BAB 11

Fantasy Completed 15260

Begitulah berakhirnya kehidupan aku di dalam istana.Seronok tapi membebankan.Sebaik upacara pertabalan Kanda Rezuan sebagai sultan selesai aku terus bersiap sedia pulang ke Kuala Lumpur.Sebelum aku pulang, Alya ada jumpa aku.

Dia cakap dia minta maaf sebab berkasar dengan aku masa aku mula-mula sampai dulu.Tak tahulah kenapa dia berubah macam tu, tapi lantaklah.Aku kini menyambung semula pengajian aku .Aku ketinggalan satu semester dari Iz dan Ayu.

Aku ada satu berita gembira, kini aku dan Ayu sedang bercinta.Aku dah sedar sekarang, hanya Ayu yang sentiasa dengan aku walau susah ataupun senang.

Bukan macam Yanti, bila tahu aku bakal sultan terus cari aku tapi bila tahu aku dah lepaskan takhta , terus menghilangkan diri.Apa punya perempuan! Kenapalah teman lelaki dia tu boleh suka dengan dia? Dah kena guna-guna kot.

Dah lah tak payah cerita pasal orang.Aku sekarang tinggal bersama dengan mak dan ayah aku di rumah baru.

Rumah tu, pihak Istana Megah Sari yang punya dan di berikan kepada kau.Aku pun mendapat elaun diraja RM 50 000 sebulan.Pak cik kayo…..!!

Lagi satu, disebabkan aku tidak lagi tinggal di istana, Muaz juga sudah tidak lagi bekerja di istana.Kesian dia, menganggur.Jadi aku bawa dia balik ke Kuala Lumpur dan menyambung pelajarannya di sini.

Dia ni sebenarnya pandai tetapi disebabkan kesempitan wang, Muaz tak dapat menyambung pelajarannya.Kini dia menjadi pelajar paling popular di universiti kami.

Maklumlah orang kacak, tinggi, kulit putih, tegap muka maskulin, memang layaklah jadi model.Selalu sangat kena kejar dengan perempuan.Selalu jugaklah dia cari aku untuk sembunyi.

Kesian dia, dahlah tak ada kemahiran sosial, Muaz….Muaz…

Dengan usahasama Kerajaan Beringinpura dan Kerajaan Malaysia, aku dah dapat taraf warganera.

Sejak 21 tahun aku duduk di Kuala Lumpur ni, aku hanya menggunakan kad pengenalan penduduk tetap.Itulah sebab kenapa aku tak pernah dapat penajaan biasiswa sejak kecil walaupun aku layak.

Tak kisah lah semua tu.Yang pasti kini hidup aku bahagia.Tak sangka semua ni boleh berlaku pada aku.Macam cerita dongeng.Kadang-kadang aku ketawa sendiri bila difikirkan kembali.

Tapi itulah kuasa tuhan , tak ada sesiapa yang boleh menjangka semua ni.Alhamdulillah, hidup aku berubah sekarang.Amin…..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience