BAB 1

Romance Completed 21676

Suasana haruk pikuk dengan jeritan dan hilai tawa suara manusia aku endahkan. Sungguhpun ia membingitkan telinga, Aku dah tak peduli. Aku perlu terus ke depan melangkahkan kaki meredah sekumpulan manusia yang sedang terkinja-kinja menari. Ah! Mereka tidak layak dipanggil manusia, mereka adalah syaitan yang bertopengkan manusia.

Abang, mana abang pergi? Aisya cari abang ni. Dengan baju kurung lusuh, aku memasuki sebuah kelab terkemuka di ibu kota, Zouk. Demi mencari abangku, Amri, aku sanggup menapakkan kaki ke tempat haram itu.

Tiba-tiba aku melihat abangku di satu sudut. Aku melihat abangku dipukul oleh sekumpulan manusia, lantas aku membawa kaki aku kesana.

*****

“Mikael, tolong beri aku masa. Aku akan bayar semua hutang kau.” Ujar Amri yang menahan senak di perut akibat ditendang oleh konco-konco Mikael.

“Masa? Eh! Sanggup ke kau nak bayar RM50,000 tu, hah?!! Aku dah bagi kau masa, aku bagi kau sebulan. Tapi sekarang, dah tiga bulan kau tak bayar!!! Zack, hapuskan dia ni.” Mikael senyum sinis. Dia hanya melihat Amri ditendang, ditumbuk dan diterajang oleh konco-konconya. Kau belum tahu siapa aku lagi budak bodoh!

“Encik, tolong jangan buat macam ni dekat abang saya. Saya merayu.” Mikael terkejut. Siapa pulak perempuan ni?

“Eh! Aisya. Mana tahu abang dekat sini? Aisya pergi pulang, tempat ni bahaya.” Ujar Amri kepada adiknya.

“Ohh... ni adik kau rupanya. Hmm.” Mikael tersenyum. Dia ada agenda lain.

“Encik, tolong jangan apa-apakan abang saya, saya merayu.” Air mata Aisya mengalir mengenangkan nasib abangnya.

“Kau boleh bayar hutang ni sekarang Am...” ujar Mikael. Senyuman sinis sentiasa menghiasi bibirnya.

“Macam mana? Kau jangan macam-macam Mikael.” Tanya Am. Sambil itu, dia dapat mengagak apa yang akan berlaku.

“Kau... kau serahkan adik kau ni kepada aku. Lepastu kau boleh blah dan hutang kau automatik dah terlunas.” Ujar Mikael.

“Aku setuju!” Aisya memanggung kepalanya yang sedari tadi menunduk. Amri terkejut. Mana boleh! Itu sama ertinya aku menjual adik aku!

“See, adik kau dah setuju. Kau amacam?” soal Mikael kepada Amri. Tahulah aku nak buat apa kat perempuan ni. Mikael senyum sinis.

“Aisya, jangan Aisya. Abang merayu, lepas ni siapa nak jaga adik-adik kalau abang dah takde? Abang sanggup kena bunuh Aisya.” Amri menangis merayu supaya Aisya membatalkan niatnya.

“Abang, anggaplah ni pengorbanan Aisya kepada abang dan adik-adik. Aisya tak boleh biarkan abang selalu kena pukul. Abang percayalah Aisya, suatu hari nanti Aisya pasti akan pulang dengan senyuman.” Ujar Aisya panjang. Aisya juga merasa sebak akan memikirkan dosa yang menantinya. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Sesungguhnya kami ialah golongan yang lemah.

Aisya berdiri menentang panahan mata lelaki yang bernama Mikael ini.

“Saya setuju jika Encik nak ambil saya, tapi ada satu syarat.” Ujar Aisya. Aisya kau mesti berani, demi abang!

Mikael terkejut kerana perempuan ini sungguh berani menentangnya.

“Hmm... Apa syaratnya?” soal Mikael selamba.

“Kahwin dengan saya!” tiga ayat. Tiga ayat yang boleh mengubah hidupnya sekelip mata. Sungguh Aisya sebak mengenang nasib yang menimpanya.

“Deal.” Mikael setuju dengan syarat Aisya. Huh! Kacang je syarat tu. Kalau aku dah jemu, aku buang dia, apa kesah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience