BAB 8

Romance Completed 24659

Sampai ke rumah, aku terus membersihkan diri. Hassan menghubungi aku setelah aku menghantar pesanan Whatsapp kepadanya.

Sepanjang berbual dengan Hassan, fikiranku langsung tidak berganjak dari memikirkan Zairi. Sehinggakan Hassan berulang kali mengulang apa yang diperkatakan.

Setiap kali itulah aku memberi alasan telefon bimbitku punyai masalah. Hampir sejam kami berbual di telefon. Hassan yang banyak bersuara. Aku menunggu pesanan teks mahupun panggilan daripada Zairi tetapi hampa. Dia langsung tidak menghubungiku.

Petang itu, aku singgah di restoran tempat Zairi bekerja. Sikap membisu Zairi semalam mengundang perasaan kurang enak padaku.

Sampai sahaja ke restoran itu, aku diberitahu Zairi mengambil cuti kecemasan. Bila aku menghubunginya, telefon bimbitnya dimatikan.

Apalah kecemasan yang dihadapinya sehinggakan telefon bimbitnya dimatikan. Aku kembali ke pejabat dengan seribu satu pertanyaan.

Zairi menutup telefon sehingga ke malam. Entah berapa puluh kali aku mendail nombornya tetapi yang menjawab adalah operator telefon. Kerisauan aku terhadap Zairi membuatkan aku membohongi Hassan.

Menyatakan aku kepenatan untuk berbual dan bersms dengannya. Alasan aku itu diterima Hassan tanpa banyak soal. Rasa bersalah aku terhadap Hassan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience