BAB 10

Romance Completed 2663

Mia ingat yang dia pernah bertemu beberapa kali dengan Hawa, kali terakhir adalah dua minggu sebelum ibunya meninggal dunia. Mia tidak tahu mengapa abangnya itu berpisah dengan Hawa sehinggalah Mia tidak sengaja terbaca diari Adam ketika mengemas bilik Adam di rumah milik keluarga mereka. Dalam diari tersebut tercatat kisah cinta tidak kesampaian antara Adam dan

Hawa , terpisah kerana tuntutan amanah dan kasih seorang abang demi adik-adiknya. Dan sejak itu Mia merasa sudah masanya dia dan adik-adik yang lain membalas jasa abang mereka pula. Hasil risikan teman-teman sepengajian abangnya, dan beberapa maklumat yang tertulis dalam diari, Mia akhirnya mendapat maklumat terbaru mengenai Hawa.

Dan menanti sang putera datang melamar, Hawa juga masih bujang dan belum berpunya. Sungguh usahanya berhasil dan memang sudah tertulis bahawa jodoh Adam untuk Hawa di dunia ini.

‘’Tahniah abang, Abang Adam berhak menerima segala kebahagiaan di dunia dan akhirat untuk segala pengorbanan dan kebahagiaan buat ibu, ayah, Mia, Noh dan Ya’Kub. Di manalah boleh kami cari insan sebaik abang? Sungguh jika mati hidup balik, belum tentu kami dapat bertemu abang yang sanggup melakukan segala yang terbaik demi orang lain terutama keluarganya. Syurga untuk abang. Terima kasih kerana menjadi ayah dan ibu untuk kami bertiga selepas ketiadaan ibu dan ayah, berbahagialah abang dan jalani kehidupan bahagia bersama kak Hawa.’’ Ucap Mia memeluk abangnya diikuti Noh dan Ya’kub.

Adam menyekah airmata yang membasahi piipinya, sungguh kini dia merasa keluarga kecilnya ini sudah lengkap. Tiada apa yang menggembirakannya selain dapat bersama bersama keluarga tercinta dan menjalani hidup berdua bersama cina hatinya.

Sungguh Allah menjanjikan kebahagiaan buat orang-orang yang beriman dan sabar.

'Jika Aku menimpakan suatu mushibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” (Hadis riwayat Qudha’i, Dailami, Hakim dan Tirmidzi)

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience