BAB 11

Romance Completed 21676

“Abang menyesal buat Aisya seperti itu dulu, abang menyesal sangat. Sekarang abang dah taubat, abang solat lima waktu. Abang tak tinggal solat sunat pada tengah malam.” Semakin erat rasanya Mikael memeluk dirinya. Nampaknya Mikael betul-betul dah insaf segalanya.

“Abang rela dihukum Aisya, Aisya pukullah abang. Ai... Airina ni anak abangkan?” teragak-agak Mikael menyoalkan tentang Airina. Aisya mengaguk perlahan.

“Saya tidak layak menghukum sesiapa awak. Hanya Allah sahaja yang layak.” Ujar Aisya perlahan.

“Aisya berilah peluang kedua pada abang. Abang tidak akan sia-siakan Aisya nanti.” Dush! Tumbukan kuat mengena pada muka Mikael. Aisya dan Airina cemas. Amri menumbuk bertalu-talu wajah Mikael.

“Am tumbuklah, Am tumbuk. Saya layak untuk menerima ni semua. Kalau Am nak bunuh, bunuh lah saya jika itu dapat memuaskan hati Am selama ni.” Ujar Mikael. Aisya jatuh kasihan pada suaminya.

“Huh! Tak guna aku bazirkan tenaga nak tumbuk kau. Kau memang binatang!” jerkah Am. Dadanya berombak-ombak menahan marah.

Mikael yang sedari berdiri jatuh melutut depan Amri. Tak cukup itu, dia menunduk mencium kaki Amri. Amri terkejut, segera dia mencekak kolar Mikael dan mendirikan Mikael daripada berbuat sebegitu. Aisya yang mendukung Airina juga terkejut dengan tingkah Mikael.

“Am, ampunkan saya. Ampunkan saya.” Ujar Mikael sambil teresak-esak menangis. Serta merta hati Amri menjadi lembut.

“Kau tak payah nak minta ampun kat aku. Tu, isteri kau. Dia yang patut kau minta ampun.” Amri menjuihkan mulutnya ke arah Aisya.

*****

“Sayang, termenungkan apa tu?” soal Mikael pada isterinya seraya memeluk isterinya dari belakang.

“Aisya cuma ingat perkara lama je.” Jawab Aisya, Mikael kemudian mencium pipi kanan isterinya.

“Jom.” Ujar Mikael seketika.

“Mana?” soal Aisya hairan sambil mengerutkan dahinya.

“Make the babies?” duga Mikael. Aisya kemudian menghadiahkan cubitan ketamnya di perut suaminya.

“Ouch! Hahaha, takdelah. Abang nak ajak tidur tadi, sayang tak penat ke?” ujar Mikael pula. Yelah, mesti penat layan tetamu seharian.

Mikael dan Aisya membuat majlis kahwin kedua mereka, sebenarnya Tengku Asiah yang mendesak. Kerana sebelumnya, Mikael dan Aisya kahwin tanpa majlis. Terkejut juga Mikael apabila mengetahui Aisya keturunan diraja, sama sepertinya. Dulu, ingat budak kampong mana yang sesat dalam kelab Zouk dulu.

“Jomlah, Aisya mengantuk ni. Penat sangat. Abang urutkan boleh?” Aisya sengih. ‘’Apa sahaja untuk sayang,’’ tutur sang suami.

‘’Aku takkan menyakitimu lagi duhai isteriku, kerana kau adalah duniaku, Jannah ku dunia dan akhirat.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience