Bab 3

Romance Series 16733

Bab 3

Itulah hari pertama aku berjumpa dengan Zairi dan hari-hari seterusnya dia sering menemani aku dan Ima bermain di gigi pantai. Aku senang dengan sikapnya yang menghormati kaum hawa dan sikap suka berguraunya…. Dia suka bercerita tentang kisahnya. Katanya dia berasal dari bandar dan datang bekerja di sini sebab dah bosan dengan kehidupan bandar. Selepas habis belajar di bidang pengurusan, dia ditawarkan bekerja di resort tersebut sebagai Eksekutif Pentadbiran. Aku dan Zairi berkawan seperti biasa seperti mana aku berkawan dengan rakan-rakan sekelasku yang lain. Pada ku, tiada yang istimewa selain dari senyumannya yang manis dan wajahnya yang tampan.Tapi tiap kali dia memandangku, semacam ada getar halus muncul di sanubari ini dan mata itu, sering terbawa-bawa dalam mimpiku. Aku tertanya-tanya,apakah aku telah jatuh cinta.

Hurmm mana mungkin….

Persahabatan kami berlangsung dalam suasana yang cukup menyeronokkan. Aku akui dia adalah salah seorang sahabat karibku. Memang aku tertarik padanya tapi aku cuba hindari. Aku takut jatuh cinta.

Pertemuan kami banyak tertumpu di pantai ini. Pelbagai kenangan kami ciptakan bersama. Bermain ombak bersama, berkelah bersama, makan, mandi manda, bergurau, berkejar-kejaran, aku, Ima dan Zairi.

Yang paling aku suka bergambar bersama. Zairi tidak lokek utuk meminjamkan kameranya kepada aku dan Ima. Dan selalunya gambar yang diambil akan dicuci dalam tiga salinan, satu untuk aku, satu untuk Ima dan satu untuk dirinya sendiri. Setiap kali berjumpa dia akan membelikan novel terbaru dan macam-macam lagilah.

Sesekali aku nakal bertanya Zairi samada dia ada buah hati ke tidak, tapi setiap kali juga jawapan yang aku terima, tiada yang sudi. Biarlah, mungkin dia tidak berminat untuk mencari calon isteri lagi. Lagipun Zairi masih muda, baru 22 tahun.

Perkenalan kami yang lebih setahun menjadikan aku faham sikapnya. Apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka. Zairi seorang yang ringkas, tidak cerewet dan seorang pendengar yang setia. Tapi dia jarang bercerita tentang keluarganya. Tak kisahlah. Mungkin ianya terlalu peribadi. Aku sendiripun tidak menceritakan semua hal peribadiku pada dia. Aku senang sekali dengan sikap Zairi biarpun kekadang renungan matanya merimaskan aku dan membuat aku terfikir apa sebenarnya di hati Zairi. Apakah renungan itu menyatakan dia suka padaku? Mungkin dia takut untuk luahkan sebab awal-awal lagi aku dah bagitau dia yang aku tidak mahu terlibat dengan cinta. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Barulah aku akan fikirkan soal cinta. Mungkin kerana prinsipku itu, Zairi sekadar mendiamkan diri? Biarlah masa yang menentukan kerna aku percaya jodoh pertemuan di tangan tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience