BAB 9

Romance Completed 24659

‘Apasal you call I? You seorang je dah 20 missed call. Ada benda penting ke?’

Akhirnya ketika hampir sahaja aku terlelap aku menerima teks whatsapp daripada Zairi. Aku tersenyum menerima teks itu walaupun pesanannya itu kelihatan sedikit kasar.

‘ Tak adalah. You semalam tiba-tiba perangai lain macam I risau lah. Lepas tu tadi I pergi restoran you tapi staf sana kata you cuti. I call tak angkat, lagilah I risau. Itu je.’

Tanpa selindung aku meluahkan kerisauan yang bersarang. Rasnya bukan sesuatu yang salah kalau aku risaukan Zairi.

‘Sorry. I ada hal tadi tapi semuanya dah selesai. Yang you risau macam I ni husband you dah kenapa? Lebih baiklah you risaukan boyfriend you tu tau.’

Aku mencebik membaca teks whatsapp yang dibalasnya. Zairi dah mula kembali kepada sikapnya yang dulu. Sikapnya yang suka mengenakan aku. Malam tu sehingga hampir pukul satu pagi kami berbalas teks pesanan.

Aku ceritakan berkenaan dengan Hassan kepadanya. Itupun dengan berat hati setelah Zairi mendesak. Aku tidak tahu perasaan Zairi ketika itu dan entah kenapa aku ingin sangat reaksi wajahnya.

‘You jangan kecewakn dia, Zara. Macam yang you ceritakan tadi, dia patut dpt seluruh cinta you. But trust me, you akan bahagia dengan Hassan.’

Teks pesanan itu entah kenapa membuatkan aku rasa kecewa. Rasa kecewa kerana keyakinan Zairi aku akan bahagia bersama Hassan?! Patutkah aku rasa kecewa sedangkan dia mendoakan kebahagiaan aku.
Zara Zaskia! Kau buat perangai lagi ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience