BAB 7

Romance Completed 24659

“Kalau you nak balik, baliklah! I boleh makan sorang.” Pelahan suara Zairi, langsung tidak memandangku.

Dia bangun sekali lagi dan menghilang di sebalik orang ramai yang memenuhi ruang medan selera. Aku terkesima. Langsung tidak bergerak. Zairi tidak pernah bersikap begini! Merajukkah dia?

“Kenapa tak balik lagi? Tadi bukan main sangat nak balik!” Tersentak aku mendengar suara Zairi yang tiba-tiba menyapa.

Agak perlahan tetapi cukup membuatkan jantungku berdengup kencang.

“You marahkan I ke Zairi? Maaf?! I temankan you makan, okay?!” Pelahan aku bersuara.

Zairi tidak bersuara sebaliknya terus menyuap makanannya. Aku semakin hairan dengan sikapnya. Adakah dia jauh hati bila aku mengakui sudah berpunya? Benarkah begitu?

Sikap membisu Zairi hingga ke sudah. Dia hanya bersuara bila memberitahu mahu ke surau menunaikan solat. Aku mengikutnya kerana aku juga perlu menunaikan solat.

Selesai solat, aku merasakan getaran dari beg tanganku. Terdapat teks whatsapp baru ku terima. Berkerut dahiku bila melihat nama Zairi yang tertera.
‘You baliklah dulu. I jumpa member I kejap. Sorry susahkan you.’

Bertambah berkerut dahiku membaca teks yang dihantarnya. Ringkas sahaja tetapi sudah cukup membuatkan aku memikirkannya.

‘Ok. I balik dulu. Tapi nanti jangan lupa mesej I. I tak senang hatilah tengok perangai you hari ni. Lain macam.’

Aku balas kembali pesanan Zairi. Belum sempat aku menyarung kasutku, terasa getaran sekali lagi dari beg tanganku. Zairi membalasnya.

‘Tak ada apa-apalah. I okay.’

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku memikirkan sikap Zairi yang berlainan kali ini. Pelbagai kemungkinan bermain di fikiranku saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience