BAB 8

Romance Series 4209

RAISHA's

4 hari yang tersisa sebelum mereka sambung bekerja disitu mereka berborak , ketawa , makan dan banyak lagi kenangan manis yang tercipta di Kelantan. Masa berlalu dengan cepat Raisha melihat bangunan Mahkamah dihadapannya , dia tersenyum sebelum masuk ke dalam mahkamah tersebut.

"Assalamualaikum Cik Raisha."sapa pekerja disitu. Satu demi satu pekerja disitu  dibalas  dengan senyumannya.

"Walaikumusalam."balas Raisha berjalan menuju ke ruang pejabatnya. Dedaun pintu dikuak dari luar lalu menutup semula pintu kerusi menjadi tempat dia berlabuh punggung.

Dia membuka laptop lalu selesaikan kerja nya  setiap saat setiap waktu dia mesti teringat  wajah ceria Rayyan.

"Ish apa aku ni...takkan lah aku suka dia...No kau dah tunang Raisha."dia menarik nafas lalu menghembusnya. Dia melihat keluar tingkap termenung dengan senyuman yang tak mati dari bibirnya.

Nasuha membuka pintu itu dengan perlahan, melihat sahaja Raisha termenung senyuman nakal terbit dibibirnya.

"BOOM!!"jerkah Nasuha dari tepi Raisha.

"Astaghfirullah."terhinjut bahu Raisha nasib tak mencarut nanti dosanya bertambah.

"Uuu rindu sapo tu ?"tanya Nasuha sambil duduk di kerusi.

"Rindu pantai."balas Raisha dengan ceria.

"Ya ko...ke rindu kapten tu."usik Nasuha.

"Ish, hang ni memang aku lepok kejap lagi....wak gapo sini?"tanya Raisha.

"Campur loghat hang na...sajo nk kelih demo."balas Nasuha. Raisha menjeling mata ke atas.

Masa berlalu begitu pantas  hari demi hari buat dia penat selalu balik lewat , kes semakin bertimbun , tak cukup tidur tup tup pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan empat.

BULAN EMPAT.
Bukan Raisha kalau tak cuti awal bulan.

"Bangun."kejut Puan Wahidah , apa nak jadi dengan anaknya sorang ni bangun pun lewat.

"Ummi."reget Raisha.

"Cepat siap kita nak gi cuti ni."ujar Puan Wahidah kepada anaknya.

"Ya ya ya nak bangun lah ni."dia bangun dari katil lalu mencuci muka dan terus mandi. Dia mengenakan baju Abaya army green colour.

Dia turun ke tingkat bawah...lalu menikmati sarapan paginya. Tuan Sharif sedang mengangkat barang lalu diletakkan di dalam kereta.

"Yahoo...kita nak gi cuti dekat mana Umi?"tanya Rabbiyah.

"Dekat Indonesia."teruja Puan Wahidah. Raisha menggeleng kepalanya melayan dua beranak itu. Selesai makan mereka terus bergerak menuju ke Indonesia.

"Flight pukul berapa Umi?"tanya Raisha.

"Pukul 9."sepatah kata dari Puan Wahidah.

Tiba di flight mereka menunggu untuk berangkat. Beberapa minit keluarganya diminta menaiki flight ke Indonesia. Tuan Sharif duduk dengan Puan Wahidah manakala Raisha duduk dengan Rabbiyah.

Mereka tertidur beberapa jam kemudian mereka sampai di Indonesia. Mereka turun dari kapal terbang tersebut lalu mencari texi. Setelah menaiki texi tersebut , mereka dibawa ke destinasi yang ingin dituju.

"Umi kita nak gi dekat mana ?"tanya Raisha.

"Maksud kamu ?"tanya Puan Wahidah tak faham akan soalan dari anaknya.

"Contohnya Jakarta ke Bandung ke ?"

"Ooo adalah nanti kamu tahu lah."balas Puan Wahidah dengan senyuman misteri.

AGAK-AGAK KEMANA TUJUAN MEREKA YE ?

2:46MINIT.
DI PANTAI NGULURAN DI GUNUNG KIDUL BERTEMPAT DI  YOGYAKARTA , INDONESIA.

RESORT DI GUNUNG KIDUL.
Mereka berjalan sehingga kebilik pemandangan yang sangat cantik. Raisha menjatuhkan dirinya diatas katil yang empuk.

"LEMBUTNYA UMMI."jerit Raisha gembira.

"Rupanya Ummi nak bawa kita gi Pantai Nguluran lah."ujar Rabbiyah gembira sebelum merebahkan dirinya disebelah Raisha.

"Raisha."ujar Puan Wahidah lembut.

"Ya ."balasnya lalu bangun dari baringan.

"Nak tahu kenapa Ummi bawak kat sini."ujar Puan Wahidah membuat Raisha keliru.

"Kenapa ?"tanya Raisha.

"Sebab tunang kamu ada dekat sini tapi dia orang Malaysia cuma Umi dengan Abi nak buat dekat sini ."terang Puan Wahidah panjang lebar.

"Maksudnya Sha akan jumpa dengan tunang Sha ?"tanya Raisha lagi. Puan Wahidah mengangguk kepalanya dengan perlahan.

"Woow akhirnya dapat juga tengok abang ipar."jerit Rabbiyah perlahan.

RAYYAN's
3:01 MINIT.

DI PANTAI NGULURAN DI GUNUNG KIDUL BERTEMPAT DI  YOGYAKARTA , INDONESIA.

RESORT DI GUNUNG KIDUL.
Mereka berjalan sehingga kebilik pemandangan yang sangat cantik.

"Ibu, Ibu kata Rayyan akan kenal tunang Rayyan kan ?"tanya Rayyan teruja , Puan Iffah hanya mengangguk kepalanya.

"Dia orang Indonesia ke ?"tanya Rayyan lagi.

"Tak orang Malaysia...tapi Mak Ayah belah perempuan nak buat dekat sini."terang Puan Iffah.

"Kenapa tak buat dekat Malaysia...nasib baik orang tak kena buang dari askar."

"Kenapa kena buang ?"tanya Puan Iffah hairan.

"Yelah Ibu pun tahukan Rayyan dah banyak kali ambil cuti..."terang Rayyan.

"Pastu Ray dapat cuti tanpa gaji lah ni ?"tanya Tuan Hilmi ,Rayyan mengangguk kepalanya.

"Sian tak de gaji lah abang"usik Wafa.

"Ish sebok je."

"Ibu  nak pergi jalan-jalan ke ?"tanya Wafa ceria.

"Jom."ajak Puan Iffah membawa anak kecilnya berjalan di persekitaran resort itu sambil menyedut udara yang segar dan pemandangan yang cantik.

Selesai menunaikan solat Isyak Rayyan menukar bajunya supaya lebih segak untuk bertemu dengan tunangnya.

"Dah siap dah jom diorang dah tunggu tu."ujar Tuan Hilmi

"Dah"

"Sebelum tu ."Puan Iffah menutup mata Rayyan dengan kain hitam.

"Apa ni Bu ?"tanya Rayyan matanya dah tak boleh nampak apa-apa selain hitam.

"Nanti tak jadilah surprise."sambil mengikat kain itu dibelakang kepala Rayyan.

Rayyan dipimpin oleh Tuan Hilmi. Rayyan dapat rasakan yang dia berada didalam kereta.

RAISHA's

"Ummi perlu ke pakai penutup mata ?"tanya Raisha. Puan Wahidah buat tak endah dengan soalan Raisha sudah berapa kali ditanya soalan yang sama.

"Lambat lagi ke nak sampai pening lah dah lah tutup mata dalam kereta."ujar Raisha. Raisha tak boleh tutup mata ketika kereta bergerak nanti pening.

"Sabo ler."ujar Rabbiyah ditepi menenangkan Raisha.

"Ni Umi nak cakap kamu makan dengan tunang kamu ...Abi, Umi dengan Rabbiyah makan dengan family diorang ya."

"What!!  tak nak lah Mi orang malu."jujur Raisha.

"Kalau malu biasa kan diri kamu tu dengan tunang kamu."ujar Tuan Hilmi.

"Yelah."kereta berhenti ditempat parking . Raisha turun dari kereta dipimpin oleh Puan Wahidah. Mereka berjalan menghantar Raisha di tempat duduk yang telah dipesan oleh Puan Wahidah.

AUTHOR.
Beberapa minit Rayyan tiba dipantai Nguluran. Tuan Hilmi menarik kerusi untuk Rayyan.

"Okey..kira sampai tiga bukak mata ye."ujar Puan Wahidah. Mereka menjauhkan diri dan melihat reaksi dua anak itu.

"1 2 3."serentak mereka membuka penutup mata.

"WHAT!!"

"WHAT!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience