BAB 10

Romance Completed 24659

Sejak malam itu, Zairi semakin jarang menghubungi aku. Berpuluh-puluh mesej aku tinggalkan di whatsappnya namun satu punn sukar dibalas.

Walaupun sedikit kecewa dengan tindakan Zairi, tapi aku tetap kena berterima kasih padanya. Kalau dia terus melayan pasti aku juga akan terus memikirkan dia.

Kini aku semakin rapat dengan Hassan. Setelah berjumpa dengan keluarga Hassan, mereka pula bertandang terus ke rumah mak dan ayah untuk meminang.

Selang beberapa minggu, kami pun bertunang mengikut permintaan Hassan. Macam tak percaya selangkah lagi kami akan melangkah ke alam perkahwinan. Sehingga kini aku sendiri tak tahu di mana Zairi berada. Apa yang terjadi pada dirinya juga aku masih bingung.

Yang pasti kini, ada dua bulan lagi sebelum tarikh pernikahan aku dan Hassan. Aku harap tiada lagi halangan dan aku doakan walau di mana sekali pun zairi berada semoga dia baik-baik sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience