katil.

"Hemm... satu-satu masalah timbul."
dia termenung melihat siling rumahnya.

"Kenapa aku rasa senang dengan dia padahal baru je kenal tadi."
dia terbayang muka Raisha yang tersenyum manis melihatnya.

"Ish , apa aku ni...dia cantik so mesti dia ada boyfriend kan ?"

"Ke tak ada ?...ke ada? "

pelbagai soalan di dalam pikirannya mengenai Raisha.

"Alahai, lusa aku dah kena balik kem..."
Dia termenung dan terus termenung. Dia hampir tertidur tiba-tiba ada satu suara yang menjerit dari luar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience