Bab 7

Romance Series 16733

Bab 7

Sejak peristiwa itu aku tidak lagi ke pantai, biarpun hati ini meronta-ronta untuk ke sana. Rindu benar aku pada Zairi dan segala kenangan yang kami lalui bersama. Aku hanya terperuk di rumah. Kerja sambilan yang aku kata nak cari, aku lupakan sahaja.

Masa aku banyak ku habiskan dengan menguruskan rumah, menulis cerpen dan puisi satu minatku yang tiada siapa tahu kecuali Ima. Zairi pun tak pernah tahu yang aku minat menulis. Entah kenapa sejak peristiwa berjumpa tunang Rie, banyak idea yang datang menerjah.

Aku kini dapat rasakan betapa pedihnya bila insan yang kita sayang, dicintai insan lain. Meskipun tidak pernah aku ucapkan dengan kata-kata, Rie adalah lelaki pertama mengisi ruang hatiku. Biarpun di antara kami tidak pernah termeterai janji untuk bersama, tapi perasaan halus itu sering hadir, rindu itu sering bertamu dan mata itu, sering aku rindukan.

Dalam keperitan, kerinduan dan kesedihan, aku berjaya menyiapkan beberapa buah cerpen dan puisi yang banyak menceritakan perasaan aku terhadap Zairi dan aku telahpun menghantar cerpen-cerpen ku itu ke majalah-majalah. Sesuatu yang sering aku lakukan dari dulu lagi.

Sudah banyak karya ku tersiar di majalah-majalah. Melalui Ima aku dapat tahu, Rie cuba menghubungiku. Berkali-kali dia memujuk Ima supaya memberikannya nombor telefon rumahku tapi Ima akur denganku agar tidak memberi nombor telefon kepada sesiapa tanpa izinku.

Malah Rie pernah mengajak Ima ke rumahku tapi Ima menasihatkan Rie supaya tidak berbuat demikian. Ima meminta Rie memberi masa untuk aku tenangkan jiwaku. Imalah seorang sahabat yang paling mengerti. Sejak peristiwa itu jugaklah aku ceritakan perasaan sebenar aku terhadap Zairi kepada Ima.

Ima menasihatkan aku supaya bersabar dan aku juga mengerti kalau ada jodoh tak ke mana. Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. Tapi mampukah aku melupakan cinta pertamaku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience