BAB 10

Romance Completed 21676

“Eh, hadiah kurang satulah Mak Pah. Seingat Mikael, budak-budak sini seramai 27 orang. Mikael dah buat hadiah cun untuk 27 orang. Ada budak baru ke yang masuk, Mak Pah?” soal Mikael heran, sambil itu dia menggaru kepalanya.

Mak Pah berfikir sejenak, baru dia teringat. “Oh, tadi ada orang suruh saya jaga anaknya.”

“Mana budaknya?” Tak tahu kenapa, Mikael tertarik untuk mengetahui anak yang dijaga Mak Pah.

“Tu dia.” Tunjuk Mak Pah pada seorang budak kecil yang mungkin berumur 3 atau 4 tahun.

“Ya Allah, comelnya dia.” Ujar Mikael sambil mendukung budak yang ditunjuk oleh Mak Pah tadi.

“Apa namanya, Mak Pah?” soal Mikael sekali lagi.

“Airina, Tengku Airina Syakira.” Jawab Mak Pah pula.

“Airina... sedap nama. Airina ni umur berapa ya?” soalnya pada budak yang bernama Airina itu.

Budak itu menunjukkan empat jarinya “tiga.” Ujar Airina pendek.

“Ni baru tiga sayang...” ujar Mikael sambil menurunkan satu jari Airina supaya menjadi tiga.

“Mama Airina nama apa?” tak tahu kenapa soalan itu juga muncul di mulutnya. Belum sempat Airina menjawab, kedengaran orang bagi salam. Mak Pah menjawab salam tersebut dan bergegas mendapatkan orang itu.

“Airina, anak Mama mana?” kedengaran orang itu memanggil budak yang sedang didukungnya itu. AISYA masuk ke dalam Rumah Al-Ekhsan, mana Airina ni? Tiba-tiba matanya tertancap pada orang yang sangat dia kenal. Mikael? Apa dia buat disini, dan... dan... dan dia sedang mendukung anak...nya…

Airina yang melihat mamanya pantas turun dari dukungan Mikael dan mendapatkan Aisya.

“Mama!!!” jerit Airina ceria. Mikael yang mendengar mulut mungil Airina memanggil Mama dan mendapatkan Aisya tahulah dia bahawa Airina itu adalah anak Aisya. Terkejut juga dia apabila melihat Aisya di depan matanya sekarang ni. Dan matanya tak nak lepas dari memandang wajah Aisya.

“Anak Mama, jom kita pulang.” Ujar Aisya. Dia tidak mahu lama-lama bersama Mikael. Habislah aku.

“Aisya! Tunggu.” Jerit Mikael, sesungguhnya dia tidak mahu melepaskan peluang ni. Dia tidak mahu kehilangan Aisya lagi. Sesungguhnya dia bersyukur kerana ditemukan dengan Aisya di rumah anak yatim ini.

Mendengarkan jeritan Mikael tersebut, Aisya melajukan langkahnya. Airina dikendongnya. Aisya takut, sangat takut. Dia seolah-olah trauma dengan perlakuan Mikael dulu. Mikael melelar pergelangan tangan Aisya membuatkan Aisya berhenti melangkah. Sebaik sahaja Aisya memalingkan tubuhnya, Mikael memeluknya. Aisya hairan. Bukankah sepatutnya Mikael memarahinya, memakinya?

“Abang... abang minta ampun. Abang minta maaf Aisya.” Tutur Mikael. Pertama kali dia menitiskan air matanya. Aiysa hanya mampu memandang tanpa kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience