BAB 8

Fantasy Completed 15260

Sejak aku dengar cerita dari Muaz, aku semakin rasa tak layak untuk memegang jawatan tu.Kanda Rezuan lebih layak menjadi sultan.Menurut cerita Muaz semua ni berlaku kira-kira 34 tahun dulu.

Ketika kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah, Kanda Rezuan baru berusia tujuh bulan.Di sebabkan itulah , takhta terpaksa diberikan kepada Almarhum Sultan Iskandar Shah iaitu bapa kandung aku.

Sepatutnya, apabila Almarhum Ayahanda mengambil tempat kanda Rezuan sebagai sultan, kanda Rezuan perlu dilantik sebagai Putera Mahkota sebaik di berusia 12 tahun.

Tapi itu tidak berlaku, apabila kelahiran aku.Almarhum Ayahanda berubah fikiran dan mahu aku dilantik sebagai Putera Mahkota.Bonda Asiah kecewa dan kecil hati.

Dia akhirnya membawa diri bersama kanda Rezuan keluar dari Istana.Dengar kata mereka berdua menetap di Belanda.Itulah sebabnya aku rasa macam aku dah rampas tempat orang yang sepatutnya.

Aduh…apa aku nak buat ni.Sekarang ni dah heboh satu istana dengan khabar angin yang kononnya Tengku Ampuan Asiah datang kembali ke Beringinpura ingin merampas kembali jawatan sultan yang sepatutnya diserahkan kepada Tengku Putera Rezuan.

Sejak itu juga aku rasa macam orang asing dalam istana ni.Aduh….Runsing!!!

Sedang aku berjalan menyusuri koridor di istana Cempaka , aku terdengar perbualan dua orang dayang istana.Lain macam je bunyi perbulan diorang ni?

“Tina, kau rasa antara Tengku Rezuan dan Tengku Indera, siapa lagi handsome ha?”

“hem…aku rasa Tengku Indera lagi handsome.”uih….diorang puji aku..!!!

“aku pun rasa macam tu.Tengku Rezuan tu dah tua, tak ada feel langsung.”

“baru 33 tahun lah mana tua lagi”

“tua lah tu.Eh..tapi kan kau rasa antara dua orang tu yang mana paling layak jadi sultan?”menarik topik ni.Aku pun nak juga tahu pendapat rakyat.

“bagi akulah….Tengku Rezuan lebih layak jadi sultan”

“apasal pulak?”

“yelah , kalau nak di bandingkan dengan Tengku Indera, Tengku Rezuan lebih berkaliber.Lagi pun jawatan tu memang untuk dia kan.”

“maksud kau?”

“kau tak ada dengar cerita ke dari pekerja-pekerja senior kat dalam istana ni?”

“ohh…yang pasal kes takhta 34 tahun dulu tu?”

“ha..tau pun.Kan memang sepatutnya Tengku Rezuan jadi Putera Mahkota dan dilantk menjadi sultan.

“betul juga ek.Kau rasa Tengku Indera tahu ke pasal perkara tu?”

“entah…tak tahu kot.Dia kan baru masuk istana tak sampai enam bulan pun.Kalau dia tahu , kenapa dia masih ada kat istana ni.Tak tahu lah pulak aku kalau Tengku Indera jenis muka tembok.”

“apasal kau cakap macam tu? Tak baik tau.”

“betul apa aku cakap.Kalau akulah , kalau aku dah tahu benda yang akan aku dapat tu milik orang, aku tak akan terima benda tu.Rasa macam merampas hak orang lain.Cuba kau fakir, Kalau ada orang pinang kau, dan kau tahu orang tu dah kahwin.Kau nak terima ke pinangan tu?”

“hesh! mestilah tak nak.Tapi itu kahwin.Ini kes takhta..!”

“sama aje.Dah lah jom pergi Istana Bakawali pulak.Kita kena kemas dewan santapan.”Mereka berdua seraya pergi.

Aku menyorok sedikit di belakang tiang.Tak mahu mereka ternampak aku.Terngiang-ngiang kata-kata mereka tadi.Ada benarnya.

Memang aku ni muka tembok sebab masih di sini sedangkan aku tahu takhta tu untuk kanda Rezuan.Apa aku nak buat ni!!?

Ayu…dalam waktu mcam ni biasanya aku akan bercakap dengan Ayu.Hanya Ayu yang sanggup mendengar semua masalah aku.

Aku mengangkat gagang telefon dan mendail nombor telefon Ayu.

“Helo…..”Ayu mengangkat panggilan.

“Assalamualaikum”aku memberi salam.

“Waalaikummussalam.Siapa tu?”Ayu bertanya.

“dah tak kenal suara aku lagi ke?”

“Indera?..eh bukan…Tengku Putera Indera Shah”

“dah lah, tak payah panggil aku tengku…”Ayu diam selepas itu.Selalunya dia paling riuh sekali kalau aku aku call.Mungkin betul kata Iz , dia jauh hati dengan aku.

“kau marah dengan aku ke?”aku bertanya.

“….tak.Buat apa aku nak marah dengan kau”

“kau macam tak nak cakap dengan aku je?”

“….tak…cakap la apa dia?”

“kau lah satu-satunya kawan yang sanggup dengar masalah aku….”

“jadi apa masalahnya?dah tinggal dalam istana pun ada masalah lagi?”soal Ayu.Akupun menceritakan dilema aku kat sini.Aku dah tak tahu nak cerita semua ni kat siapa.Kat istana ni tak ada sesiapa yang aku harap boleh tolong aku.

“……Indera, aku nak tanya kau satu benda.Kau pasti ke mereka tu datang sebab nak rampas balik takhta?”

“…aku tak tahu.Tapi dah heboh satu istana cerita pasal tu”

“yang bercerita tu hanya pekerja istana kan?Tuanku Permaisuri atau sesiapa kerabat yang lain tak cakap apa-apa kan?”

“memang lah. tapi…..”

“lagi satu aku nak tanya , kau nak tak takhta tu?kau rasa kau layak ke dapat takhta tu? Kalau kau rasa kau nak dan kau layak untuk takhta tu, kau teruskan sahaja.Jangan fikirkan sangat pasal khabar angin tu.Tapi kalau kau rasa kau tak nak dan tak layak untuk takhta tu, kau lepaskan sahaja.Kau buat apa yang patut kau buat Indera.Aku dan Iz sentiasa menyokong kau dari belakang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience