BAB 5

Fantasy Completed 15260

BAB 5

Aduh!! Dah lambat ni, mati aku.Mesti diaorang semua dah tunggu aku.Ini semua perut ni punya pasal, tiba-tiba buat hal pulak.Aku segera berlari keluar dari kamar dan mencari tangga.

Tak salah aku, Muaz cakap tadi Dewan Santapan Diraja dekat tingkat bawah.Hah…tu dia tangga.Aku menuruni tangga ini.Kemana pulak aku nak pergi ni? Kanan ke kiri?Muaz ni pun satu, bukan nak bagi tahu aku betul-betul kat mana dewan tu.ahh…balun lah sebelah kiri.

Aku menyusuri koridor di sebelah kiri.Alhamdulillah, jumpa pun dewan tu.Aku berhenti betul-betul di hadapan pintu.Aku mengemaskan diri.Mesti kena smart nak jumpa permaisuri merangkap mak tiri aku.

Perlahan aku membuka pintu.Berderau darah aku, diaorang semua dah tunggu.gabra gila !!!firsttime jumpa kerabat diraja.Muaz datang menghampiri aku.

“kenapa lambat!?”dia berbisik.

“perut buat hal, lagi pun kau bukan nak bagi tahu dewan ni kat mana?susah aku nak cari”aku berbisik kembali.

“sorry, dahlah pergi duduk”Perlahan aku menghampiri meja makan.Seorang lelaki menolong menarik kerusi aku dan menolaknya semula sebaik aku mulai duduk.Aku perhatikan semua orang yang berada di meja makan itu.Semua tersenyum kepada aku kecuali seorang.

“tahulah bakal sultan, tapi fikirlah orang lain”kedengaran seorang gadis di meja makan ini merungut.

Walaupun perlahan, tapi aku masih boleh mendengar dengan jelas setiap patah perkataan yang keluar dari mulut gadis itu.Kurang ajar betul budak ni, siapalah dia ni? Entah-entah adik tiri aku kot?

“maaf, saya terlambat..”aku memohon maaf.

“tak apa kami faham.Dah, mari kita makan”ujar wanita separuh abad itu mesra.mungkin ini Tuanku permaisuri, merangkap mak tiri aku.

“oh ya lupa nak kenalkan, ini nenda kamu, Tuanku Ampuan Aminah, yang ini adik tiri kamu, Tengku Puteri Noralya dan kamu boleh panggil bonda, Bonda Noriah sahaja”kan betul apa aku cakap.

Nenda senyum mesra kepada aku.Alya masih memuncung.Marah betul dia pada aku.Aku memerhati susun atur pinggan di atas meja, kemudian aku memandang Muaz, Muaz tersenyum pada aku.

Apa aku nak buat ni?, makan kat hotel pun tak pernah.Mana lah aku tahu nak guna semua menatang ni .Aku memerhati pula, bonda Noriah dan Nenda.

“jangan takut Indera, kami tak makan orang”tegur nenda selepas melihat aku menggelabah semacam kat situ.

“kes tak tahu makan dengan sudu dan garpu la tu!!”celah Alya.

“Alya..!!!”Bonda Noriah menegur kelancangan Alya.

“kalau Indera tak tahu nak pakai semua benda tu, Indera makan sahaja sepertimana yang Indera selalu buat”ujar nenda.

Nenda memang seorang yang memahami.Bila nenda dah cakap macam tu, aku apa lagi, makan dengan tangan lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience