BAB 2

Romance Completed 2663

Adam menyentuh lembut wajah ibunya yang penuh dengan kedutan, rona kulitnya juga sudah mulai membiru dan pucat dek berkali-kali melalui proses kemoterapi. Dulu wajah penuh kedutan namun berseri-seri inilah yang menenangkan mereka empat beradik, rambut hitam pekat ikal mayang ibu yang dulu cantik kini menipis gugur.

Tangan yang dulu berbuluh tahun menjaga dan memebesarkan mereka, mencari pelbagai sumber untuk meneruskan kelangsungan hidup menyara empat orang anaknya kini semakin lemah dan suakr untuk bergerak. Tiada lagi tangan gebu, kini smeuanya tinggal tulang temulang yang menambah runtun kalbu si anak.

Segala memori tentang ibu bermain di mindanya, ibu menjadi janda pada usia awal 40an. Terlalu muda untuk dia menghadapi dugaan hidup dengan empat orang anak seorang diri tanpa kehadiran suami yang sebelum ini menguruskan kesemua hal rumah tangga, menjadi punca sumber rezeki mereka.

Perginya ayah meninggalkan Adam yang baru menginjak tingkatan satu, Mia adik perempuannya yang ketika itu berusia lapan tahun , Noh berusia tujuh tahun manakala Ya’qub tiga tahun. Limitasi dari segi kelayakan akademik membataskan ibu sekdar melakukan kerja-kerja am selain berniaga makanan kecil-kecilan, mujur ada adik lelaki arwah ayah, pak ngah dan mak ngah yang baik hati membantu meringankan beban kami sekeluarga.

Awal pagi lagi ibu akan berniaga nasi lemak dan kuih-muih, tepat jam 10 pagi usai lauk jualan habis terjual ibu akan bergegas ke Sekolah tempat adam bersekolah untuk melakukan tugas mencuci pejabat sekolah dan pada jam 4 petang pula ibu akan menaiki bas untuk ke Restoran makanan laut bertugas sebagai pelayan dan pencuci pinggan.

Sabtu dan Ahad ibu biasanya akan bersedia melakukan tugas membersihkan rumah orang yang sudah siap-siap menempah perkhidmatan ibu. Tiada masa rehat untuk ibu waima pada hari dia jatuh sakit, jika ada pun adalah hari pada ibu tidak menerima tempahan pada pertengahan bulan, maklumlah belum gaji.

Dan mereka empat beradik akan berada di rumah makngah menanti ibu habis bekerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience