BAB 9

Fantasy Completed 15260

Perlahan aku melangkah ke bilik Kanda Rezuan di Istana Bakawali.Pelik ! , Kanda Rezuan dan Bonda Asiah adalah kerabat tetapi mereka di tempatkan di Istana Bakawali yang khas untuk tetamu.Hairan.!

Aku memberanikan diri mengetuk pintu bilik itu.

“Siapa?”kedengaran suara kanda Rezuan dari dalam.

“Saya Indera, boleh saya jumpa kanda sebentar”Tidak lama kemudian pintu bilik itu di buka.

“Indera,….jemput masuk.”Kanda Rezuan menyambut aku dengan senyuman.Aku pun masuk ke bilik tersebut.Besar juga bilik di Istana Bakawali.Sebenarnya inilah kali pertama aku masuk ke bilik di Istana ni.

“Jemput duduk.Dah besar kamu sekarang, kacak pulak tu.Berapa umur kamu sekarang?”

“21….”jawab aku ringkas.

“dah lama kanda tak jumpa kamu.Kali terakhir waktu kamu baru berusia tiga bulan.Tak kenal dunia lagi.”Seraya Kanda Rezuan ketawa.Aku hanya tersenyum.

“jadi ada apa kamu mahu berjumpa kanda?”

“ada sesuatau yang ingin saya pastikan dari kanda sendiri”aku bersuara.

“ini pasti mengenai khabar angin tu kan?”Kanda Rezuan meneka.Aku mengangguk.Kanda Rezuan bangun menuju ke tingkap dan merenung ke luar.

“nama pun khabar angin Indera.Tak betul semua tu.Kanda dan Bonda Asiah datang ke sini semata-mata untuk menziarahi makam almarhum Sultan Iskandar, selain menyaksikan upacara pertabalan kamu nanti.”Kanda Rezuan berpaling dan merenung aku sambil bersandar pada jendela besar itu.

“tapi cerita tentang peralihan takhta 34 tahun dulu tu benar kan?”aku bertanya lagi.Kanda Rezuan mengangguk.

“Kamu tak perlu risau, kanda sudah lupakan semua tu.Dah ditakdirkan tahkta tu bukan untuk kanda, kanda redha.Lagipun kanda percaya kamu mampu menjadi sultan yang baik dan disayangi sekalian rakyat.

“tapi takdir tu boleh di ubahkan?”Kanda Rezuan mengerutkan dahi.

“maksud kamu?”

“sedangkan tinggal dalam istana pun saya rasa tak layak, inikan pula nak jadi sultan?Selama 21 tahun ni saya dibesarkan di luar istana.Bila masuk istana dah macam rusa masuk kampung.Protokol istana pun saya tak tahu, macam mana saya nak menjadi sultan?”Kanda Rezuan masih mengerutkan dahi.Lembap rupanya anak raja seorang ni!!!

“maksud saya, saya nak serahkan takhta kepada Kanda.”

“apa..!!??”

“bonda tak setuju!!”tegas bonda Noriah.

“tapi bonda, Indera rasa Kanda Rezuan lebih layak jadi sultan.”

“Indera , almarhum ayahanda meminta kamu kembali ke istana, Indera”

“almarhum ayahanda meminta Indera kembali , bukan meminta Indera menjadi sultan.”

“apa yang kamu cakap pada Indera , Rezuan!?”Bonda Asiah bertanya pula pada Kanda Rezuan.Semua kerabat ada disini hari ini kerana aku ingin menyampaikan hasrat aku ni.

“Rezuan tak kata apa-apa pada dia Bonda.Dia yang datang pada Rezuan dan cakap nak serahkan takhta pada Rezuan.”

“ini mesti sebab khabar angin tu kan?”Bonda Noriah meneka.

“Kanda mohon maaf Noriah kalau kedatangan kami ke sini menimbulkan huru-hara”Bonda Asiah memohon maaf dari Bonda Noriah.

“bukan Bonda, bukan sebab khabar angin tu.Lagi pun memang Sepatutnya Kanda Rezuan jadi Sultan kan?”masing-masing terkedu sebaik aku berkata begitu.

“saya dah tahu peristiwa 32 tahun dulu.Memang sepatutnya kanda Rezuan jadi sultan kan?Lagi pun , saya tak layak untuk memerintah.Betul kata Alya dulu.Saya macam rusa masuk kampung, memang pun.Protokol istana pun saya tak tahu, macam mana saya nak memerintah sebuah negara.Ini melibatkan negara bonda.NEGARA!! bukannya sebuah rumah.”panjang lebar aku berhujah.Patutnya aku tukar kerjaya dari seorang doktor kepada seorang peguam.

“tapi Indera….”

“sudah, Noriah duduk.”Nenda memintas Bonda Noriah.Nenda yang dari tadi hanya mendiam bersuara.

“Indera , duduk!”tegas nenda.Aku pun kena.Aku menuruti kata nenda.Kini Nenda pula berdiri.Walaupun usia nenda sudah hampir mencecah 80 tahun, tapi dia tetap nampak anggun dengan kebaya biru yang dipakainya.

“Indera, kamu pasti nak lepaskan takhta?”nenda bertanya.Aku terkedu seketika, Nenda tidak seperti nenda yang selalunya.Nenda selalu tersenyum dan penuh dengan sifat keibuan.Tapi kini tidak.Nenda macam dah bertukar jadi orang lain.

“pasti atau tidak?”tegas nenda.

“pa…pasti..”lain macam nenda sekarang ni.

“Rezuan, kamu mahu terima takhta yang dilepaskan Indera?”

“tapi…nenda….”

“mahu atau tidak?”tegas nenda lagi.

“mahu , nenda”jawab Kanda Rezuan.

“baik….Noriah, panggil Dato’ Bendahara, katakan padanya bakal sultan telah bertukar.”Kata nenda.

“ta….tapi bonda….”

“sudah Noriah.Keputusan bonda muktamat, Rezuan akan jadi sultan.”kata Nenda seraya pergi meninggalkan balai istirahat diraja Istana Cempaka.

Alya menyusuri nenda dari belakang.Bonda Noriah merenung aku.Aku tersenyum.Gembira sungguh.Akhirnya aku berjaya melepaskan takhta tu.

Bonda Noriah memalingkan pula pandangannya kepada Bonda Asiah dan kanda Rezuan.Mereka masih terkedu.ibarat tak percaya.

Cadangan asal hanya nak lihat upacara pertabalan aku tiba-tiba bertukar kepada upacara pertabalan Kanda Rezuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience