BAB 3

Romance Completed 2663

Menginjak usia 17 tahun, beberapa bulan selepas tamat SPM, Adam membuat keputusan untuk bekerja sebagai jurukira di salah sebuah kedai sukan. Ibu pda mulanya menghalang keras niat Adam kerana bagi Ibu, perjalanan Adam masih panjang dan Adam patut berehat selepas berhempas pulas menghadapi peperiksaan, malah ibu juga menyarankan agar Adam bersiap sedia mentelaah pelajaran sebagai persediaan di tingkatan enam atau di Menara gading nanti.

Begitulah ibu yang tetap mahu terbaik untuk anak-anaknya mesti pun sukar. Puas dipujuk dan dirayu akhirnya ibu bersetuju mengizinkan adam bekerja. Adam sangat teruja dan gembira, gaji pertama sebanyak RM450 yang diraihnya cukup membuat dia mellonjak kegembiraan seakan mendapat ratusan ribu. Sungguh bangga dirinya apabiila dapat juga meringankan beban ibunya.

‘’Ibu, tadi cikgu soleh kata, sekolah kami akan buat lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur, boleh tak Mia ikut serta ibu? Mia teringin nak pergi,’’ tanya Mia.

‘’Oh macam tu, berapa kos perlu dibayar untuk lawatan tu Mia?’’ tanya ibu lembut sambil membelai rambut Mia. Ibu tetap tersenuyum bijak menyembunyi kesukafran apatah lagi di depan kami anak-anak.

“Semua sekali RM60 ibu, tempat tinggal dan makan semua dah kira sekali,’’ jawab Mia . Adam cuma memerhatikan saja perbualan mereka. Adam tahu benar berapa wang pendapatan ibu.

Jika dicampur dengan semua gaji dari tiga pekerjaan yang ibu lakukan semuanya baru RM600. Sewa rumah RM200, Belanjan dapur RM150, Bil utility RM100 dan selebihnya adalah untuk keperluan sekolah mereka. Sedikitpun tiada bahagian untuk ibu apatah lagi ketika itu ibu masih belum mendapat gaji.

‘’Mia, nah ambil ni RM100 untuk bayar kos lawatan tu, RM20 lagi untuk belanja Mia di asrama nanti. Mia pandai-pandai belanjakan duit ni ya. Ingat kita bukan keluarga senang. Ibu, ambillah RM200 ini untuk ibu belanja beli brang yang ibu nak. Untuk Noh dan Ya’qub pun ada bahagian Adam simpankan. Ini adalah gaji pertama Adam ibu, doakan moga ia berkat ya,’’ ujar adam bahagia.

‘’Alhamdulillah, tapi Adam, banyak ni, ibu tak perlu wang banyak macam ni, apa untuk adam ada tak?’’ tanya ibu gusar.

‘’Ada ibu, ibu jangan risau, kalau adam buat kerja overtime, adam akan dapat lebih lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience