BAB 6

Fantasy Completed 15260

Nasib baik semuanya berjalan lancar malam tadi.Gabra aku.Tapi nasib baik diaorang okey kecuali si Alya tu.

Apalah yang dia tak puas hati sangat dengan aku.Kalau dia adik kandung aku, dah lama aku bagi ceramah kat dia.Biar berakal sikit.oh ya, macam mana dengan Iz dan Ayu sekarang?nak call dioranglah.

Aku mencapai telefon di atas meja tidur.Perlahan aku mendail nombor telefon bimbit Iz.

“hello…”Iz menjawab panggilan tidak lama kemudian.

“hello, ini panggilan dari Istana Megah Sari, boleh saya bercakap dengan Faiz Zulhafiz?”sengaja aku mengubah suara untuk menyakat Iz.

“istana?….ya, saya bercakap,siapa tu?”Iz sedikit menggelabah.

“ini….Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Indera Shah bercakap”

“sultan?….Indera!!!.eh…ampun tuanku ber…beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun…..”Iz makin menggelabah.

“kah..kah..kah…woi….akulah ni!”

“ya tahu, tapi kan kau…eh..Tuanku sultan…”

“dah…dah…tak payah macam tu dengan aku.Aku tak biasa, kita buat macam biasa je.Lagipun aku belum ditabalkan lagi”

“oh…okey….”

“kau macam mana sekarang?”aku bertanya khabar.

“aku okey…kau macam mana? Dah jadi kerabat sekarang , eh…silap, bakal sultan”

“biasa je…tapi kekok sikitlah…”

“kau tahu tak bila cerita pasal kau keluar kat TV, semua perempuan kat Universiti ni sibuk cari aku”

“apasal pulak cari kau?”

“yelah, akulah satu-satunya kawan kau kat ‘dunia’ ni.So diorang cari akulah sebab nak kenalan dengan kau.Runsing aku tau.”rungut Iz.

“yanti macam mana?”

“termasuklah dia sekali.Macam-macam dia cakap kat aku, menyesal sebab buat-buat tak nampak kau dulu.Nampak sangat dia tu minah mata duitan”betul juga kata-kata Iz tadi.Dulu pandang aku sebelah mata pun tak nak.Bila tau je aku bakal sultan, huish laju je.Terus dia nampak aku.Macam ada nampak sportligth pulak suluh aku dari atas.

“aku rasa kau kena call Ayu.”tambah Iz

“Ayu?kenapa?”aku keliru.Apa pulak kaitannya dengan Ayu?

“entah, sejak dia tahu kau anak raja dan bila semua perempuan kejar kau, dia macam menjauhkan diri.Sejak kau tak ada ni, dia jarang lepak dengan aku.Kalau dia lepak pun dia monyok je.Lagi-lagi bila ada perempuan jumpa aku , Tanya pasal kau.Alah, kau pu tahu kan perasaan dia pada kau?”

“ya aku tahu, dia suka kat aku.Tapi kenapa pulak dia nak jauh hati?”

“mungkin sebab ….dia rasa….dia tak setanding dengan pompuan-pompuan yang cari kau tu…”tak kan sampai macam tu sekali?Tapi bagi aku, Ayu jauh lebih baik dari semua perempuan-perempuan tu.

“aku tanya sikit jangan marah?”Iz bertanya.

“apa dia”

“kenapa kau tak suka kat Ayu?”

“ha…..ke..kenapa kau Tanya macam tu?”

“tak adalah, aku tengok, Ayu tu tak lah teruk sangat.”

“entahlah Iz…aku sendiri tak tahu…oklah…dah lama sangat aku telefon.Nanti melambung bil telefon”

“ceh…dah duduk dalam istana pun nak risau pasal bil lagi.Ok lah, bye.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience