BAB 5

Romance Completed 24659

Baru sahaja aku melabuhkan punggung di kerusi, telefon bimbitku berbunyi.

Tersenyum aku melihat nama Hassan yang tertera di skrin. Terus sahaja aku menekan butang hijau tanpa memperdulikan Zairi.

“Assalamualaikum, Zara kat mana ni?” tanya Hassan pelahan.

“Erm, Waalaikumsalam. Saya dah sampai dah tapi jumpa kawan sekejap kat Empire.”

“Lelaki ker perempuan?”

Aku memandang Zairi, mencari reaksi di wajahnya. Tenang dan bersahaja. Nampak sangat dia tidak punyai apa-apa perasaan terhadapku. Tiada riak cemburu diwajahnya.

“Lelaki. Jealous ker?”

“Erm, jealouslah juga tapi Hassan percayakan Zara. Okaylah, Hassan tak nak kacau Zara dengan kawan tu. Nanti malam nanti Hassan call lagi ya!?”

“Okay. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. I love you, Zara!”

“Me too. Take care ya!?”

“Okay, sayang. Bye.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience