BAB 6

Romance Completed 2663

‘’Adam, mak nak kamu berjanji pada mak yang kamu akan kuat dan akan bersabar menghadapi hidup tanpa mak. Jangan sama sekali bersedih dan berputus asa mahupun marah pada ketentuan Allah ya. Besyukur di kala gembira dan ucaplah kalimah innalillah, perbanyakkan istighfar saat dirundung duka ya. Kamu adalah sumber kekuatan keluarga ini mulai dari sekarang. Maafkan ibu tak dapat jadi ibu yang terbaik dan memberikan kamu empat beradik kesenangan ya nak, tapi ibu berbangga dianugerahkan anak seperti Adam dan adik-adik, itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Terima kasih Adam, Mia, Noh dan Ya’qub, sampai sini saja perjuangan ibu bersama kamu, doa ibu sentiasa bersama kamu, semoga kita berjumpa di syurga ya.’’

Itulah kata-kata ibu sebelum ibu pengsan tidak sedarkan diri dan kurang sejam kemudian ibu sudah tidak bernyawa lagi. Allahyarhamah ibunya menghembuskan nafas terakhir tepat ketika azan Asar berkumandang.

Adam cuba mengumpul kekuatan, meskipun dia lemah dan rapuh jiwanya namun digagahi jua namun tidak pada adik bongsunya Ya’qub yang memang manja dengan ibunya. Mulut Ya’qub terkumat-kamit beristighfar namun adakalanya Ya’qub juga rapuh dan tenggelam dalam ratapan airmatanya.

‘’Jangan terlalu meratapi pemergian ibu Ya’qub, Ya’qub kan tahu ianya tak elok. Redhakan ibu pergi dengan tenang dan doa banyak-banyak semoga roh mak tenang di sana, Ya’qub kan anak yang soleh, doa semoga satu hari nanti kita semua akan dapat bertemu ibu dan ayah ya.’’ Pujuk Adam.

‘’Kasihan ibu abang Adam, kenapa bukan Ya’qub yang pergi dulu? Ya’qub belum sempat lagi untuk membalas jasa ibu.’’ Tangis Ya’qub semakin kuat.

“Jangan menangis Ya’qub, kuatkan irimu dan terimalah Qada dan Qadar ini dik. Semua sudah tertulis dan dik, Ibu pastinya berbangga pada mu Ya’qub, balaslah jasa Ibu dengan menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Selama abang masih berfas, selagi itulah abang akan terus menjaga dan menyanyangi kamu semua.’’ Adam memeluk Ya’qub Noh dan Ya’qub, Mia mendakap erat sekujur tubuh ibunya yang sudah tak bernyawa itu bersama esak tangis dalam dia. Seperti Adam, dia juga mahu tabah untuk adik-adiknya.

23 November, hari ini genaplah sepuluh tahun pemergian ibu mereka. Kehidupan mereka berempat juga sudah berubah dan ada kehidupan masing-masing. Mia dan Noh masing-masing sudah mendirikan rumah tangga.

Mia yang bertugas sebagai Ahli Kimia dikurniakan sepasang cahaya mata manakala Noh, peguam korporat pula berkahwin dengan gadis piliihannya dari Sabah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Adik bongsunya pula Ya’qub, telah menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Bayt Jordan dalam bidang pengajian Al-Quran dan Sunnah dan kini sering dijemput sebagai penceramah bebas untu beberapa program TV dan radio.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience