BAB 3

Romance Completed 21678

Setibanya dia di rumah Mikael, Aisya diheret ke satu tempat.

“Ni bilik kau. Kalau aku perlukan kau, aku panggil kau. Dan kau mesti ikut setiap arahan aku. Kalau kau taknak or memberontak, huh! Abang kau, adik-adik kau dalam bahaya. Ingat.” Ujar Mikael sambil menghalakan telunjuknya betul-betul di depan mata Aisya. Aisya menganguk.

Sebelum Mikael berlalu, sekali lagi dia berkata… “Dan satu lagi, kau mesti panggil aku Tuan.” Mikael menutup pintu bilik tersebut dan menguncinya.

Aisya yang baru sedar Mikael menguncinya dari luar cemas, dia cuba memusing tombol pintu tersebut berharap pintu itu dapat dibuka, dia menjerit memanggil Mikael, tapi usahanya sia-sia. Aisya pasrah. Dia merenung setiap sudut bilik tersebut. Ruangnya terlalu kecil. Ada paip, hos dan... mesin basuh? Dia ditempatkan di bilik laundry. Aisya menangis. Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini.

*****

Hari semakin senja, dapat Aisya melihat persekitaran yang kian gelap melalui tingkap kecil yang berada di bilik tersebut. Sudah sampai waktunya dia menunaikan solat Maghrib. Aisya mengambil wuduk.

Mujur di bilik ltersebut ada air yang mewajibkan dia berwuduk, mandi dan sebagainya. Dia menghamparkan sejadah yang dibawanya dan mengeluarkan telekung dari beg lusuhnya. Niat dibaca dan seterusnya. Selesai sahaja bersolat, pintu biliknya terkuak.

“Kau, pergi masak! Aku lapar.” Ujar Mikael dan berlalu. Aisya menurut perintahnya. Sepanjang berada di banglo milik Mikael, Aisya hanya mengenakan baju t-shirt dan kain batik tanpa menyarungkan tudung di kepala.

Aisya menyanggulkan rambutnya tinggi sebelum mula memasak. Mikael yang memerhatikan tingkah laku Aisya menelan liur apabila melihat leher jenjang Aisya.

“Cantik juga dia ni. Boleh rasa ni.” Ujar Mikael perlahan. Aisya membuatkan nafsunya bergelora.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience