BAB 7

Romance Completed 2663

Beberapa bulan lagi Ya’qub juga bakal mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya yang dikenali ketika sama-sama belajar di luar negara.

Sesungguhnya Adam bangga dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai mereka empat beradik. Dia pasti andai ekdua orang tuanya ada, sudah pasti ibu dan ayah akan tersenyum bangga. Dia begitu berdedikasi mengejar impian juga memastikan kebajikan dan mnyediakan kebahagiaan demi kebhagiaan untuk adik-adiknya hingga terlupa pada diri sendiri.

Dalam ssianya yang menginjak 37 tahun itu, Adam seakan tidak betah memikirkan soal jodoh, bukan dia tidak mahu akan tetapi ssehingga ke hari ini masih belum ada gadis yang dapat mengisi kekosongan hatinya dan memahaminya. Pernah dia mencuba bertemu seorang dua, namun sikap kebudak-budakan dan enggan bekrompomi malah tidak memahami tanggungjawab Adam sebagai abang sulung membuatkan Adam menolak gadis sebegitu.

Cuma ada seorang gadis sahaja yang pernah berjaya mengetuk pintu hatinya, Hawa Al-Imani, gadis yang pertama dicintainya dan dikenali ketika sama-sama belajar di UPSI dulu.

Adam nekad memutuskan hubungannya dengan Hawa beberapa bulan selepas Ibnya meninggal dunia, bukan kerana Hawa tidak bijak memahaminya bahkan Hawalah yang menjadi tulang belakangnya, semangat dan sering membantuu bertanya khabar mahu membealkan makanan air tangannya setiap kali Adam balik menjenguk adik-adiknya.

Hampir saja dia mahu mengikat tali pertuanngan dengan Hawa yang kini bertugas sebagai cikgu Matematik dan mengajar bahasa cina di ssalah sebuah sekolah menengah elit, namun dek kerana dia tidak mahu tanggungjawab dan amanahnya terabai sebagai andai kata dia berkahwin kelak, apatah lagi ketika itu adik-beradiknya masih muda dan perlukan perhatian. Demi senuah amanah dan tanggungjawab, dikorbankannya cinta demi cinta pada keluarga.

Satu panggilan telefon diterima oleh Adam, Mia menjemput Adam dan adik-beradinya yang lain datang ke rumah untuk menyambut majlis harijadi anak keduanya, Hazieka secara kecil0kecilan yang hanya dihadiri keluarga dan juga beberapa orang teman rapat. Adam apa lagi sungguh teruja dapat berkumpul ssama dengan sanak keluarga, sudah lama dia tidak bertemu dengan anak-anak saudara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience