Bab 8

Romance Series 16733

Bab 8

Berbekalkan semangat dan prinsip hidupku, aku mengambil keputusan untuk tidak berjumpa Rie. Dengan cara itu aku mungkin dapat merawat luka di hati. Lagipun aku tidak mahu mengganggu Rie dan tunangnya. Aku bersyukur, kerana aku berjaya melalui saat-saat keperitan akibat kecewa dan berkat prinsip hidup yang ku pegang, aku kini berjaya bergelar pendidik selepas 4 tahun berada di institusi pengajian.Walaupun kerinduan pada Zairi sering bertamu, seraut wajah indahnya sering menjelma dalam mimpi, akhirnya aku berjaya.

Ada kalanya aku mengharapkan agar Zairi masih seperti dulu, masih setia dengan janjinya untuk menunggu aku dan adakalanya aku mengharapkan agar Syidah itu bukan tunangnya. Gilakah aku mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Terang-terangan Syidah memperkenalkan dirinya sebagai tunang Zairi.

Gambar kenangan bersama Zairi menjadi peneman setia di kala kerinduan memuncak. Pen dan kertas juga sentiasa bersama untuk ku luahkan apabila ingatan terhadap Zairi muncul. Segalanya ku puisikan

Seraut wajah indah… ingin ku tatap,

Agar hilang rindu yang membendung rasa….

Biar lena tidurku diulit mimpi indah, tentang kita berlari berkejaran di pantai,

Oh matamu itu, juga renungan itu…

yang memberi ketenangan…

Masihkah mampu aku nikmati..

Pakkkkk!

Aku tersedar dari lamunan apabila sebiji bola melintas betul-betul di hadapanku..

Nyaris terkena badanku. Rupanya ada sekumpulan remaja bermain bolasepak pantai. Terlalu jauh aku mengelamun rupanya. Kembali ke zaman kenangan itu. Kini selepas 4 tahun aku tinggalkan pantai ini, aku kembali lagi ke sini dengan kekuatan yang tidak mungkin dapat digoyah oleh sesiapapun. Kalau sebelum ini aku takut ke sini, takut kalau-kalau kenangan itu melemahkan aku, tapi kini tidak lagi. Aku rasa aku sudah cukup kuat untuk berhadapan dengan kenangan silam, yang meninggalkan kekecewaan di hati perempuanku. Aku kini bercuti sementara menunggu dipanggil untuk bertugas.

Setiap langkah ku di pantai ini menggamit kenanganku bersama Zairi. Memang aku tidak pernah berusaha untuk melupakan kenangan itu. Padaku kenangan itu terlalu mahal untuk dilupakan. Kenangan itulah yang mengajar aku erti cinta pertama, sakit dikecewakan dan peritnya rindu yang tidak tertanggung. Terima kasih Zairi kerana hadir di dalam hidupku dan menghadiahkan semua itu padaku.Tiap kali apabila terlalu terkenangkan Zairi aku tidak mampu menahan sebak di dada.

Memang aku akui, aku rindukan senyumannya, tutur katanya, lirikkan matanya dan kini aku berani untuk khabarkan kepada dunia yang aku mencintainya tapi segalanya sudah tidak bermakna lagi. Zairi bukan untukku. Apa khabarnya sekarang ini. Entah-entah dia telahpun berkahwin dengan Syidah dan punya anak. Empat tahun bukanlah waktu yang singkat dan tidak mustahil itu semua terjadi. Zairi, apapun aku doakan kau bahagia. Aku menyeka air mata yang tidak putus-putus keluar sejak aku menyusuri pantai tadi. Dengan tangisan itu aku kumpulkan keyakinan untuk diriku sendiri. Aku harus kuat untuk menghadapi cabaran cinta ini. Cinta mungkin yang hanya aku seorang yg mendambakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience