Bab 9

Romance Series 16733

bab 9

Aku memerhatikan jam di tangan. Masih awal lagi baru 5.30 petang. Aku menyusuri gigi pantai sambil kakiku menguis buih-buih ombak yang datang silih berganti.

Setelah puas bermain air, aku bercadang untuk duduk di bangku yang selalu aku dan Ima dan Zairi duduk.

Aku menuju ke sana tapi nampaknya telah ada yang lebih awal dariku. Ku lihat seorang lelaki begitu kusyuk membaca novel. Aku amati dan semakin hampir, semakin berdebar dadaku. Tak mungkin, hatiku berbisik. Aku gagahkan diri untuk mencari jawapan pada teka-teki yang ada di hatiku. Hampir satu meter ke bangku itu, aku terhenti.

“Zairi” aku bersuara. Walaupun agak perlahan tapi lelaki itu seakan dapat mendengarnya lantas memalingkan mukanya ke arahku.

Aku terkejut. Ku lihat tiada riak terkejut di wajah Zairi dan dia tersenyum padaku. Senyuman yang aku rindukan selama ini. Aku terpaku. Aku cuba menahan sebak, kerinduan selama empat tahun tidak menatap seraut wajah indah itu menjadikan aku kaku. Air mataku kembali laju. Aku tidak mampu bergerak dan ku biarkan sahaja Rie menghampiri dan meraut mesra tanganku. Dapat aku rasakan hangat tangannya menggenggam erat tanganku. Kami berpandangan dalam kesayuan. Merenung sesama sendiri hampir beberapa saat. Lidahku kelu. Hanya air mata yang menggambarkan betapa rindunya aku pada Zairi.

“Apabila tiba saat itu aku tidak akan berganjak lagi…. akan aku katakan padanya bahawa dialah sahaja di hati ini…. tiada insan lain selain dia” Indah…..Aku terkejut apabila Zairi mengungkapkan kata-kata tag line di dalam novel pertamaku dan menyebut nama samaranku “Indah” singkatan untuk nama penuhku Intan Dhiya Ahmad Hakim. Ku lihat novel “Aku dan Dia” ada dibangku.

Novel yang menceritakan segala-galanya tentang kenangan aku bersama Zairi, Ima, pengajianku, cita-citaku, kekecewaanku dan cinta pertamaku. Album gambar juga ada bersama.Aku tidak mampu menahan sebak. Esak tangis mula kedengaran. Aku sangkakan aku sudah cukup kuat tapi ternyata, hati perempuanku lemah.

“Intan … jangan bohongi perasaan itu. Novel ini menceritakan segala-galanya. Lihat mata Rie, katakan yang Intan perlukan Rie, rindukan Rie.” Aku bertambah sebak. Perlahan ku tarik tanganku dari genggaman Zairi tapi tangan itu kuat menggenggamnya. Aku menundukkan wajah. Tidak sanggup aku melihat matanya dan aku tidak mahu Rie melihat yang ada cinta dan rindu dimataku buat dia.
“Macam mana Rie tahu itu novel Intan. Intan tak pernahpun bagitau nama samaran Intan pada Rie”.

“Ima. Jangan marah dia. Dia dah ceritakan segalanya pada Rie dan Rie juga dah ceritakan pada dia segala-galanya tentang Rie. Rie pesan pada dia jangan ceritakan pada Intan. Rie sendiri akan bagitau Intan perasaan Rie, rindu Rie. Ima juga yang bagitau yang Intan berada di sini petang ini”

Aku terdiam sambil menanti kata-kata dari Rie. Tidak mampu untukku bersuara dalam keadaan dadaku yang sebak.

“Maafkan Rie kerna membuatkan hati Intan kecewa. Rie sendiripun kecewa kerana Intan tak nak dengar penjelasan Rie tempohari. Betapa sakitnya Rie menanggung rindu ini. Setiap hari Rie berada di sini dengan harapan Rie akan berjumpa Intan. Tapi hampa. Mujurlah novel dan cerpen-cerpen Intan mampu mengubat kerinduan ini. Empat tahun Rie terpaksa mendiamkan diri tapi itu tidak bermakna Rie lupakan Intan. Tidak walau sesaatpun. Potret wajah ayu Intan, kelembutan dan kenangan kita bersama sentiasa mendampingi Rie. Rie tunggu saat di mana Rie boleh luahkan perasaan Rie pada Intan. Perit rasanya menanggung perasaan yang tidak mampu diluahkan. Rie pegang pada janji Intan yang Intan bersedia menerima cinta selepas Intan berjaya mencapai cita-cita Intan dan Intan telahpun mencapainya.Tak pernah ke Intan terfikir bagaimana perasaan Rie?” Rie menyoalku sambil mengeratkan lagi genggaman tangannya. Tidak berdaya untuk aku lepaskan genggaman itu. Ku renung matanya. Ada genangan air jernih dikelopak mata itu.

“Tapi Syidah?” aku menyoal. “Syidah bukan pilihan Rie. Memang ketika itu dia tunang Rie tapi dia pilihan ibu. Syidah juga tahu tentang Intan. Dia sengaja memperkenalkan dirinya sebagai tunang Rie kerana dia ingin menguji sejauh mana Intan sukakan Rie. Dia ingin lihat sejauh mana Intan boleh menyembunyikan perasaan cinta terhadap Rie” kata-kata Rie membuat aku terkedu.

“Habis sekarang ni?” aku bersuara ingin tahu.

“Kami terpaksa akur dengan keputusan keluarga, sedangkan Syidah sendiri punya pilihan hati sendiri. Kami tidak mahu mengecewakan keluarga kami kerna hubungan keluarga kami cukup akrab. Kami terpaksa berlakon depan keluarga kami sehingga kami punya kekuatan untuk menerangkan segala-galanya pada keluarga. Syukur, keluarga memahami dan kami putus tunang. Syidah dah pun berkahwin tahun lepas dengan pilihan hatinya.

Cuma Rie, masih menunggu. Menunggu cinta Intan kerna tiada cinta lain di hati ini. Hatiku menjadi lembut. Aku tak tahu samada aku perlu menangis atau ketawa dengan berita gembira ini. ” Pandang mata Rie” Zairi bersuara lembut. Bagai dipukau aku memandang sayu matanya, mata yang aku rindu sekian lama.

“Katakan yang Intan juga seperti Rie, menyayangi dan merindui sepanjang masa” Aku mengangguk sambil menitiskan airmata kasih.

“Sudikah Intan menjadi suri dalam hidup Rie”. Aku mengangguk lagi dan airmata semakin laju menuruni pipi. Zairie mengucup tanganku, lembut….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience