Matahari sudah terbenam,bulan sudah menampakkan dirinya. Dia termenung sendirian penat yang mendalam menyelimuti dirinya.
"Sha kitaorang dah nak pergi ni ."ujar Puan Wahidah.
"Baik Umi"balasnya.
"Jaga diri tau"pipi Raisha di usap dengan lembut.
"Okey"
Kereta milik Tuan Sharif menghilang dari pandangannya dia masuk ke dalam rumah lalu menuju ke biliknya. Pintu dikuak dari luar dia mencapai kain tuala dan masuk ke dalam tandas.
Selesai membersihkan diri dia bersiap dengan memakai baju yang simple.
"Emrr tak kan aku nak keluar sorang-sorang."ujarnya sendiri.
Dia mencapai telefon mendail nombor telefon seseorang.
"Assalamualaikum. Su jom teman aku beli barang nanti dekat rumah kita itu, kita tak payah beli dah barang."ujar Raisha.
"Walaikumusalam. Kau pun satu cakap last minit ni aku kena ambik kau ke ?"tanya Nasuha.
"Yes malas pulak nak bawa kereta."balas Raisha. Di hatinya terasa serba salah kerana dia telah menyusahkan seseorang.
"Bye tunggu lah kau dekat situ."ujar Nasuha.
"Okey"balas Raisha.
Dia meletakkan panggilan telefon Nasuha dia menunggu ketibaan sepupunya datang menjemput.
2 JAM KEMUDIAN
Sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna hitam berhenti di pintu pagar rumah agam milik keluarga Raisha.
"ADIK MANIS CEPAT LAH DAH PUKUL 8 MALAM DAH NI!!!"jerit Nasuha dari dalam kereta.
"KEJAP" balas Raisha.
Dia cepat-cepat membuka pintu kereta lalu duduk di bahagian depan tak kan lah nak duduk belakang pulak nanti si Nasuha macam drive dia pula.
"Okey jom gerak."balas Nasuha . Raisya menayangkan senyumnya.
Beberapa minit kemudian mereka sampai ke destinasi yang dituju iaitu Mall.
"Tu parking."ujar Raisha. Nasuha segera memarkin kereta itu dan tidak sengaja dia terlanggar kereta di depan mereka.
GEDEBUK!!!
"Wehhhhh macam mana nii!!!!"jerit Raisha.
"Alah kereta depan ada orang tak ?"tanya Nasuha
"Manalah aku nak tahu."balas Raisha cemas.
"Macam mana ni ?"soal Nasuha cemas dia rasa nak nangis.
"Tak sekarang ni kau jangan banyak soalan dan jangan nangis boleh tak."ujar Raisha hatinya mula reda dalam kemalangan yang baru terjadi.
"Emrr apa kata kau keluar pergi mintak maaf."ujar Nasuha.
"Asal aku pulak ?"tanya Raisha.
"Okey kita pergi sama-sama."balas Nasuha .
"Yang ni aku setuju."ujar Raisha.
"Weh tu orang pun kereta dah keluar weh dah lah lelaki."ujar Nasuha.
"Weh aku tak sedap hati...ramai weh lelaki dalam kereta itu."balas Raisha makin cemas hatinya rasa nak jatuh ke perut.
Pintu kereta di buka tangan Raisha di tarik perlahan.
"Kau yakin nak hadap muka lelaki itu ?"tanya Nasuha.
"Yakin kot."balas Raisha. Nasuha melepaskan tangannya dari menyentuh Raisha. Pintu kereta ditutup oleh Raisha.
"Kenapa perlu ada kot." ujar Nasuha sendiri di dalam kereta.
Raisah menegur keempat-empat lelaki tersebut.
"Assalamualaikum, maaf kawan saya terlanggar kereta encik."tegur Raisha dengan lembut.
"Waalaikumussalam."serentak mereka berempat menjawap salam Raisha.
"Ni Raisha kan ?"tanya Rayyan.
"Ya, saya Raisha awak... Rayyan kan?"Raisha pula menyoalnya.
"Ya , saya."balas Rayyan.
"Ni saya bayar ganti rugi."Raisha menghulur beberapa keping wang kertas bernilai 100 ringgit .
"Eh tak apa ni sikit je boleh cat balik."tolak Shah dengan baik .
"Betul ke ni ?"tanya Raisha tak percaya.
"Ya "balas Shah
"Kalau macam tu saya pergi dulu lah."balas Raisha
"Hati-hati"ujar Aqil
"Eii tak sedar diri dia tu dah kahwin."sinis Shah melihat Aqil tersenyum.
Nasuha keluar dari kereta itu dia melihat Shah macam marah kepadanya.
"Sorry"ujar Nasuha.
"It's okey."balas Shah , Nasuha membalas dengan senyumannya.
"Alahai cantiknya wanita yang langgar kereta aku bukan kereta je hati aku pun kau nak langgar wahai wanita."gumam Shah dalam hati
Nasuha bergegas mengejar Raisha yang sudah berada di dalam Mall.
"Kau tinggal aku"ujar Nasuha melepaskan geramnya.
"Sorry sapa suruh lambat"selamba balas Raisha.
"Kita pergi makan jom"ajak Nasuha.
"Jom kau nak makan apa ?"tanya Raisha
"Emmrrr sushi."balas Nasuha.
"Okey jom."
Mereka berdua mengambil tempat lalu memesan minuman.
"Weh lepas ni kau nak cari barang apa ?"tanya Nasuha lalu menyedut air lemon.
"Emmrr aku nak beli barang dapur je kat rumah agam kita tu dah tak ada barang dapur."balas Raisha.
"Rumah agam kita ?"tanya Nasuha
"Yelah kau dengan aku kan duduk rumah agam tu."balas Raisha.
"Tapi tu kan rumah kau."ujar Nasuha segan dia sudah lama duduk di rumah itu bersama Raisha.
"Memang lah rumah aku...ish dah lah aku malas nak layan kau makan je lah."ujar Raisha.
"Okey"balas Nasuha.
Selesai mereka berdua makan di restoran sushi. Mereka beejalan ke arah barang dapur.
"Aku ambil troli eh."ujar Nasuha. Raisha hanya mengangguk kepala.
Mereka berjalan di setiap lorong dan mengambil makanan ringan , barang memasak dan sebagainya.
"Weh tu bukan mamat yang aku langgar tadi ke ?"sambil melihat Shah yang sedang memilih barang yang hendak di beli.
"So kau nak tegur ? pergilah tegur."balas Raisha sambil memilih makanannya.
"Tak nak aku kau tu cepatlah pilih barang kau tu aku malulah nak berdepan dengan muka dia tu cepat lah."ajak Nasuha.
"Ish, sabar-sabar dah jom"ajak Raisha kembali.
Mereka laju berjalan supaya tidak serempat dengan sekumpulan lelaki itu.
Selesai membayar barang mereka berdua. Lalu bergegas ke keluar dari Mall.
"Jap bukan dia dekat dalam ke ?tanya Raisha.
"Wehh halimunan ke."soal Nasuha.
"Kau cepatlah aku nak balik."ujar Raisha
Mereka memasuki kereta Mercedes-Benz milik Nasuha.
"Nih kau...aku ganti rugi ke ?"tanya Raisha sambil menunduk kepalanya kebawah.
"Tak payah lah....kau dah kenapa pandang kaki kau ke?"tanya Nasuha.
"Kau tengok lah depan tu ada orang pandang."balas Raisha
"Tengok lah hensem apa ?"ujar Nasuha.
"Hensem tu hensem tapi dia anak kawan Umi aku."geram Raisha.
"Ooo nama ?"tanya Nasuha sambil keluar dari parking kereta.
"Rayyan Iskandar."balas Raisha
"Ooo"
Mereka bergerak dari Mall ingin ke rumah Raisha.
2 Jam Kemudian.
Beberapa minit kemudian mereka sampai ke rumah keluarga Raisha.
"Tak nak masuk ke?"tanya Raisha.
"Tak nak."balas Nasuha.
"Ni barang kau pegang ke aku pegang?"tanya Raisha
"Aku lah lagi pun aku nak singgah rumah agam kau tu."balas Nasuha.
"Okey."Raisha melambai tangannya sehingga kereta Nasuha hilang dari pandangannya.
Raisha masuk dengan membaca doa sebelum masuk rumah langkah kaki kanan di mulakannya. Dia berjalan naik ke atas , pintu bilik dikuaknya . Dia meletakkan beg tangan di atas almari soleknya dan berlalu masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai mandi dia memakai baju tidur dia membaringkan dirinya di atas katil.
"Haih asal lah aku jumpa dia."ujar Raisha sendirian di dalam bilik.
"Macam mana kalau dia cakap dekat Umi dan Abi."ujar Raisha
"Aaaaa"
Kerisauannya makin mendalam. Dia risau jikalau Rayyan cakap tentang hal itu.
"Buang masa aku fikir pasal ini baik aku tidur."Dia menutup lampu lalu tidur dengan nyenyak.
RAYYYAN's
Senja mula bertukar menjadi malam bulan menyinari malam. Kelihatan seorang lelaki yang berbadan tegap keluar dari biliknya.
"Rayyan dah nak keluar ke ?"tanya Puan Iffah.
"Ya Ibu."ujar Rayyan.
"Ye lah hati-hati ya."balas Puan Iffah.
"Baik Ibu Rayyan pergi dulu ya...tu Shah dah sampai."ujar Rayyan setelah mendengar enjin kereta milik Shah.
Dia bersalam dengan Puan Iffah lalu keluar dari rumah agam milik keluarganya.
Mereka bergerak ke Mall yang berdekatan. Dalam beberapa minit sudah sampai ke destinasinya.
"Kau parking je situ."ujar Aqil sambil menunjuk tempat meletak kereta yang kosong.
"Baik boss."balas Shah.
Shah segera mengikut arahan lalu memasuk parking yang ditunjuk Aqil. Dia menarik handbarke.
"Okey done jom"ajak Shah.
GEDEBUK!!!
Terhinjut bahu mereka selepas terdengar kejutan yang kuat.
"Mung tepuh gapo ?"tanya Naif memalingkan badannya untuk melihat apa yang mereka langgar.
"Aku parking dah ni ha break dah tarik lah."balas Shah.
"Kereta belakang aku rasa."Rayyan keluar kereta untuk melihat apa yang terjadi dan diikuti kawannya.
"Tak apa Shah calar je." Aqil mengosok bahu Shah.
"Aku ingatkan apa tadi calar je nanti aku baiki lah."ujar Shah.
Beberapa minit seorang gadis keluar kereta lalu mendekati mereka.
Gadis itu menegur keempat-empat lelaki tersebut.
"Assalamualaikum, maaf kawan saya terlanggar kereta encik."tegur Raisha dengan lembut.
"Waalaikumussalam."serentak mereka berempat menjawap salam Raisha.
"Ni Raisha kan ?"tanya Rayyan.
"Ya, saya Raisha awak... Rayyan kan?"Raisha pula menyoalnya.
"Ya , saya."balas Rayyan.
"Ni saya bayar ganti rugi."Raisha menghulur beberapa keping wang kertas bernilai 100 ringgit .
"Eh tak apa..
ni sikit je boleh cat balik."tolak Shah dengan baik .
"Betul ke ni ?"tanya Raisha tak percaya.
"Ya "balas Shah
"Kalau macam tu saya pergi dulu lah."balas Raisha
"Hati-hati"ujar Aqil
"Eii tak sedar diri dia tu dah kahwin."sinis Shah melihat Aqil tersenyum.
Nasuha keluar dari kereta itu dia melihat Shah macam marah kepadanya.
"Sorry"ujar Nasuha.
"It's okey."balas Shah , Nasuha membalas dengan senyumannya.
"Alahai cantiknya wanita yang langgar kereta aku bukan kereta je hati aku pun kau nak langgar wahai wanita."gumam Shah dalam hati
Nasuha bergegas mengejar Raisha yang sudah berada di dalam Mall.
"Amboi dapat awek cantik dah kawan kita ni "ujar Aqil.
"So what!!"sinis Shah lalu berjalan mengikuti langkah Rayyan yang sudah jauh dihadapan dan diikuti Aqil dan Naif.
"Kito nok lepok mano ni ?"tanya Naif.
"Pergi cafe nak ?" ajak Shah.
"Boleh jugok."balas Naif. Mereka menuku kearah cafe yang berdekatan setelah mereka duduk di meja makan seorang pelayan datang untuk mengambil order.
"Encik semua nak order apa?"tanya pelayan.
"Nak makan."balas Aqil.
"Mung ni gapo maso aloh yo tanyo nok makan gapo kea alolah...bagi saya coffee mocha satu."balas Naif.
"Makan ?"tanya pelayan.
"Tak nak makan."balas Naif.
"Bagi saya coffee espresso satu dengan donat chocolate cake satu."pesanan Rayyan telah di ambil dengan cepat.
"Emm bagi saya eh Aqil kau order dulu aku nak makanan sama macam kau."sambil melihat telefon.
"Nak coffee latte dua dengan donat chocolate chip dua."ujar Aqil kepada pelayan.
Setelah selesai mengambil order beberapa minit makanan pun tiba.
"Woow so sedap."balas Shah sambil mengunyah donat.
"Kau tak makan Naif ?"tanya Rayyan.
"Tak sudah kenyang ma"mata tak teralih memandang telefon.
"Weh sepupu bini Muiz... Raisha tadi lah kan ?"tanya Aqil.
"Haah"balas Rayyan.
"Sepadan dengan kau Raisya Rayyan huruf depan dah sama dah tu 'R'."usik Shah mulut dipenuhi donat.
"Habis kau tu dengan Nasuha mantap sekali."sinis Rayyan .
"Siapa Nasuha ?"tanya Shah.
"Nasuha dia tadi lah yang langgar kereta kau tu dia juga sepupu isteri Muiz."balas Rayyan.
"Helok lah tu korang dua jadikan je sepupu-sepupu isteri Muiz tu senang."sinis Aqil.
"Agreed"setuju Naif.
"Wow speaking "usik Rayyan.
"Sekali-sekalo tok leh ko ?"tanyo Naif.
"Boleh jer."balas Rayyan.
Panjang lebar mereka berborak sehingga tengah malam. Jam tangan sudah menandakan pukul 10.59 Mereka berlalu pergi selepas Shah selesai membeli barangnya beberapa minit sampai ke rumah agam keluarga Rayyan.
"Baru balik Ray "tegur Tuan Hilmi.
"Ya Bah baru balik rancak boraknya. lupa tengok jam "balas Rayyan
"Ray pergi naik dulu ya esok nak gerak pagi."balas Rayyan.
"Yalah."
Rayyan menaiki tangga satu persatu dia menuju le arah bilik lalu dikuaknya dari luar. Kain tuala di capai lalu menuju ke arah bilik mandi. Sesudah mandi dia mengambil novel kegemarannya untuk mengisi masa lapang.Jam dinding dilihatnya sudah menandakan pukul 11.20. Dia menutup lampu lalu membaringkan tubuhnya di atas katil selang beberapa minit dia sudah tidur nyenyak.
PAGI.
Solat subuh sudah diwajibkan dia megemas sesetengah pakaiannya. Dia menyusun begnya di luar rumah. Selesai menjamu sarapan pagi dia memasukkan begnya didalam kereta.
"Ibu Ray pergi ya." sambil menyalami tangan seorang Ibu yang banyak berjasa.
"Yah Ray pergi dulu."kali ni menyalami tangan Ayahnya.
"Hati-hati memandu...jalankan tugas untuk negara dengan baik."pesan Tuan Hilmi. Tuan Hilmi menarik lembut tubuh anaknya dia merasa masa seperti berlalu dengan cepat sekarang Rayyan dah besar dan sudah mempunyai tanggungjawab kepada negara. Kereta milik Rayyan keluar dari perkarangan rumah agam keluarganya.
Beberapa jam Rayyan telah sampai di Pangkalan TUDM di Kuantan , Pahang. Dia memarking kereta lalu menaiki blok biliknya. Dedaun pintu dikuaknya dari luar dia menyimpan semua pakaiannya di dalam almari lalu berehat di ruang tamu sebelum bertugas.
"Down ke tu awak tengah down ke tu."usik Shah.
"Kau dah kenapa?"tanya Rayyan.
"Saja kau lah lambat sampai...ni kau dah kenapa muka macam ada masalah je ?"tanya Shah.
"Ibu aku asyik-asyik tanya mana menantu." Rayyan menyandarkan badannya di atas sofa
"Masalah kau kan dah selesai malam semalam."ujar Shah sebelum melepaskan gelak kecil.
"Apa maksud kau ?"berkerut dahi Rayyan.
"Raisha "balas Shah sepatah.
"Tak aku tak faham ?"Rayyan menayangkan muka yang amat mengelirukan.
"Ish, dia sesuai sangat dengan kau cantik,baik,bijak ."balas Shah sambil megeluarkan ibu jarinya.
"Memang dia baik,cantik ,bijak tapi dia suka aku ke ?"tanya Rayyan
"Asal kau tanya aku...kau pergilah tanya dia sendiri."ringkas Shah.
Shah berdiri lalu meninggalkan Rayyan di ruang tamu. Rayyan tersenyum mengenang wajah Raisha yang bibirnya tersenyum mengukir senyuman yang manis.
Share this novel