BAB 7

Romance Completed 21676

“Aisya! Abang rindu Aisya. Apa dia buat kat Aisya?” soal abangnya ketika dia sampai di rumah usangnya.

“Bang, Aisya tak de masa nak cerita. Abang, kita lari sekarang, nak? Sebelum Mikael datang.” Ujar Aisya. Amri mengangguk laju. Adik-adik Aisya yang lain dikejutkan dari lena.

“Kita nak lari mana?” soal Aisya pula. Amri berfikir sejenak.

“Kita pergi rumah Mak Long kat Johor. Abang dah jumpa Mak Long dan cerita semuanya kat Mak long. Mak Long kata kat abang suruh abang tinggal dengan dia, tapi abang tak nak tinggalkan Aisya sendirian kat sini. Dah, jom.”

3 Bulan Kemudian…

“Aisya tak nak sambung pelajaran ke? Keputusan STPM Aisya bagus.” Ujar Mak Long.

“Nak, nak sangat Mak Long.” Jawab Aisya pula.

“Aisya cadang nak sambung mana?” soal Mak Long sambil menyisir rambut ikal Aisya.

“Tak tahu pulak, Mak Long. Mak Long ada cadangan?” soal Aisya pula.

“Nak tak dekat London? Kawan Mak Long dekat sana boleh tolong Aisya, sediakan tempat tinggal dan keperluan lain.” Ujar Mak Long pula.

“London? Boleh boleh...” jawab Aisya ceria.

“Nanti Mak Long uruskan yer.” Ujar Mak Long lagi. Aisya membalikkan badannya dan memeluk tubuh tua Mak Long iaitu Tengku Asiah.

Rupanya keluarga belah ibu Aisya juga ada keturunan Tengku. Tapi apabila arwah ibu nak kahwin dengan orang miskin, arwah atuk tak bagi sebab tak sama darjat. Arwah atuk siap suruh buat pilihan, sama ada keluarga atau arwah ayah, ibu pilih ayah.

Arwah atuk kemudian tidak mengaku ibu anaknya lagi serta mengugurkan perkataan ‘Tengku’ di pangkal nama arwah. Ibu dibuang keluarga, namun adik beradik ibu tetap sayangkan ibu seperti mana Tengku Asiah, kakak ibu.

“Sejak Aisya mengandung ni, makin manja pulak yer?” kata Mak Long. Aku senyum, Allah hadiahkan aku satu nyawa dalam rahimku setelah Mikael mengusir aku dulu. Ya aku mengandung 3 bulan, benih milik Mikael.

Aisya buat keputusan untuk menyambung pelajarannya di London. Umurnya memang layak untuk belajar. Ketika dia berkahwin dengan Mikael, umurnya baru mencecah 20, sungguh muda waktu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience