BAB 3

Romance Completed 24659

Aku sukakan cara Hassan penuh komitmen. Belum pun aku nyatakan persetujuan untuk menjadi miliknya, dia sudah bersedia untuk hidup berkeluarga.

Aku yakin Hassan sudah bersedia ke arah itu. Zaman sekarang umur tidak lebih dari usia semata-mata. Hassan begitu matang berbanding usianya. Tidak macam Zairi!

Ah! Aku menjerit di dalam hati tatkala nama itu hadir difikiranku!

Telefon bimbitku yang tiba-tiba mendendangkan lagu Send My Love nyanyian Adele membuatkan aku sedikit terkejut lantas aku memperlahankan volume radio. Buat seketika aku membiarkan telefon berbunyi sambil mengikut sama menyanyikan rangkap yang didendangkan sebelum menekan punat yang terletak di dashboard.

“Assalamualaikum, Zara. Akhirnya dapat I call you!”

Aku menelan air liur saat mendengar suara lelaki itu berkumandang di dalam keretaku. Suara itu sememangnya amat ku kenali. Zairi!

“Waalaikumsalam!” jawabku ringkas, cuba mengawal intonasi suaraku yang sedikit bergetar.

“You kat mana ni? Bila balik KL?”

“I dalam perjalanan ke Subang Jaya. Sekarang ni masih di Sungai Besi.”

“Erm, I nak jumpa you malam nanti boleh?”

“Buat apa?” tanyaku. Jalan yang sesak membuatkan aku terpaksa memperlahankan kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience