Bab 4

Romance Series 16733

Bab 4

Sehinggalah tinggal sebulan lagi untuk aku menghadapi peperiksaan STPM iaitu selepas setahun setengah berkawan dengan Zairi, satu hari, aku sendirian ke pantai. Ima tidak mengikutku kerana dia ada urusan di bandar dengan ibunya. Sambil membiarkan kakiku bermain di gigi pantai aku bernyanyi kecil. Sengaja aku tidak membawa buku hari ini.. Malas pulak rasanya. Sayup-sayup dari kejauhan aku mendengar namaku dipanggil.

Aku memerhati keliling dan aku lihat Zairi sedang melambai tangannya ke arah aku. Aku membalas lambaiannya. Aku memerhatikan dia berjalan ke arahku sambil tersenyum. Dengan bertshirt biru muda dan berseluar sukan biru gelap Zairi kelihatan cukup segak.

“Hai dah habis kerja ke?” kataku sambil memerhatikan jam di tangan yang menunjukkan pukul 5.20 petang.

“Yup” tercungap-cungap dia menjawab. “Rie nak mandi hari ni. Jom kita mandi” katanya sambil membuka seluar sukannya.

Aku menjadi malu dan memalingkan muka ke arah lain. Dia berseluar pendek sahaja sekarang ni. Di campaknya seluar yang dibuka tadi ke pasir pantai. Agak jauh juga dari gigi air. Dia menggamitku ke air. Aku mengelengkan kepala.

“Jomlah” ajaknya lagi.

“Rie mandi ajelah, Intan taknaklah” balasku.

Zairi lantas ke tengah dan berenang. Aku memerhatikan aje. Berdetik dihatiku, tidakkah insan setampan Zairi tidak punya buah hati? Aku berfikir-fikir sendirian.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara meminta tolong. Ku perhatikan Zairi sedang terkapai-kapai. Tanpa berfikir panjang aku terus berenang mendapatkannya dan sesampai aje aku di situ.. Zairi ketawa.

“Menjadi juga trick Rie nak ajak Intan mandi” kata Rie sambil ketawa.

Aku memasamkan muka.

“Orang serius dia main-main pulak” Aku sedikit marah dengan sikap Zairi. “Kalau lemas betul-betul baru tahu” kataku.

“Janganlah marah. Tapikan… kalau Intan marah… bertambah-tambah manisnya” usik Rie yang memaksa aku tersenyum. Aku tersipu dengan pujian Zairi.

“Dah lah, malas nak layan”. Lantas aku memusingkan badan untuk berlalu tapi tangan Zairi cepat menyambar tanganku dan memaksa aku terdorong rapat ke badannya. Aku jadi kaget, tapi Zairi pandai mengawal suasana. Merasakan aku tidak selesa, dia menjarakkan dirinya tapi tanganku masih digenggam erat. Lembut tutur katanya

“Intan.. dah lama Rie nak cakap sesuatu dengan Intan”. Aku terdiam. Tersentap jantungku mendengar ungkapan itu. Ungkapan yang aku sendiri tidak pasti samada itu yang aku nanti-nantikan.

“Selama lebih setahun Rie mengenali Intan, Rie rasa Intan istimewa. Intan ada segala-galanya yang Rie inginkan. Sifat ketimuran Intan, lemah lembut, prinsip hidup Intan, seraut wajah yang cukup indah, mata yang cantik dan kesopanan Intan yang tiada pada gadis lain menarik perhatian Rie. Rie jatuh hati pada Intan pada kali pertama kita berbual dulu” katanya lembut.

Aku sekadar memerhatikannya berbicara, memandang ulas bibirnya dan seraut wajah basah dihiasi sepasang mata yang menawan. Entah kenapa setiap kali mata kami bertentangan aku dapat rasakan ada getar halus di jiwa ini.

“Izinkan Rie mengenali Intan dengan lebih dekat lagi… Rie ingin jadikan Intan insan teristimewa di hati Rie”. Aku terdiam mendengar kata-kata Rie. Sesekali badan kami terbuai oleh ombak yang mendatang.

Perlahan aku menarik tanganku. Rie seakan mengerti dan perlahan dilepaskan genggamannya. Tiada kata yang dapat aku ungkapkan. Perasaan ku bercampur baur. Sukakah aku? Aku sendiri tidak mengerti. Dalam kekalutan perasaan ini, aku berlalu meninggalkan Zairi.

“Intan, Rie tunggu jawapan dari Intan” laung Rie…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience