BAB 5

Romance Completed 2663

Bukan dia tak kenal abangnya, seorang yang suka memendam, berahsia. Ingat lagi yang abangnya itu sanggup bekerja di kedai serbaneka 24 jam semata mahu menampung pengajiannya dan adik-adik. Dia tak mahu abangnya terlalu memendam, sesekali biarlah dikongsi kesusahan abangnya itu bersama dengan adik-beradik lain.

‘’Mak macam tulah Mia, tak ada apa perubahan pun. Kita doakan agar ibu diberik kekuatan melawan sakitnya, esok bangun awal, kalau boleh Mia buatkan mak bubur kacang kegemaran mak tu ya. Kita sebelah pagi,’’ ujar Adam, Mia mengangguk seraya beredar masuk ke dapur untuk merebus kacang hijau untuk dibawakan pada ibunya. Dia tidak mahu memaksa abangnya untuk berbicara, biarlah abangnya bersendirian.

Adam hanya menghantar pandangan sehingga kelibat Mia sudah tidak lagi kelihatan. Dia memepuk dadanya mohon Allah SWT meniup kekuatan untuuknya dan adik beradiknya yang lain menghadapai apa jua dugaan yang mendatang dan menerima takdir ketentuan yang Maha Esa.

Lama mak terlena hari itu, sedap dan nyenyak tidurnya. Berkali-kali mak cakap yang dia gembira dapat merasa bubur kacang kegemarannya yang dimasak oleh Mia, tersenyum sampai ke telinga mak. Mia masih setia menemani mak manakala Noh pula baru sampai bersama-sama Ya’qub yang baru dijemput dari maahad tahfiznya.

Kami tiga beradik lelaki berbual-bual sambil menunggu azan Asar. Sedang kami bertiga mengatur langkah untuk ke surau berhampiran tiba-tiba suara Mia cemas memanggl kami.

‘’Bang Adam, ibu bang, ibu!’’ apalagi kami bertiga bergegas masuk ke wad di mana ibu ditempatkan. Ibu segera memanggil namaku saat melihat aku muncul di depan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience