BAB 1

Romance Completed 24659

Seminggu bercuti di kampung aku kembali ke Kuala Lumpur. Sampai di Damansara barulah aku menyedari sudah seminggu aku menutup telefon bimbitku. Sebaik sahaja aku menghidupkannya, telefon bimbitku tidak berhenti-henti berbunyi menunjukkan isyarat teks whatsapp.

‘Amboi, balik kampung tak ingat kat I ya!? Handphone pun you off. Apalah kampung you, line pun tak ada!’

Aku tersenyum membaca pesanan Zairi. Bukan masalah talian yang tidak elok tetapi memang sengaja aku menutup telefon agar bos tidak menganggu cutiku. Aku ingin berehat dari sebarang kerja.

‘Rindulah. You tak rindu kat I ker? Rindu sgt.’

Pesanannya kali ini membuatkan aku rasa panas menyerbu muka. Rindu bagaimanakah yang Zairi rasakan terhadapku? Sebagai kawan atau lebih daripada itu?

Zara Zaskia! Sedarlah sekarang kau sudah menyerahkan cinta kau kepada Hassan! Buangkan jauh rasa rindu dan sayang kau terhadap Zairi!

Hassan lebih berhak! Ingat UZarah janji kau kepadanya! Janji yang kau akan menyintainya!

Segera aku memadam semua pesanan. Aku tidak mahu tahu apa pesanan yang dihantar oleh Zairi! Aku tidak mahu tahu!

Ketika Hassan datang ke rumahku sebelum ini, aku telah menyatakan persetujuanku untuk menjadi kekasihnya. Betapa Hassan gembira saat itu.

Tubuh abah dipeluknya erat. Aku seisi keluarga ketawa dengan gelagatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience