BAB 4

Fantasy Completed 15260

Akhirnya aku ‘selamat’ melalui segala ujian kat hospital tadi.Huh…rasa macam nak pitam tadi.Aku sendiri tak tahu kenapa sejak kecil lagi aku takut nak pergi hospital.

Tapi nasib baik tak ada orang yang tahu.Iz saja yang tahu ‘rahsia’ aku ni.Kalau tak rosaklah reputasi aku.

Dah hampir setengah jam perjalanan dari hospital tadi.Dah jauh kami meninggalkan kawasan bandar , sekarang kami melalui kawasan perkampungan.

“kita dimana sekarang ni?”aku menyoal lagi.

“kita sekarang berada di kawasan Bukit Tualang Raja , tengku.”jawab Muaz lagi tanpa jemu.Macam-macam soalan aku Tanya dia tadi.Soalan bodoh pun ada.

“kita nak kemana?”satu lagi soalan bodoh dari aku.Macamlah aku tak nampak papan tanda tepi jalan tadi.Dah tentu kami akan ke istana.

“kita akan menuju ke Istana tengku” kan betul , nak ke istana.

Seketika kemudian kereta yang aku naiki ini membelok ke kanan dan melintasi sebuah gerbang besar yang berukir cantik.

Tertera di atasnya ‘ISTANA MEGAH SARI’ yang ditulis dalam tulisan jawi.Nasib baik aku ni pandai baca tulisan jawi.Kalau tak dah sampai betul-betul depan istana nanti baru aku sedar aku dah masuk kawasan istana.

Tidak lama kemudian , kami melintasi pula satu lagi pintu gerbang yang dikawal.mungkin ini pintu masuk utama kawasan Istana.Sebaik melintasi pondok pengawal itu kelihatan bangunan Istana di hadapan.

Wah…besar betul.Mestilah besar nama pun istana.Betul-betul di hadapan Istana ini terdapat satu tiang bendera setinggi hampir 30 meter.Diatasnya berkibar megah bendera Beringinpura.

“Tengku , kita telah sampai ke Istana Megah Sari , kediaman rasmi keluarga diraja Beringinpura”Muaz bersuara.

“besar betul!!”aku teruja.

“secara keseluruhan , kompleks istana ini ada empat bangunan utama , tengku”terang Muaz.Empat?banyaknya.Tapi banyak lagi rumah aku , satu blok tu ada 12 buah rumah.Tapi rumah oranglah , nama pun rumah teres.Kereta mewah yang mambawa kami berhenti betul-betul di hadapan pintu besar istana.Kelihatan beberapa gadis memakai baju kurung berwarna cokelat cair dan berkain batik berdiri di hadapan pintu utama.

“siapa mereka tu?”aku bertanya pada Muaz.

“mereka semua dayang-dayang istana tengku,mari tengku , kita masuk”Aku keluar dari kereta dan mengikut Muaz masuk ke dalam Istana.

“selamat datang tengku.”kata dayang-dayang itu serentak.Rasa megah tiba-tiba.Seronok juga jadi anak raja ni.Aku dibawa masuk ke kawasan ruang legar istana.Besar juga tempat ni , siling dihiasi ukiran dan lampu siling yang cantik.Dinding batu pula dihiasi dengan kertas dinding mewah.Cantik betul.

“tengku ingin terus ke bilik tengku atau ingin melawat kawasan istana dulu?”soal Muaz.

“herm…apa kata kalau kita ke bilik sambil melawat istana?”aku memberi pandangan.

“baiklah tengku , mari”aku membontoti Muaz dia membawa aku menghala ke sebuah pintu besar setinggi hampir lima meter dan tiga meter lebar berukir cantik dengan ayat-ayat suci al-Quran.Muaz membuka pintu itu dan mempersilakan aku masuk.Wah…besar betul dewan ni…macam ada singgahsana dihujung sana.

“ini balairong seri Istana Megah sari.Segala keramaian dan acara rasmi diraja akan diadakan disini.”terang Muaz.Tergamam aku.Cantik betul …

“mari tengku ,”aku mengikut Muaz lagi.Muaz membawa aku ke satu lagi pintu besar yang terletak di sebelah kiri balairong seri ini.Pintu besar yang turut terukir dengan ayat-ayat suci al-Quran ini menghala ke satu lagi dewan.Bezanya , dewan ini besar sedikit dari dewan tadi dan di dalamnya tersusun meja panjang dan kerusi-kerusi di sisi meja tersebut.

“ini pula dewan jamuan istana , tengku.Jamuan makan yang melibatkan tetamu dari luar akan diadakan disini , tengku.”terang Muaz.

“wah..besarnya”

“boleh kita teruskan tengku?”soal Muaz lagi.Aku mengangguk.Kini Muaz membawa aku keluar dari dewan ini dan menuju ke satu ruang terbuka yang menempatkan tangga.Aku mengikut Muaz mendaki tangga menuju ke tingkat atas.

“tengku , yang disebelah kanan tu pejabat rasmi sultan.Yang di sebelah kiri ni pula Perpustakaan Diraja.”

“perpustakaan ? siapa yang nak baca buku kat sini?”soal aku yang sedikit hairan.Kenapa ada perpustakaan dalam istana?siapa nak baca?berapa ramai sangat orang dalam istana ni?

“para cendekiawan Negara akan datang kesini , tengku.Buku-buku disini tak terdapat dimana-mana.Semua buku disini kebanyakannya ditulis hampir 300 tahun dulu”terang Muaz.Ohh….macam tu.

“baik tengku , boleh kita ke Istana Cempaka sekarang?”soal Muaz.

“Istana Cempaka? Kat mana pulak tu?”

“bangunan sebelah sahaja tengku.”Muaz tersenyum , mungkin dia berasa lucu dengan soalan aku tadi.

“oh…ok…”malu aku.

Bukan nak cakap awal-awal.Aku membontoti Muaz lagi.Muaz membawa aku menyusuri koridor melintasi perpustakaan tadi dan sebuah lagi bilik. ‘

BALAI TAMU’ tertera perkataan itu di pintu bilik itu.Entah bilik apa entah.Muaz berjalan terus menuju ke sebuah pintu.

Pintu keluar rupanya.Kami melalui sebuah koridor yang menghubungkan Istana Angsana dan Istana Cempaka.

Kami memasuki pula pintu masuk ke Istana Cempaka.Muaz membawa pula aku berjalan terus ke hujung koridor itu.Besar juga Istana ni , boleh sesat ni.Muaz membuka sebuah pintu besar yang terletak di hujung koridor ini.Aku memasuki ruangan itu.Sebuah bilik tidur.Besarnya bilik tidur!

“bilik siapa ni?”aku menyoal Muaz.

“inilah bilik tengku”

“bi…bi..bilik saya?!”sekali lagi aku terlopong.Entah berapa kali aku terlopong hari ni.bilik aku sebesar ini?Aku berjalan masuk kedalam bilik itu.

“bilik ni dah sama besar dengan rumah saya”terpegun aku.Muaz tersenyum dengan kata-kata aku itu.Aku menuju kekatil.Empuk!

“kalau macam ni , tidur sampai pagi lusa tak bangun-bangun pun tak apa!”

“baiklah tengku , kalau tak ada apa-apa lagi , saya pergi dulu”Muaz meminta diri.

“hei…nanti..!!”

“ya tengku.”

“saya nak mintak tolong sikit”

“apa dia tengku?”Muaz mula serius.

“boleh tak kalau lepas ni , awak tak payah nak ber ‘tengku-tengku’ dengan saya?”Muaz sedikit terkejut.

“tapi tengku itu protokol istana, saya tak boleh nak langgar”

“awak jadi pembantu peribadi saya untuk tempoh yang lama , oleh sebab saya tak ada seorang kawan pun dekat sini, jadi saya nak awak jadi kawan saya.Jadi bila awak dah jadi kawan saya , tak selesalah kalau awak panggil saya tengku dan saya panggil awak , ‘awak’.Umur awak berapa?”

“hem…..21, tengku”

“hah..lagipun kita sebaya, janggal sangat rasanya kalau kita ber ‘saya’ ‘awak’.Kan lebih mesra kalu kita ber ‘aku’ ‘engkau’ saja”aku memberi cadangan kepada Muaz.

Memang janggal rasanya.Lagi-lagi aku tak tahu apa-apa tentang protokol istana.Apatah lagi Muaz seorang lelaki yang sebaya dengan aku.

Rasa lain macam bila aku panggil dia ‘awak’.

“ta…tapi tengku , itu protokol.Saya kena ikut, kalau Dato’ Temenggung tahu , habislah saya.”Muaz sedikit serba salah.

“hemm…..baik , kalau macam tu apa kata awak gunakan , perkataan ‘tengku’itu ketika kita di khalayak ramai.Masa kita hanya berdua begini, kita pakai ‘aku’ ‘kau’ saja.Macam mana?”aku meminta pandangan Muaz tentang idea ‘bernas’ aku ni.

“tapi…tengku…”Muaz masih serba salah.

“kalau saya kata ini satu perintah..?”aku menduga.

“baik tengku…”Muaz akur.

“bagus , mulai hari ini kau boleh panggil aku Indera sahaja”aku menghampiri Muaz dan menghulur tangan untuk bersalam dengannya sebagai tanda kami telah berkawan

“baiklah…Indera”Muaz tersenyum dan menyambut salaman aku.

“oh..ya sebelum itu saya….eh ..aku nak pesan bilik ni untuk sementara sahaja sebelum tengku…eh…kau dipindahkan ke bilik sultan”ujar Muaz yang masih kaku untuk menggunakan perkataan ‘aku’ dan ‘kau’.

“bi..bilik sultan?”

“ya bilik sultan di tingkat bawah , lebih besar dari ini.”

“le..lebih besar?”aku terlopong lagi.Muaz menahan tawa melihat riaksi aku.

“dahlah..rehatlah…jangan lupa, malam ni di dewan santapan diraja, pukul 8.00 malam.

“ada apa?”aku kebingungan.

“malam ni , kau akan bertemu dengan Tuanku Permaisuri Noriah, Tuanku Ampuan Aminah dan Tengku Puteri Noralya.”

“yang Tuanku permaisuri tu, aku tahulah Mak tiri aku , tapi yang dua orang lagi tu siapa pulak?”memang aku tak tahu siapa dua orang lagi yang disebut oleh Muaz itu.

“Nenda dan adik tiri kaulah.Oklah aku keluar dulu kau rehatlah.Jangan lupa pukul lapan.”Muaz terus pergi meniggalkan aku di bilik besar itu.Nenda?Adik tiri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience