BAB 4

Romance Completed 21678

JAM di dinding tepat menunjukkan pukul 12 malam. Mikael tidak dapat tidur kerana asyik terbayangkan Aisya. Dia menelan liur berkali-kali.

“Kenapa aku asyik teringatkan dia? Hisy...” Mikael rimas, dia mengiring ke kanan. Seketika kemudian, dia mengiring ke kiri pula.

“Huaarrgghhh! Tak boleh jadi ni.” Mikael meramas rambutnya dan bingkas bangun. Tuntutannya mesti dilunaskan malam ni juga.

*****

Aisya tidak dapat tidur, sakit badannya apabila tidur beralaskan lantai konkrit bilik ini. Dia juga terpaksa berbaring meringkuk memandangkan ruang bilik ini terlalu kecil. Tiba-tiba pintunya dikuak dari luar. Aisya bingkas bangun.

“Err... ada apa-apa yang perlu saya bantu, Tuan?” soalnya teragak-agak.

“Kau... Kau mesti layan aku malam ni!” kata-kata Mikael membuatkan Aisya tergamam. Tangan Aisya direntap, Aisya diheret ke tingkat atas menuju bilik Mikael.

“Sakit Tuan.” Rintih Aisya. Air mata Aisya mengalir. Sungguh dia tidak rela diperlakukan sesuka hati oleh Mikael.

Mikael mengunci pintu biliknya supaya Aisya tidak lari. Dia kemudian duduk di birai katil dan membiarkan Aisya berdiri di depan matanya. Mikael senyum sinis. Aisya menundukkan mukanya. Dia tidak dapat lari lagi kerana Mikael terdahulu mengunci pintu biliknya. Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini.

“Kau tentu tahu agamakan?” ujar Mikael. Masih lagi merenung dan menilik tubuh langsing milik Aisya.

“Kau layan aku, dapat juga pahala. Kau tak nak ker?” ujar Mikael sekali lagi. Mendengar kata-kata Mikael, Aisya memanggungkan kepalanya yang sedari tadi menunduk mengenang nasib diri. Ya Allah, berdosakah aku jika mengabaikan tuntutan batin suamiku? Aisya merintih kesedihan.

“Hey, aku tanya kau ni. Kau nak tak?!!” jerkah Mikael tiba-tiba. Aisya yang terkejut dengan suara lantang pantas menganguk. Mikael senyum kemenangan.

“So, apa tunggu lagi? Aku nak, kau yang mulakan first step.” Kata-kata Mikael mengundang sebak di dada. Air mata semakin laju merembes.

Ya Allah. Walaubagaimanapun, Aisya tetap melangkah menuju Mikael. Mikael hanya duduk diam dan menunggu tindakan Aisya. Satu persatu butang baju tidur Mikael Aisya tanggalkan. Air mata sentiasa mengiring perlakuannya.

Mikael yang merasa sentuhan lembut Aisya pantas merangkul pinggang Aisya. Aisya yang terkejut dengan perlakuan Mikael jatuh dan menyebabkan dia menindih tubuh sasa Mikael tanpa baju itu. Lalu masing-masing tenggelam di dunia asmara mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience