BAB 5

Romance Completed 21676

Aisya tersedar dari tidurnya. Dia bagaikan tersedar sesuatu lantas menarik selimut tebal ke aras dadanya. Aisya menangis pilu. Aisya melirik ke arah Mikael yang tidur meniarap sambil tangan kanannya memeluk pingang Aisya.

Aisya mengiring membelakangi Mikael. Air matanya menuruni lekuk-lekuk pipinya. Tangisan Aisya menyedarkan Mikael dari tidurnya. Mikael senyum kemenangan. Dia mengelus bahu Aisya yang terdedah.

“Thanks. Lain kali buat lagi yer.” Ujar Mikael betul-betul di telinga Aisya. Genap tiga minggu selepas babak malam pertama mereka, Aisya sudah mulai membiasakan diri dengan fiil Mikael. Sekarang ini, dia hanya menurut kata tanpa sebarang bunyi.

Segala mahu Mikael dituruti, saban malam tubuhnya digauli kecuali ketika dia datang bulan. Mikael juga sudah maklum tentang masa subur Aisya. Dia juga tahu bila Aisya period dan bila Aisya subur. Dia sudah biasa dengan rutin harian Aisya.

“Er, Tuan, barang dapur banyak yang kurang. Boleh Tuan belikan barang dapur?” soal Aisya teragak-agak takut Mikael menjerkahnya.

“Eh! Siapa Tuan disini? Kau ke aku? Sedap-sedap je suruh aku belikan. Kau belilah sendiri.” Marah Mikael.

“Ar... Er... Tapi Tuan, saya tak ada duit nak beli.” Ujar Aisya. Memang Mikael jarang memberikannya belanja untuk membeli barang dapur.

“Nah, kau beli barang dapur tu sendiri. Dan ingat, kalau aku dapat tahu kau jumpa dengan abang kau atau lari, siap kau aku kerjakan.” Mikael menghulurkan empat not RM50.

Aisya menganguk mendengar arahan Mikael. Tiada jalan baginya untuk lari atau berjumpa dengan abangnya kerana mata-mata Mikael berada di mana-mana, maklumlah Mikael ialah orang yang berpengaruh di sekitar Kuala Lumpur ini.

SEDANG Aisya membelek-belek barangan di super market tersebut, ada suara garau menyapanya.

“Aisya kan? Aisya Almira?” tegur seorang lelaki. Aisya menoleh ke arah empunya suara.

“Aiman! Wah, lama tak jumpa. Aiman tinggal mana sekarang ni?” ceria wajah Aisya apabila mendapat tahu yang menegurnya adalah sahabat baiknya ketika di bangku sekolah.

“Aku tinggal sinilah, Kuala Lumpur. Papa suruh manage syarikatnya kat sini.” Balas Aiman. Lama sudah dia tidak menatap wajah Aisya setelah sekian tahun, sahabatnya selama ini.

Setelah 10 minit berbual dengan Aiman, Aisya meminta diri untuk pulang. Bertapa gembiranya dia apabila bersua dengan sahabatnya itu setelah sekian lama berpisah.

“MACAM mana? Dia ada buat hal tak?” Soal Mikael pada orang suruhannya.

“Tak tahulah bos, tapi dia ada berbual dengan seorang lelaki. Tapi lelaki itu bukan abangnya.” Ujar orang suruhan Mikael yang bernama Zack itu.

“Apa?! Berani dia dekat dengan orang lain?! Tahulah aku apa nak buat dengan pompuan sundal itu.”

*****

Selesai sahaja Aisya menunaikan solat Isya’, dia terdengar pintu utama dibuka dan ditutup dengan kasar. Apa pulak yang menantinya malam ini. Hati Aisya walang memikirkan apa yang akan terjadi kepadanya nanti. Bibirnya pucat.

“Aisya!!!” jerit Mikael. Marahnya belum reda memikirkan perbuatan Aisya di belakangnya. Apabila dia melihat kelibat Aisya, lantas tangan Aisya direntapnya dan dibawa ke biliknya. Tubuh Aisya dihempas ke atas katil. Aisya ketakutan.

Mikael membuka tali lehernya dan butang bajunya. Syaitan bagaikan merasuk dirinya ketika itu, dan Aisya pula dilayan dengan kasar sekali. Aisya menangis memikirkan hal tadi. Dia tidak tahu apa salahnya sehingga membuatkan Mikael mendatanginya secara kasar. Tubuhnya terasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh segala sendinya. Dia mengambil pakaiannya yang berterabur di atas lantai dan menyarungkannya di tubuhnya. Dia berlalu meninggalkan bilik Mikael yang terasa bahang itu walaupun bilik tersebut dipasang penghawa dingin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience