BAB 13

Romance Series 4209

Seseorang yang berada di hadapan bilik kecemasan tidak berhenti kehulu kehilir. Sehingga berbunyi tapak kasut yang berlari kearahnya.

"Rayyan."panggil Nasuha resah.

"Macam mana ?"tanya Rayyan.

"Dia dalam tu lagi."balas Nasuha tak henti-henti mengigit kukunya. "Jangan kekah kuku lah kotor " celah Shah yang baru sampai di ruang kecemasan.

Pintu dibuka dan keluar seorang doktor perempuan.

"Macam mana dengan isteri saya ?"tanya Rayyan risau dengan keadaan isterinya.

"Isteri Encik okey luka dia pun tidak dalam macam kita sangka tetapi darah dia berkurang jadi kami perlu cari seseorang yang mahu menderma darah."balas doktor Sara dengan panjang lebarnya.

"Kalau saya derma darah saya...boleh kan."pinta Rayyan.

"Sudah tentu Encik."balas Doktor itu.

"Mari ikut saya."ujar Doktor Sara masuk semula ke dalam bilik kecemasan yang diikuti Rayyan.

Rayyan diminta berbaring diatas katil yang sudah disediakan dan memasukkan wayar lalu menyambung kepada Raisha. Darah milik Rayyan mengalir keluar dan masuk ke dalam tubuh badan Raisha. Doktor dan yang lain keluar dari bilik memberi masa sehingga pengaliran darah selesai.

Rayyan berpaling memandang Raisha ditepinya.

"Tulah sape suruh cakap besar kan dah kena....darah saya dah masuk dalam badan awak hihihi padan muka haa..."bebel Rayyan panjang lebar.

Berjam-jam dengan pelbagai tajuk bebelannya akhirnya doktor Sara tiba di bilik tersebut.

"Okey ?"tanya Doktor Sara.

"Okey..jee."balas Rayyan.

"Hensem jugak awak yee...awak suami kepada pesakit ke ?"tanya doktor Sara dengan nada manja.

'Dah mula dah."gumel Rayyan dalam hati.

"Ya..saya suami kepada pesakit."balas Rayyan.

"Ohhh..kalau nak cari madu ke cari saya ye."ujar Doktor Sara.

"Doktor ni kenapa? Selagi saya setia dengan negara saya akan setia dengan isteri saya."balas Rayyan dengan nada tegas. Doktor Sara keluar dari bilik itu dengan muka bengang sambil kaki dihentak kuat.

"Hentak-hentak macam aku kesah sangat."gomel Rayyan lagi.

Rayyan memandang semula Raisha. Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Tubuh seorang lelaki ditenung.

"Assalamualaikum."sapa Doktor Aman.

"Waalaikumussalam."balas Rayyan mesra.

"Saya Doktor Aman saya ambik alih tugas Doktor Sara."terang Doktor Aman.

'Baru kena bebel sikit dah koyak hati.'sinis Rayyan dalam hati.

"Ni dah siap ke ?"tanya Rayyan sambil menunjuk tangannya yang di masukkan wayar.

"Dah...kejap ye saya tolong buangkan wayar tu."balas Doktor Aman dan mencabut wayar dilengan Rayyan dengan pelahan tidak lupa menyapu ubat sebelum membalut tangan Rayyan.

"Buat masa ini...isteri Encik akan dimasukan ke dalam wad dahulu ye."terang Doktor Aman. Rayyan hanya mengangguk kepalanya.

Rayyan bangun dari baringan dan katil yang keberadaan Raisha di tolak keluar dari bilik kecemasan. Rayyan mengikut jejak Doktor itu sehingga sampai dibilik wad Raisha.

Rayyan masuk ke dalam bilik tersebut dan duduk di atas kerusi yang disediakan.

"Boleh kami lawat ?"tanya Nasuha yang baru sahaja sampai dibilik tersebut.

"Boleh tak kan tak boleh."selamba balas Rayyan.

Mereka berdua masuk ke dalam bilik itu.

"Apa khabar?"tanya Shah.

"Kau tengok aku macam mana ?"tanya Rayyan balik.

"Lantak kau."

Mereka memandang Nasuha yang teresak kuat.

"Wehh, ye pun kau nak nangis jangan lah kuat sangat nanti dia bangun."ujar Rayyan.

"Ohh, dia bukan koma ?"tanya Nasuha sayu.

"Tak dia tengah tidur tu."balas Rayyan lagi.

Selepas mendengar kata-kata Rayyan dia tidak mengalirkan air mata lagi.

"Kau nak tahu tak."bisik Rayyan kepada Shah.

"Tak."selamba balas Shah dengan nada berbisik.

"Memang lah kau tak tahu...aku tak bagi tahu lagi kan."balas Rayyan.

"Apa dia ?"tanya Shah.

"Ada doktor perempuan itu dia nak ngorat aku suruh jadikan dia bini kedua kau tahu...aku aku balas dengan ayat yang memang mantap oooo....sampaikan doktor lelaki ambik tugas dia."balas Rayyan dengan berbangga diri.

"Fuhh...lamak....hebat kau ehh..demi wife kau sanggup hilang perluang keemasa."ujar Shah.

"Aku tak nak kalau aku berbini dua ibaratkan aku tak setia dengan nagara kau faham tak."balas Rayyan.

"That's my capital."puji Shah. Rayyan membuat riak wajah bangga setelah mendapat pujian dari Shah.

"Raisha dh sedar."ujar Nasuha dengan nada teruja.

Lekas Rayyan memanggil doktor. Doktor itu masuk kedalam bilik dan memeriksaa keaadaan Raisha . Setelah dua minit memeriksaa dia mendekati mereka.

"Alhamdulillah...Cik Raisha dah sihat cuma dia tidak boleh keluar dari wad."ujar Doktor Aman.

"Alhamdulillah."mereka meraup wajah nada bersyukur.

"Bila isteri saya boleh balik ?"tanya Rayyan.

"Buat masa ni bagi dua rehat dulu di hospital."balas Doktor Aman.

Setelah kelibat doktor Aman hilang dari pandangan mereka masuk kedalam bilik itu semula.

"Assalamualaikum."sapa Nasuha.

"Waalaikumussalam."balas Raisha.

"Okey ?"tanya Shah.

"Okey je."balas Raisha dua patah.

" Rasa fresh tak ?"tanya Rayyan.

"Biasa kenapa ?"tanya Raisha balik.

"Nothing."balas Rayyan sambil menyorokkan senyumannya.

"Aku ada bawak bubur kau makan tau kita orang tak leh lama sangat...aku ada kes..si Shah ada report yang dia tak siap."ujar Nasuha.

"Okey."

"Byee nanti kita jumpa lagi ehh..balik dulu..."pinta Raisha sebelum berjalan keluar dari pintu.

"Byee..bro pape rojer...stay safe Raisha."ujar Shah sebelum mengatur langkah keluar dari bilik tersebut.

Keadaan didalam bilik sunyi seketika. Mereka berdua saling memandang satu sama lain.

'Asal hati aku berdebar... padahal dia suami aku kut.'gumam Raisha dalam hati.

Rayyan duduk dikerusi bersebelahan Raisha. Tangan Raisha ditari lembut sekilas mencium tangan itu dengan lamanya.

"Esok saya dah mula bertugas."ujar Rayyan.

"Boleh saya ikut."pinta Raisha.

"Kita duduk rumah sewa boleh...tapi duduk dulu dekat sini nanti Sweetheart dah dapat cuti kita duduk sama-sama okey."pujuk Rayyan. Raisha mengangguk kepalanya tanda bersetuju.

Tangan Rayyan mengusap kepala Raisha. "I love you, Raisha Adilah." ujar Rayyan lembut. Dia mencium tangan itu.

"edhe unë të dua."balas Raisha bersama sengihan comel.

Rayyan berkerut dahi.

"Ha ? Abang rasa ni mesti akibat terhantuk kepala ni." Raisha ketawa kecil.

"Maksudnya .. i love you too."

"Untuk abang sorang aje kan ?"tanya Rayyan sambil pandangan tulus wajah jelita isterinya.

"Ya."ringkas balas Raisha. Raisha senyum kepada Rayyan membuatkan Rayyan tidak dapat menafsirkan senyuman itu.

"Ayyan..Ayyan...Ayyan Ayyan Ayyan Ayyan."panggil Raisha berulang kali membuatkan belakang telinga Rayyan kemerahan menahan malu.

"Dah la tu."rayu Rayyan.

Akhirnya tawa Raisha pecah memenuhi ruang bilik itu.

Berjam-jam mereka berbual sehingga tidak sedar matahari sudah terbenam. Selesai menunaikan fardu maghrib dan Isyak. Raisha mengajak Rayyan tidur disebelahnya.

"Ayyan tak lenguh ke saya baring atas awak ?"tanya Raisha.

"No Sweetheart, tonight, we sleep in this position."puncak hidung Raisha dikucup lembut.

"Sa-saya..."terasa janggal suaminya bertindak menaikkan selimut menutupi mereka bersama.

"Letak kepala."arah Rayyan supaya Raisha menyelesakan baringan nya.

Perlahan-lahan gadis itu meletakkan kepalanya di atas dada bidang suaminya. Baringan semakin dibetulkan agar lebih selesa. Begitu juga dengan Rayyan.

"Stay in my arms sweetheart." tubuh kecil Raisha semakin dieratkan kedalam dakapan Rayyan. Beberapa kali ubun-ubun rambut Raisha dikucup sebelum berada di alam mimpi.

...

Setelah terbitnya samsu dia bangun dari katil dengan perlahan dan membersihkan dirinya. Se usai membersihkan diri dia menyarung baju loreng di tubuh tegapnya.

Dia mendekati katil itu dan menenung wajah itu dengan lama.

"Abang pergi dulu."ujarnya sebelum mencium dahi Raisha.

Dia meninggalkan bilik itu dan hospital tersebut menjurus ke Kuantan.

Raisha tersedar dari tidurnya melihat disekeliling ruang bilik itu.

"Dia dah pergi ke ?"soalnya sendirian.

Ketukan pintu mengalih perhatiannya. Tubuh Nasuha dipandang ceria.

"Assalamualaikum."sapa Nasuha.

"Waalaikumussalam."balas Raisha.

"Aku ada bawak makanan untuk kau."ujar Nasuha sambil menunjuk bekal yang dibawanya.

"Yess.. you are the best."teruja Raisha.

"Makan jum."ajak Nasuha.

Bekas makanan itu dibuka dan dihulur kepada Raisha. Raisha mengambil makanan itu lalu melahap makanannya tanpa satu bicara keluar dari mulutnya.

"Bila aku boleh keluar?"tanya Raisha sambil mengelap mulutnya.

"Esok."balas Nasuha yang ligat menutup bekas makanan yang sudah tiada isinya.

"Yeay."

"Kau nak cuti ke ?"tanya Nasuha.

"Haah ...tapi tak tahu lagi bila fapat cuti sebab aku banyak ambik cuti."balas Raisha.

"Lepas selesai kes ni kau boleh cuti tau."ujar Nasuha membuatkan wajah Raisha bertukar ceria.

...

Kereta diberhentikan di parking kereta. Pintu dibuka lalu menuju kearah pejabat.

"Hey bro...how was the first night?"tanya Izz

Izz merepukan kawan lama Rayyan semasa menjalani latihan TUDM. Dan berbangsa Cina.

"Biasa."balas Rayyan.

"Biasa ? Tak ape lah mungkin dia belum sedia lagi ma."balas Izz .

"Ehh...Kapten Rayyan lama tak jumpa kapten pergi mana ? Kapten sakit ke ?"celah Rose yang baru sampai dari pejabat itu.

"Haiya....kamu tak tahu cita kah kita punya Kapten sudah nikah ma."balas Izz yang saja-saja mencampurkan sedikit suara cinanya padahal dia lancar bertutur bahasa Melayu tanpa sedikit pun suara cinanya.

Mata Rose membulat mendengar kata-kata Izz.

Rayyan berjalan ke arah pejabat yang diikuti Izz.

"Bro...kau tahu cita tak?"tanya Izz.

"Ape ?"

"Nanti kita ada misi tau ."balas Izz.

"Misi apa?"tanya Rayyan lagi.

"Misi naik jet ."balas Izz.

"Ha ?"

"Hihihi ... tak da lah kita terpilih untuk naik ket yang baru siap itu... apa ya nama nya..lupa lah."balas Izz.

"Naik jet bila tu ?"teruja Rayyan.

"Esok."balas Izz.

"Ehh aku ada kerja nanti kita lepak eh.."ujar Izz sebelum mengatur langkah ke arah yang ditujunya.

Pintu pejabat dibukanya kerusi kerja ditarik sebelum diduduki tak lupa membuka komputer untuk membuat laporan.

Selesai menaip laporan dia menutup komputer itu dan bergegas keluar dari pejabat menuju ke bilik persalinan.

Selesai bersalin baju dia berjalan menuju ke arah pasukannya.

"Assalamualaikum brother."sapa Aqil.

"Waalaikumussalam."balas Rayyan.

"Jom kawad."ajak Rayyan.

"Masuk barisan semua dalam kiraan lima."jerit Rayyan.

"Empat!."

"Tiga!"

"Dua!"

"Satu!"

"BARIS...BARIIISSSS SEDIA!"laung Rayyan.

"BERGERAK KEKANAN...KANAAANA PUSING!" Serentak mereka berpusing mengikut arahan dari Rayyan.

"BERGERAK KEKIRI...KEKIRIIII PUSING!!"arah Rayyan lagi. Serentak mereka memusingkan badan kebelakang dan menghentak kaki mereka sehingga bergema satu kawasan tersebut.

"BARIS AKAN MENGHADAP KEHADAPAN... KEKANANNN PUSING!!"sekali lagi serentak mereka memusingkan badan menghadap Rayyan.

"DUA LANGKAH KEKANAN GERAK !!" mereka bergerak kekanan sebanyak dua kali.

"BUKA BARISAAANN GERAK!!" barisan belakang berundur sebanyak dua langkah manakala barisan depan kehadapan dua langkah.

"KEKANAN LURUSSS!!"apabila melihat semua ahli kawad kaki telah bersiap meluruskan barisan Rayyan menarik nafas sebelum memberi arahan seterusnya.

"PANDANG DEPAN!!"

"HORMAT, HORMAT KEHADAPAN HORMAT!!"Serentak mereka tabik hormat kehadapan.

"Kapten."panggil seseorang yang baru sahaja tiba ditepinya.

"Ada kadet nak jumpa."ujar pemuda itu sebelum mengundur diri.

"SQUAD KELUARRR BARISSS.!!"arah Rayyan sebelum mengatur langkah menuju ke arah seorang lelaki yang bertopi gelap.

"Ada apa nak jumpa saya ?"tanya Rayyan yang berdiri dibelakang lelaki itu.

"Hey bro."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience