Bab 6

Romance Series 16733

Bab 6

Peperiksaan berlalu. Lega rasa dihati. Sementara menunggu keputusan peperiksaan keluar, aku berkira-kira untuk mencari kerja sambilan. Begitu juga Ima. Boleh jugak kumpul duit, tambah-tambah duit masuk pusat pengajian nanti. Aku ke pantai dengan Ima dengan harapan dapat berjumpa dengan Rie. Kami becadang untuk mencari kerja sambilan di resort tempat Rie bekerja.

Di pantai, jam menunjukkan pukul 5.30 petang tapi kelibat Rie masih tidak kelihatan. Masih bercutikah? Rindu benar aku padanya, pada senyuman manisnya dan pada sepasang matanya yang memikat. Sedang asyik mencari, Ima mencuit dan menunjukkan ke arah pantai.

“Intan tengok tu, macam Zairi” “Yelah, tapi… siapa perempuan bersamanya tu” kataku curiga.

“Mesranya” Ima bersuara menambah curiga dihatiku. Aku memerhatikan dari jauh. Memang nampak kemesraan di antara mereka, sambil bergelak ketawa bermain air laut dan berkejar-kejaran.

“Jom kita balik” aku mengajak Ima balik, entah kenapa ada perasaan cemburu di hati ini. Ada kepedihan yang tiba-tiba menusuk jantungku.

“Eh nantilah dulu. Kita baru je sampai. Jom kita pergi dekat dia” Ima mengajak tanpa dia sedari yang aku sudah tidak dapat mengawal perasaan ini. Ima menarik tanganku dan aku mengikut sahaja. Ku lihat perempuan yang bersama Rie berseluar pendek dan berkulit gebu. Cantik sekali.

“Rie!” Ima memanggil dan seakan terkejut Rie cepat-cepat berhenti bergurau dengan gadis itu.

“Jom mandi sama-sama” Rie mengajak. Suaranya tersekat-sekat dan matanya tertumpu ke mataku. Aku jadi tak keruan dan Rie kelihatan resah apabila gadis itu menghampiri kami.

“Ni.. kenalkan, Syidah” kata Rie perlahan.

“Abang Rie, ni siapa?” tanya gadis bernama Syidah itu.

“Ini Ima dan yang ini… Intan” kata Rie. Dapat aku rasa getaran suara Rie.

“Inilah gadis kampung yang Rie ceritakan tu” kata Syidah sambil menghulurkan tangan. Dia panggil aku gadis kampung, gerutu hati kecilku.

“Selamat berkenalan. Saya Syidah, tunang abang Rie”. Ima menyambut tangannya dan begitu juga aku. Tersentap jantungku mendengar perkataan tunang.

“Cantiknya mata. Betul cakap abang Rie, mata awak cantik. Sapa nama tadi? Intan ye?” kata Syidah memuji mataku. Aku terkebil-kebil dipuji begitu dan dalam masa yang sama aku menahan sebab.

Entah kenapa perasaan cemburu itu hadir dan menusuk-nusuk. Pedihnya ku rasakan di saat ini.

“Jom mandi sama-sama” Syidah pula mengajak. Rie sekadar memerhati dan dalam kalut menahan resah aku bersuara

“tak apalah lain kali ajelah. Saya nak balik ni ada urusan” kata ku sambil menarik tangan Ima dan berlalu. Rie seakan mengerti perasaan ku dan setelah beberapa langkah dia memanggil namaku.

“Intan tunggu”. Aku mempercepatkan langkahku tapi Rie lebih pantas memintas kami.

“Intan… dengar dulu. Syidah tu” kata-katanya terhenti mungkin kerana tercungap-cungap selepas berlari mengejarku tadi. Aku kuatkan jiwa ku

“Intan ada kerja nak dibuat lagipun kenapa Rie nak kena jelaskan siapa dia. Siapapun dia pada Rie, tak ada kena mengena dengan Intan. Itu hak Rie untuk berkawan dengan sesiapa pun dan nak bertunang dengan siapapun” kataku.

“Tapi ini” kata Rie sambil menyeka airmata ku yang entah bila tertumpah aku sendiri tidak menyedarinya. Aku jadi malu kerana menampakkan kecemburuanku dan kecewa apabila mendapat tahu Rie sudah punya tunang.

“Intan tak apa-apa” kataku lantas mempercepatkan langkahku dan Ima memandangku dengan penuh tanda tanya dan dia sekadar menurut sahaja dan membiarkan Rie tercegat.

Di rumah aku menangis semahunya. Aku akan kehilangan Zairi. Kenapa kau membohongi aku. Kenapa kau berjanji yang kau sanggup menungguku. Mana janjimu? mana? Kenapa kau hadir dalam hidupku, Zairi. Kenapa kau ciptakan pertemuan kalau sekadar untuk di sakiti? Aku tertidur dalam esak tangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience