BAB 4

Romance Completed 2663

‘’Wah terima kasih abang! Kalau macam ni bolehlah kita makan Mcdonald atau KFC kana bang?’’ tanya Noh, adik ketiganya.

‘’Ya memang boleh, esok kita keluar beramai-ramai ya, ibu cuti sehari boleh bu?’’ tanyaku pada ibu dan disambut dnegan anggukan oleh ibu. Maka bersoraklah adik-adiknya mengenagkan esok mereka sekeluarga akan berjoli-sakan memakan makanan yang sudah lama diidamkan.

Hari yang dinanti telah tiba, Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia telah diumumkan, syukur ke hadrat Illahi akhirnya Adam dapat meraih keputusan yang membanggakan. Walau bukan straight A tapi keputusan 7A 3B sudah cukup membuat ibunya terduduk menangis penuh kesyukuran. Pipi adam dikucup berkali-kali, rangkulan sang ibu erat bersama esak tangis penuh kesyukuran.

‘’Alhamdulillah Adam, ibu bangga sangat dengan Adam. Ibu doakan segala impian Adam untuk menjadi seorang cikgu mendidik anak bangsa akan terlaksana, andai kata Adam sudah tak berminat menjadi pendidik, apa sahaja pilihan Adam ibu akan sokong.’’ ujar ibu sambil airmatanya bergenang deras.

Dan benar doa ibu itu tiada hijabnya dan penuh keberkatan, akhirnya permohonan aku untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Ya’qub akhirnya diterima. Gembira bukan kepalang ibu bila dapat tahu aku bakal merealisasikan impianku namun aku pula sebaliknya, gembira kerana aku dapat menimba ilmu dengan tenang kerana tak perli memikirkan jarak antara pusat pengajian ku dengan rumah, masih berada di negeri kelahiranku Perak. Senang untuk aku menjenguk keluarga.

Empat tahun berhempas pulas, bersengkang mata, akhirnya Adam menamatkan pengajian dengan jayanya, bukan dia sahaja bahkan adik beradiknya juga sama meraih kecemerlangan dalam bidang akademik. Mia kini melanjutkan pelajaran di UKM, Manakala Noh pula bersekolah di asrama penuh Sains manakala adiknya Ya’qub pula merupakan pelajar Tahfiz. Sungguh Adam sebagai abang sulung turut merasa bangga dengan pencapaian adik beradiknya.

‘’Abang Adam, bagaimana keadaan ibu?’’ tanya Mia serta merta menghentikan putaran memori Adam pada kenangan lalu. Mia tak sedap hati, merasakan bagai ada sesuatu yang mengganggu dan dirahsiakan oleh abangnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience