Bab 5

Romance Series 16733

Bab 5

Petang itu aku pulang ke rumah dalam keadaan basah. Tidak sabar aku untuk bercerita dengan Ima
.
“Kalau aku jadi kau aku terima je. Zairi pun hensem apa?” kata Ima sebaik aku ceritakan peristiwa di pantai tadi.

“Kalau dia hensem, kenapa kau tak pikat dia?” tanyaku.

“Bukan taste akulah” Ima menjawab ringkas.

“Aku tahulah taste kau. Kaukan suka mamat botak, perut boroi” aku mengusik Ima.

“Adoi” aku dicubit Ima.

“Bukan masanya untuk aku bercinta. Belum tiba masanya” kata Ima lagi. Aku jadi terpukul.

Kami sama-sama berjanji untuk tidak terlibat dengan mana-mana lelaki selagi cita-cita kami untuk menjadi pendidik tidak tercapai. Kami berjanji untuk mengutamakan pelajaran terlebih dahulu.

“Aku tahulah kau perli aku” balasku.

“Tahu tak apa” kata Ima. “Aku janji, aku tak akan bercinta selagi cita-cita aku belum tercapai” katanya sambil mengangkat tangan tanda ikrar.

“Tapi Zairi tu kau nak tolak tepi ke?” tanya Ima.

“Yap” jawapku ringkas.

“Tak menyesal ke?” tanya Ima lagi.

“Pandailah aku ayat dia nanti. Kalau dia nakkan aku dia kena tunggu” kataku biarpun aku sendiri tidak pasti apakah aku benar-benar dengan pendirianku.

Seminggu selepas Zairi meluahkan hasratnya, aku dan Ima kembali ke pantai. Kali ini kami tidak membawa novel tapi buku ulangkaji. Sedang asyik menelaah pelajaran. Zairi menyapa kami.

“Kusyuk nampak?” katanya.

“Duduklah” aku mempelawa dia duduk. Dia duduk tapi tiada kata yang keluar dari mulutnya. Dia sekadar memerhati kami menyelesaikan permasalahan kami.

“Intan… aku memandang tepat ke matanya. Pasal hari tu,” Rie terdiam. Ima seakan mengerti yang Rie mungkin tidak selesa dia ada di situ.

“Aku ke tandas sekejap” kata Ima sambil berlalu.

“Apa yang Rie katakan hari tu, kalau Intan tak boleh terima, kita lupakan saja” katanya perlahan. Aku lihat wajahnya sugul sambil memandang ke laut lepas.

“Rie… Intan faham perasaan Rie tapi berilah Intan masa. Intan masih belajar lagi dan Intan nak kejar cita-cita Intan dulu, lepas tu baru Intan nak fikirkan soal perasaan” kataku perlahan.

“Jadi Intan menolak Rie?” soal Rie membuatku rasa serba salah.

“Intan tak kata Intan menolak, tapi berilah Intan masa”.

“Berapa lama?” tanya Rie sambil memandang tepat ke mataku. Aku jadi gelabah tiap kali mata itu merenungku.

“Satu hari nanti. Kalau Rie sanggup tunggu” aku bersuara agak bergetar, cuba menyembunyikan gemuruh dijiwa.

“Oklah kalau macam tu. Rie balik dulu” kata Rie sambil mengangkat punggungnya untuk berlalu. Ku biarkan Rie mengorak langkah tapi hatiku mendesak untuk mengatakan sesuatu padanya.

“Rie, nanti dulu” kataku yang membantutnya perjalanannya. Dia berpaling dan aku segera mendekatinya. Aku perlu jelaskan pada Rie kedudukan sebenar dan perasaan hatiku yang sebenar. Aku juga takut kehilangan Rie, perasaan itu yang kunafikan selama ini.

”Rie, Intan tidak menolak Rie. Jauh di sudut hati, Intan cukup selesa dengan Rie, Intan senang berkawan dengan Rie. Sikap Rie yang suka berterus-terang, suka bergurau dan menghormati Intan dan kawan Intan sebenarnya telah menambat hati Intan. Tapi, ungkapan keramat itu terpaksa Intan simpan dulu. Selagi Intan tidak berjaya mengejar cita-cita Intan, Intan tak mungkin luahkan, pada sesiapapun. Intan harap Rie mengerti. Rie lelaki pertama yang meluahkan perasaan pada Intan. Sukar untuk Intan ungkapkan kata-kata indah. Intan takut. Takut kecewa. Novel-novel cinta yang sering Intan baca adakala menakutkan Intan. Meskipun Intan tidak pernah bercinta, tak pernah kecewa, tapi novel menceritakan segala-galanya. Betapa peritnya apabila putus cinta, apabila dikecewakan. Pilunya hati apabila rindu bertandang. Intan takut itu semua terjadi. Intan tak mahu ianya menganggu pelajaran Intan. Intan tak nak kandas dalam pelajaran gara-gara cinta. Intan harap Rie mengerti” aku menghabiskan ayat sambil memandang tepat ke matanya dengan harapan dia mengerti. Dapat aku rasakan degupan kencang jantungku, tatkala renungan Rie bertaut. Aku lihat ada senyuman menguntum di bibirnya. Segera ku alihkan pandanganku ke laut lepas.

“Intan, pandang Rie”. Aku kembali memandang matanya, menanti-nanti apa yang ingin dikatakan.

“Intan, Rie faham sekarang. Pandangan mata Intan menceritakan segala-galanya. Tak perlu Intan luahkan dengan kata-kata. Rie mengerti” katanya lembut sambil mata itu terus merenung mataku. Aku mengangguk perlahan.

“Rie akan tunggu saat Intan telah bersedia untuk mengungkapkan kata-kata keramat itu. Rie tahu tak lama lagi Intan akan menghadapi peperiksaan besar dan Rie mahu Intan berjaya. Jadi, sehingga Intan habis periksa Rie tak akan ganggu Intan. Sebabnya esok rie akan bercuti, balik ke bandar selama 3 minggu. Rie doakan Intan berjaya” ucap Rie sambil matanya tidak lepas memandang mataku….

Aku tidak dapat berkata apa-apa. Sehabis kata, Rie melangkah pergi. Tiga minggu Rie akan bercuti dan aku pasti akan merinduimu, bisik hati kecilku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience