BAB 6

Romance Completed 21676

Sejak peristiwa itu, Mikael sering membawa perempuan lain ke rumahnya dan meniduri mereka. Hati Aisya semakin sakit mengenangkan suaminya membuat onar dengan perempuan lain. Sejak itu juga, Aisya dilayan semakin kasar.

Waktu makan Aisya pun tidak menentu, dia diberi makan hanya sekali sehari dan waktu itu ialah tengah malam. Dia perlu lakukan sesuatu. Ya! Sesuatu yang akan menetapkan hidupnya selepas ini.

“Tuan.” Ujar Aisya ketika dia berdiri di tepi meja makan menemani Mikael makan. Biasanya dia tidak perlu menemani Mikael makan apabila Mikael mengajak perempuan lain makan di rumahnya.

“Hmm, ada apa?” sahut Mikael endah tidak endah.

“Arr... Err... Tuan, dah setahun kita bergelar suami isteri. Sekarang ni pun Tuan dah berani ajak permpuan lain tidur bersama Tuan. Er... Kalau Tuan dah tak perlukan saya disini, Tuan... tuan boleh lepaskan saya. Gantung saya tak bertali pun boleh asal saya tidak berada di rumah ini lagi.” Kata-kata Aisya membuatkan Mikael berhenti menyuap.

“Eh! Apa yang kau cakapkan ni, hah?! Suka hati akulah bila aku nak buang kau pun.” Marah Mikael. Aisha terus menunduk, tidak berani menentang Mikael yang sedang marah itu. Jika dia menentang juga, tak tahulah nasib dia selepas ini.

*****

Nun di sana, sang bulan seakan mulai beransur pergi, hari kian larut dimamah kepekatan malam. jarum jam sudah menunjukkan pukul 12 suku. Aisha resah menanti kepulangan Mikael. Walaupun dia isteri tidak sah depan mata Mikael, tetapi dia tetap menjadi seorang isteri yang soleh kepada suami.

Deruman enjin kereta kedengaran. Nampaknya Mikael sudah pulang, lega hatinya. Tapi itu cuma sekejap. Ada suara perempuan lain di rumah ini. Aisha sakit hati. Nampaknya Mikael membawa perempuan lain pulang ke rumah. Aisya mesti buat sesuatu. Mujur Mikael tidak lagi mengunci dirinya di bilik laundry, kini Aisha bebas kemana-mana dalam banglo milik Mikael.

Aisya meluru ke bilik Mikael. Dia memulas tombol dan terus masuk. Mikael yang melihat tingkah Aisya tergamam seketika. Aisya melirik ke arah perempuan yang separuh bogel disisi Mikael itu. Dia kemudian meluru ke arah perempuan itu lantas menarik pergelangan tangan perempuan itu keluar dari bilik Mikael, bilik maksiat! Perempuan itu kelihatan pucat.

“Honey, help me!” jerit perempuan itu ke arah Mikael yang kelihatan tergamam. Mikael tersedar dan mengikuti langkah Aisya dan buah hatinya, Jessy.

“Kau tahu tak dia tu suami aku?! Terhegeh-hegeh nak panggil dia honey, aku isterinya nak kata honey, panggil nama pun tak boleh!!!” Jerit Aisya bagai dirasuk hantu, Jessy diam. Takut.

Saat kakinya melangkah ke rumah, Aisya menolak keluar Jessy ke luar rumah yang sedang hujan itu. Jessy hanya berpakaian dalam, dia peduli apa. Inilah pengajarannya kepada orang yang murah sangat harga maruah mereka.

Ketika Aisya berpaling... Pang! Satu tamparan kuat di pipinya, bukan tamparan tapi lempang! Aisya berundur akibat lempangan yang sangat kuat terhadapnya. Mikael menarik Jessy masuk kembali ke dalam rumah banglo itu.

“Kau nak sangat aku usir kau kan?!! As your wish.” Ujar Mikael sambil menolak keluar badan Aisya ke luar rumahnya.

“Tunggu kejap.” Ujar Mikael sekali lagi. Seketika kemudian, beg dan baju-baju Aisya dilempar tepat ke arah muka Aisya.

“Aku tak nak barang kau menyemak kat rumah aku. Tunggu apa lagi? Berambus bodoh!!!” jerit Mikael lagi. Aisya sebak, menangis. Dibawa juga kaki melangkah meninggalkan rumah banglo Mikael. Jessy senyum mengejek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience