BAB 1

Romance Completed 2663

Sedari tadi dia mengelamun jauh, memandang halaman rumah yang dikelilingi pokok kelapa dan juga pkok manga yang ditanam ibu. Fikirannya kosong namun hatinya penuh dengan gejolak jiwa yang mahu saja dijeriitnya pada satu dunia biar ada yang mahu membantu, bertanya padanya dan mencari cara untuk menyelesaikan masalahnya. Sungguh saat ini Adam mati kata, dunianya bagai kelam.

Masih terngiang di telinganya kata-kata doktor tadii yang menurutnya bagai membunuh sebahagian daripada dirinya.

‘’Maafkan saya encik Adam, pada saat ini sudah tiada apa lagi yang oihak kami dapat lakukan, sistem ketahanan tubuh Puan Rokiah semakin lemah dan dia sudah tidak mahu bertindak balas dengan ubat yang kami berikan. Kami sudah melakukan segala yang terdaya namun Allah lagi maha bijaksana dan berkuasa. Apa yang boleh saya ssarankan adalah, bawalah ibu encik balik, mungkin suasanan di rumah di kelililingi insan tercinta akan memberi semnagat dan menyembuhkannya meskipun dia sudah tidak banyak masa, namun kita sebagai manusia tetaplah berdoa dan berpeganglah pada harapan ya. Tunaikan segala permintaannya dan isilah masa yang ada ini dengan bersama ibu awak.’’

Bicara doktor Shah membuat Adam gementar, dia patutnya tenang kerana dia optimis orangnya, namun dia juga manusia, Sungguh dia takut akan kehilangan insan yang telah membawanya ke dunia ini.

Puas dia memikirkan bagaimana hidup dia dan adik-adiknya kelak? Berpuluh tahun mereka menjadi anak yatim selepas pemergian Ayah mereka ke Rahmatullah dan dia tidak tahu apakah dia mampu menjaga adik-adiknya selepas kehilangan ibu mereka kelak. Airmata jantannya mula mengalir deras.

‘’Tabahkan diri encik adam, ibu encik adam perlukan kekuatan encik untuk meneruskan sisa hidup ini, adik-adik encik adam juga sama, hakikat yang hidup pasti mati itu memang benar, namun kita yang sihat dan masih hidup ini harus terus berjuang. Jumpa lagi encik adam,’’ sambung doktor shah sebelum meninggalkan Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience