BAB 10

Fantasy Completed 15260

‘..DAULAT TUANKU, SULTAN IZZ REZUAN SHAH..’

‘Penantian Satu Tahun Berakhir’

Itulah tajuk utama akhbar Warta Beringin hari ini.Seluruh warga Beringinpura bergembira hari ini kerana mereka akan menyambut pertabalan sultan mereka yang baru setelah hampir setahun Beringinpura terbiar tanpa Sultan.

Siaran langsung upacara pertablan disiarkan ke seluruh Negara malah dapat ditonton melalui internet.

Hampir kesemua keluarga diraja yang ada di dalam dunia ini dijemput menghadiri upacara gilang gemilang itu.

Perkarangan Istana Megah Sari penuh dengan orang ramai dan media asing.

Alunan nobat dan nafiri bergema di balairong seri Istana Megah Sari.Upacara bersejarah dan paling ditunggu-tunggu segenap lapisan masyarakat Beringinpura berlangsung dengan gemilangnya.

Lima orang dayang istana berarak masuk membawa lima batang lilin besar yang melambangkan lima rukun Islam.Diikuti di belakangnya dua orang pengawal membawa kitab suci al-Quran dan buku perlembagaan Beringinpura.

Di susuri pula oleh enam orang pengawal yang membawa alat-alat kebesaran diraja.Mereka semua berbaris di satu sudut di balairong seri ini.

Dua belas orang berseragam lengkap Angkatan Tentera Diraja Beringinpura berarak masuk mendahului perarakan masuk Tengku Putera Izz Rezuan Shah.

Kanda Rezuan segak berbaju melayu songket kuning dan hijau yang juga merupakan warna rasmi Beringinpura.Kanda Rezuan diiringi Dato’ Temenggong dan Dato’ Bendahara.

Dengan perlahan kanda Rezuan mengatur langkah mendaki anak tangga untuk naik ke singgahsana.

Terbayang pula aku di situ.Bahagianya.Memanglah waktu itu bahagaia tapi selepas itu merana.Tidak lama selepas itu, dua orang pengawal membawa masuk Mahkota Seri Alam dan keris Sari Laksana yang menjadi lambang rasmi Sultan Beringinpura.

Dato’ Temenggung menanggalkan tengkolok yang dipakai oleh kanda Rezuan sebelum meletakan Mahkota Seri Alam di atas kepalanya.

Kemudian Dato’ Temenggung menyerahkan pula Keris Sari Laksana kepada Kanda Rezuan.Selepas Dato’ Temenggung berundur beberapa tapak, kanda Rezuan membuka sarung keris dan mencium keris tersebut sebelum di julang ke langit.

Dato’Bendahara kemudiannya membaca pemasyhuran pertabalan Tengku Putera Izz Rezuan Shah ibni Almarhum Sultan Idris Shah sebagai sultan Beringinpura yang ke-72 .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience