BAB 2

Fantasy Completed 15260

Tuk..tuk…tuk…pintu bilik aku diketuk.Pintu dikuak dan kelihatan ayah dimuka pintu.

“boleh ayah masuk?”

“masuklah ayah…”ayah masuk dan duduk di atas katil sambil menghadap aku yang duduk di kerusi.

“mak dah cerita kat ayah pasal siang tadi.”ujar ayah ringkas.Aku masih mendiam , masih runsing dengan apa yang aku baru tahu siang tadi.

“jadi kamu macam mana ? bersedia untuk pulang ke Beringinpura?”

“tapi ayah , bukan ke sesebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja ada putera mahkota mereka sendiri?kenapa pulak Indera yang diminta menjadi sultan?sedangkan Indera hanya anak isteri kedua yang telah diceraikan.”aku mengeluh.

“ya memang setiap negara beraja mempunyai seorang putera mahkota , termasuk Beringinpura.Tetapi , sejak Almarhum Sultan Iskandar ditabal sebagai sultan , tiada lagi putera mahkota untuk Beringinpura.”terang ayah.Tak ada ?kenapa tak ada?tulah aku , dulu waktu kelas sejarah , ponteng , sekarang baru padan muka.

“kenapa pulak tak ada?”

“sebab , almarhum Sultan Iskandar tiada anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan Tuanku Permaisuri Noriah.Hanya Indera satu-satunya waris lelaki kesultanan Beringinpura.”terang ayah lagi.

“lagipun Baginda Tuanku Permaisuri sendiri yang meminta Indera pulang.Baginda telah menyesal dengan kesalahannya dahulu.Inilah caranya untuk memohon maaf kepada Indera”ayah memujuk.

“tapi ayah , Indera akan ditabalkan sebagai Sultan.Sultan untuk Negara yang Indera sendiri tak tahu di mana!Lagipun , Indera mana tahu nak buat semua tu.Memerintah sebuah Negara!!mustahil ayah.”

“tak ada yang mustahil dalam dunia ni Indera.Lagipun Indera kan pernah jadi pemimpin masa sekolah dulu?”pujuk ayah.

“itu masa sekolah ayah , ! memimpin sebuah sekolah sebagai ketua pelajar tak sama dengan mentadbir sebuah negara sebagai seoarang sultan!!”

“sama sahaja Indera , bezanya , kawasan tadbiran dan kelompok orang yang dibawah Indera lebih banyak dan ramai.Percaya cakap ayah , Indera boleh lakukan.Inilah masanya Indera mengenali keluarga kandung Indera dengan lebih dekat.Kepulangan Indera ke Beringinpura amat dinantikan oleh segenap lapisan masyarakat Beringinpura.Ingat kata-kata ayah ini.Indera boleh lakukan!!”ayah memberi semangat.Aku boleh lakukan??boleh ke??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience