Bab 2

Romance Series 16733

Bab 2

Satu hari selepas penat membaca aku bermain di gigi pantai sambil membiarkan kakiku basah dek buih-buih ombak. Ima masih kusyuk membaca novel. Ramai orang di pantai ini maklumlah terdapat resort berhampiran pantai ini. Ramai pelancong sedang bersantai di sini. Sedang asyik melayan perasaan, aku di sapa….

” Assalamualaikum” Suara itu kedengaran hampir sekali. Aku menoleh ke belakang dan terpandang seorang lelaki sedang tersenyum kepadaku.. Berdegup jantungku disapa begitu. Aku memerhati keliling, kalau-kalau dia memberi salam pada org lain. “Awak” katanya lagi sambil memandang tepat ke mataku… ” Saya?” aku menyoalnya. Dia mengangguk. “Waalaikumussalam” aku menjawab perlahan.”Saya selalu lihat awak kat sini, membaca novel bersama kawan awak di sana” sambil memandang ke arah Ima. Aku sekadar mendiamkan diri. “Boleh kita berkenalan?” tanyanya.

“Saya Zairi, tapi panggil aje Rie” dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ku. Aku kaget dan hanya memandang wajahnya. Ada kemanisan di dalam senyumannya. “Saya faham” katanya selepas melihat aku tidak menyambut huluran tanganya.

“Saya kerja kat sana” katanya sambil menunding jari ke arah resort berhampiran. Aku sekadar mengangguk. Bukan tidak mahu berbicara dengannya tapi aku rasa kekok kerana, yelah dia kan asing bagiku. “Sapa nama awak?” Aku berkira-kira …nak bagi nama sebenar ke nama samaran. “Intan” terpacul dari mulutku.” Intan… kalau awak sudi,saya ingin berkawan dengan awak. Saya masih baru kat sini, baru sebulan” katanya lagi….Tak tanyapun kataku dalam hati. Dia memerhati jam di tangannya. “Oklah Intan, saya ada janji dengan kawan sekerja. Saya pergi dulu, kalau esok-esok saya nampak awak kat sini boleh saya berbual dengan awak?” tanyanya. “Mata awak cantiklah” katanya lagi sambil tersenyum dan aku perasan senyuman itu cukup manis sekali. Aku mengangguk sambil membalas senyumannya. Malu rasanya dengan pujian itu. Memang ramai yang mengatakan aku mempunyai sepasang mata yang cantik. Dia berlalu. Sesekali dia menoleh ke arahku, sambil melambaikan tangan. Aku tidak pasti kenapa mataku asyik memerhati geraknya. Aku akui Zairi agak tampan. Penampilannya ringkas tapi menarik. Dari pandangan mataku dia mungkin berasal dari bandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience