BAB 4

Romance Completed 24659

“Adalah. I jumpa you kat Empire. You sampai Shah alam pukul berapa?”

“Tak pasti. Mungkin dalam pukul enam kot.”

“Okay kalau macam tu dalam pukul enam setengah kita jumpa dekat sana ya! I tunggu you sampai you datang. Kalau you tak datang I datang mengamuk kat rumah you!”

Aku mencebik mendengar ugutan Zairi. Cakap jer lebih! Macam berani sangat!

“Okaylah. Tapi kalau you yang lambat I balik jer!”

“Okay, my dear! Asslamualaikum.”

Terbeliak mataku mendengar Zairi memanggil aku begitu.

Cara dia bercakap hari ini tidak seperti selalu. Apa kena dengan mamat ni!

Kesesakan hampir lima kilometer di highway rupa-rupanya berpunca daripada sekatan jalan raya yang dibuat polis. Aku mendengus. Hendak tak hendak terpaksa mengikutnya juga.

Aku membalas senyuman anggota polis yang mengangkat tangan kepadaku.

Aku singgah di rumah dahulu meletakkan semua barang yang ku bawa dari kampung. Jam baru sahaja melepasi angka enam petang. Aku tersenyum sendiri.

Tengoklah siapa yang lambat sampai nanti! Aku menghubungi Zairi setelah pakir kereta.

Dari jauh aku sudah dapat melihat kelibat Zairi. Ringkas pakaiannya. Sekadar jeans biru lusuh yang selalu disarungnya itu dan kemeja kotak-kotak serta cermin mata hitam yang tidak pernah dilupakan setiap kali keluar.

Menyedari aku menghampirinya, Zairi tersenyum mesra.

“Apasal you nak jumpa I? Macam tak sempat esok jer!”

“Jomlah duduk dulu. You ni tak sabar-sabar pulak!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience