BAB 7

Fantasy Completed 15260

Dah hampir seminggu aku kat sini, best jugaklah walaupun aku duduk dan makan je. Mengikut kata Muaz, majlis pertabalan tu akan diadakan minggu depan.Takut juga rasanya.

Bayangkan tiba-tiba ada orang datang jumpa korang dan dia cakap korang akan jadi sultan!Huish dahsyat tu…Mengikut kata Muaz lagi, kemunculan aku telah meredakan keadaan di Beringinpura.

Sebabnya, sejak almarhum sultan Iskandar mangkat, negara ni tidak bersultan.Oleh itu selama hampir tiga bulan selepas kemangkatan sultan Iskandar, Tuanku Permaisuri yang memangku jawatan tu.

Disebabkan itulah Negara ni sedikit huru-hara kerana rakyat risau kalau-kalau takhta kerajaan akan jatuh ke tangan seorang wanita samada Tuanku Permaisuri atau Alya.Mengikut tradisi, hanya lelaki yang boleh menjadi sultan di negara ini.

Wah…banyak juga yang aku tahu pasal sejarah negara ni.He…he…he…Aku boleh tahu semua benda tu pun sebab aku terpaksa ambil tahu sebab aku terpasa menghadiri kelas protokol.

Maklumlah aku tak tahu apa-apa pasal protokol istana.

Seksa juga masuk kelas tu.Cikgu yang ajarnya pun garang semacam.Kecut perut aku di buatnya.Nasib baik Muaz ada temankan aku.

“Indera”kedengaran seseorang memanggil aku.Aku menoleh.Bonda Noriah!.

“boleh bonda nak bercakap sekejap?”soal Bonda Noriah lembut.Aku mengangguk dan mengekorinya ke Balai Tamu di Istana Angsana.

Bonda Noriah berdiri menghadap jendela besar sambil memandang keluar.Aku berdiri tegak di belakangnya menanti apa yang ingin di cakapkan olehnya.

“Indera..”Bonda Noriah mula bersuara.

“ya , Bonda”Bonda Noriah berpaling dan menghampiri aku.

“maafkan bonda”aku sedikit terkejut dengan kata-kata Bonda Noriah.Maaf?

“maaf? Untuk apa?”aku menyoal kembali.

“maaf sebab menjadikan hidup Indera sengsara.Maaf sebab bonda telah membuat bonda Indera derita dan maaf sebab bonda telah menyebabkan Indera disisih keluarga sendiri.”Bonda Noriah mula menitiskan air mata.

Aku tergamam.Bonda Noriah memang patut mohon maaf sebab memang dia yang bersalah.Dia yang menyebebkan aku tak kenal bapa kandung aku sendiri.

Dia yang menyebabkan aku tak pernah jumpa ibu kandung aku sendiri.Dia juga yang menyebabkan aku tak tahu asal-usul aku.

“bonda mohon maaf.Memang bonda yang bersalah.Kalau bonda tak fitnah bonda kamu , kamu tak akan keluar dari istana ni dan kamu akan hidup senang di sini.”kalau difikirkan setiap perbuatan yang telah bonda Noriah lakukan , memang aku patut marah.

Tapi hakikatnya , aku tak rasa yang aku marah.Mungkin sebab sebelum ni pun aku dah hidup bahagia dengan keluarga angkat aku.

“bonda..”ujar aku lembut.Bonda Noriah mendongak melihat muka aku.

“bonda tak patut minta maaf dari saya sebab bonda tak bersalah dengan saya.Bonda bersalah dengan arwah ibu.”tiba-tiba makin rancak tangis bonda Noriah.Apa yang aku cakap ni..!!

“tapi saya yakin , arwah ibu telah memaafkan bonda. Saya yakin bonda lebih mengenali arwah ibu dari saya kan?Mak cakap , arwah ibu seorang yang pemaaf dan tidak suka berdendam.Saya yakin arwah ibu telah lama memaafkan bonda dan langsung tak menyimpan dendam pada bonda sebelum pemergiannya.”tangis bonda Noriah semakin perlahan.

“bonda berdoalah semoga dosa bonda diampunkan tuhan.”aku tersenyum.

“tuk..tuk..tuk…”bunyi pintu diketuk.seketika kemudian seorang pengawal masuk.

“ampun tuanku, Tuanku ada tetamu ingin berjumpa”

“siapa?”bonda Noriah menyoal.Seketika kemudian masuk seorang wanita lebih kurang sebaya dengan Bonda Noriah.Menyusul dibelakangnya seorang lelaki muda dalam lingkungan usia awal 30-an.

“kanda Asiah!!”

“Muaz , kau dah berapa lama kerja kat dalam istana ni?”aku menyoal Muaz.

“kerja dalam istana baru lagi , sejak kau masuk istana ni.Tapi , tinggal dalam istana sejak aku lahir lagi.

“ha..?”

“dulu , mak dan ayah aku pekerja dalam istana ni , so , aku pun secara tak langsung terpaksa tinggal dalam istana sebab pekerja istana tak boleh balik ke rumah mereka sendiri.

“boleh pulak pekerja bawa anak mereka tinggal kat dalam istana?”

“boleh… tapi terhad seorang sahaja, dan anak-anak pekerja tidak boleh masuk ke dalam kawasan istana lain.Mereka hanya boleh berada dalam kawasan Istana Dahlia sahaja.”terang Muaz.

“habis tu , mana mak dan ayah kau.Teringin aku nak jumpa.”

“mereka dah pencen.Dah tak tinggal dalam istana ini lagi.”

“kalau macam tu, kau mesti dah lama tinggal kat dalam istana ni kan? Aku nak tanya sikit, siapa yang datang tadi?”aku bertanya.

“oh…..kalau tak silap yang perempuan tu, Tengku Ampuan Asiah dan yang lelaki tu anak dia, Tengku Putera Izz Rezuan Shah.”terang Muaz.

“siapa mereka tu?”aku menyoal lagi.

“Tengku Ampuan Asiah tu bekas Permaisuri Beringinpura.Suami dia Almarhum Sultan Idris Shah , kekanda Almarhum Sultan Iskandar Shah.”

“maknanya , Tengku Putera Izz Rezuan tu……”

“sepupu kau”pintas Muaz.

“kalau macam tu , bukanlah aku satu-satunya waris lelaki tunggal kerabat diraja.”aku mula keliru.

“panjang ceritanya….kau betul nak tahu?”laju aku mengangguk.

“kalau macam tu jom kita pergi cari tempat yang sesuai.Aku boleh cerita kat kau dari A sampai Z.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience