BAB 9

Romance Completed 21678

“Kak Pah, saya tinggal Airina sini yer. Kat rumah tak de yang jaga. Mak Long pergi mesyuarat kat Kajang, Abang Am kerja kat pejabat, semua adik-adik saya pulak pergi sekolah.” Jelas Aisya panjang.

“Tak pe, Kak Pah faham. Dah pergilah, nanti lambat pulak Aisya sampai kolej.” Terang Kak Pah. Kak Pah ialah penjaga rumah anak yatim piatu, Rumah Al-Ekhsan milik Tengku Asiah, Mak Long Aisya. Aisya terpaksa meninggalkan Airina di bawah jagaan Kak Pah. At least, Airina tak bosan sebab ada ramai kawan kat Rumah Al-Ekhsan.

“ZACK, mana tempat tu. Kau send aku alamat tempat tu.” Kata Mikael di corong telefon.

“Ok, bos. Nanti saya send alamatnya.” Ujar Zack pula. Seketika kemudian, Mikael membaca alamat tempat tersebut dan memecut keretanya menuju ke destinasi tersebut. Sesampainya di tempat tersebut…

“Assalamualaikum, Kak Pah! Oh... Kak Pah!” laung Mikael dari muka pintu Rumah Al-Ekhsan.

“Waalaikumusalam. Eh! Mikael, masuklah.” Ujar Kak Pah pula.

“Saya ada bawa hadiah untuk budak-budak sini.” Jelas Mikael pula.

“Oor, bawalah masuk hadiah tu. Baiknya Mikael, semoga Allah memberkati awak dan mengampunkan dosa-dosa awak yang dulu.” Ujar Mak Pah pula.

“Apa yang saya lakukan ini pun, masih tak cukup untuk memadamkan segal dosa saya dulu, Mak Pah.” Sayu Mikael apabila mengenangkan perbuatannya terhadap isterinya dulu, dosa-dosa lamanya dulu. Astaghfirullahalazim, jahilnya aku.

“Allah itu Maha Pengampun Mikael. Dahlah, mana hadiah tu, biar Mak Pah tolong angkutkan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience