Bab 1

Romance Series 16733

PASTIKAN DATANG
LARA SASKIA

Bab 1

Deruan angin menderu-deru memainkan muzika indah di telingaku, pepohon nyiur melambai-lambai seakan-akan mengalu-alukan kehadiranku.

Ini aku! Ya ini aku! Aku kembali. Mahu saja aku menjerit ke laut lepas, melepaskan apa yang terbuku dihati. Melepaskan kerinduan pada pantai ini.

Juga ada kenangan lalu. Empat tahun aku tinggalkan tempat yang mencatat sejarah suka dan duka.

Di pantai inilah aku mengenali erti persahabatan, erti cinta, kecewa, rindu.

Melalui zaman remajaku dengan begitu indah dan perit sekali.. Ya, aku rindu pada kenangan lalu yang termeterai di pantai ini. Baik yang manis mahupun pahit. Aku rindu sekali.

Hari ini, selepas empat tahun aku berperang dengan perasaanku sendiri, aku kembali. Aku sudah cukup kuat untuk menghadapi kenangan lalu. Biarlah hari ini menjadi pemangkin untuk aku terus tabah mengharungi hari mendatang.

Zairi, nama yang sering meniti dibibir ini saban waktu. Perkenalan kami bermula di sini, di tepi pantai yang indah. Kala itu aku sedang membaca novel bersama rakan karibku Ima. Memang di pantai inilah tempat yang paling nyaman dan paling sesuai membaca novel, apatah lagi novel cinta.

Di sini aku dapat menghayati setiap babak di dalam novel. Waktu itu aku dan Ima masih bersekolah di tingkatan enam bawah. Minat kami sama, membaca novel dan bermain air laut. Dan kami juga punya cita-cita yang sama iaitu untuk menjadi pendidik.

Hampir setiap hari aku ke pantai ini, maklumlah rumahku berhampiran pantai. Jalan kaki tak sampai lima belas minit pun.

Setiap kali aku ke pantai, aku sering ternampak seorang lelaki duduk di bangku berhampiran kami dan sering memerhatikan kami. Kami berdua cuak juga, tapi selagi dia tak memudaratkan biarkan sajalah. Mungkin dia juga seperti aku, ingin mencari ketenangan di pantai ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience