BAB 8

Romance Completed 2663

Selepas Maghrib, Adam sudah sampai di perkarangn rumah teres milik Mia dan suami. Malam itu Adam hanya mengenakan baju kemeja putih dan seluar jeans GAP biru gelap. Sosok tubuhnya yang sasa dan bidang serta penampilan kemasnya itu seringkali mengaburi mata-mata gadis yang memandang hingga ada yang menyangka dia berumur pertengahan 20an walhal bbeberapa tahun lagi dia akan menginjak usia 40an.

‘’Eiii rindunya Mia dengan satu-satunya abang Mia ni, apasal makin hensem abang ni? Dah ada buah hati ke?’’ Mia memeluk abang kesayangannya, begitulah soalan yang diajukan Mia sejak akhir-akhir ini, terdetik juga risau bila abangnya itu sudahterbiasa bersedirian sehingga tidak mahu memikirkan calon isteri. Dia mahu abangnya punya teman, punya anak dan keluarga sendiri. Abangnya berhak untuk bahagia. Sudah cuku sudah pengorbanan dan usia muda abang yang terabai dek semata menjaga mereka tiga beradik.

‘’Yelah, abang pun rindu dengan adik abang yang lawa dan mulut joyah ni, asyik-asyik cakap orang ada kekasih la apalah, tahulah kamu ni dah ramai bala tentera,’’ seloroh Adam sambil menunjuk pada dua anak saudaranya, Hazif dan Hazieka.

‘’Noh mana? Tak datang lagi?’’

‘’Noh dan isterinya ada kat atas bang, tengah tukarkan lampin anak, anak yang sorang lagi tu baru nak demam jadi cranky sikit, pergiah jumpa dorang kat atas. Oh Ya’qub dan Layya dalam perjalanan. Dan kita ada seorang lagi tetamu khas yang pastinya meletop kebabom!’’ seloroh Mia membuatkan Adam kebingungan.

“Siapa pula special guest Mia ni? Kecil hati abang, ingatkan abanglah yang paling istimewwa dan dinanti-nnatikan, rupanya abang cuma tetamu biasa dan tetap juga menunggu si Ya’qub yang selalu je datang lambat ni,’’ gurau Adam.

Beberapa minit kemudian Ya’qub dan tunangnya pun sampai.

‘’Bila nak start tiup lilin ni?’’ tanya Adam yang ligat bermain dengan Hazieka.

‘’Kejap lagi bang, tunggu 10-15 minit macam tu,’’jawab Mia sambil tangan sebelahnya mencucuk lilin di atas kek manakala tangan yang satu lagi ligat brmain mesej di telefon bimbit. Adam pelik melihat telatah adiknya yang bagai cacing kepanasan, sedari tadi tak beah duduk bagaii menanti seseorang. Adam juga dalam masa yang sama berdebar-debar menantikan gerangan tetamun istimewa. Mungkin juga adiknya ini menjemput mascot Upin dan Ipin sempena harijadi Hazieka yang memang diketahui peminat tegar kartun tempatan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience