BAB 9

Romance Completed 2287

Hari ini merupakan hari kelima aku berada di sini. Aku dapat merasakan betapa kecilnya diri ini di sisi pencipta yang Maha Agung. Hatiku benar-benar tenang ketika berada di sini. Sama seperti waktu aku datang sewaktu aku menunggu keputusan SPM dahulu.

Aku tersentak apabila ibu menarik tanganku untuk keluar dari lif. Aku sedang mengelamun rupanya. Kami berjalan menuju ke aras MZ untuk mengalas perut. Aku hanya menyendukkan sedikit nasi ke dalam pinggan kerana badan aku yang letih membuatkan aku kurang berselera. Namun, tidak akan sesekali aku menyuarakannya kerana pengalaman banyak mengajarku. Masih segar di ingatanku sewaktu kali pertama aku ke sini, aku bersuara pada ibu bahawa aku tidak berselera untuk makan pada malam itu, akhirnya aku benar-benar hilang selera dan aku hanya menjamah bijirin. Itulah yang selalu orang katakan menjaga mulut sewktu berada di sini.

Aku mengambil tempat di sebelah ibu manakala abah duduk di meja berasingan. Rancak benar abah berbual bersama-sama rakannya mengenai rancangan lawatan esok untuk ke Madain Salleh. Aku kembali menyuapkan sedikit nasi ke dalam mulut, sekadar menjamah kerana esok kami akan menempuh perjalanan yang jauh.

“Kak, boleh saya duduk di sini?” Lembut seorang gadis berjubah hitam dan bertudung sedondon bertanya. Aku tersenyum seraya mengangguk.

“Mak cik dan kak dari mana?” ramah dia bertanya.

“Kami dari Pulau Pinang.” Aku senang dengan sikap peramahnya.

“Saya Mimie .”

“Saya Aira, ini ibu saya Yusni .”

“Kak datang buat umrah ke? Datang dengan siapa?”

“A’ah, kak datang buat umrah dengan ibu dan abah . Adik pula?”

“Saya datang bekerja kak. Saya ni pramugari. Lusa baru saya berangkat balik. Saya datang ke sini dengan abang. Sebenarnya abang saya pilot.Kak dah kahwin ke? Kak nampak baik sangat, abang saya masih solo lagi. Kalau kita jadi keluarga mesti seronok.” Katanya sambil tersengih.

Hampir terbatuk aku mendengar soalan ‘bonus nya itu.

‘Amboi bukan main budak ni, baru je jumpa dah pasang niat dan bina extended family dengan aku. Tak takut ke aku ni kanibal ke?’ Hati kecilku tertawa dengan sikap spontannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience