BAB 6

Romance Completed 24659

Aku menyimpan kembali telefon bimbitku ke dalam beg tangan. Memandang Zairi yang tenang tanpa sebarang riak di wajahnya.

“Erm, ada buah hati tak beritahu I pun! Kalau tiba-tiba dia serang I jangan nak salahkan I pula!”

“You jangan risaulah. Dia tu bukan jenis cemburu buta. You nak jumpa I ni kenapa?”

“Nak jumpa you pun ada sebab ker?!”

Aku mencebik. Zairi selalu sahaja tidak memberikan jawapan yang aku mahukan. Kadang kala soalan aku dijawabnya dengan soalan juga. Menjadikan aku sedikit sebal dengannya. Zairi tersengih. Dia diam sekejap, jari-jemarinya mengetuk-ngetuk meja.

“Cepatlah Zairi! You ni saje nak bagi I macam tunggul kat sini. Kalau tak ada apa-apa yang penting I nak balik.”

“Kalau ya pun tak sabar nak bergayut dengan buah hati, tunggulah sekejap. Perut I ni lapar sangat. Temankan I makan. Lepas tu kalau you nak balik sangat, baliklah!”

“You tak ada orang lain ke nak ajak makan? Dah tu kat restoran you tu macam-macam ada. Tak payah keluar duit pun!”

“Kalau you tak nak temankan I makan cakap je lah! Jangan nak bagi ceramah pula kat sini. Perut I yang tadi ingatkan nak makan nasi, kejap lagi ada yang makan orang!” sindir Zairi.

Lama matanya tertumpu ke arah sebuah restoran Melayu, Serai.

Tanpa suara, dia bangun terus sahaja ke arah restoran yang menjadi tumpuannya tadi. Aku mengikutinya dari belakang dan kami duduk di ruang yang masih kosong.

Sebentar kemudian, dia bangun dan kembali dengan sepotong kek. Itu sahaja!? Membuatkan aku memandangnya lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience